Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang/Malam
Hari ni nak cite pasal satu buku yang menjadi the most favourite aku sekarang, iaitu buku Trevor Noah - Born A Crime
So korang kenal tak dengan Trevor Noah? Beliau berasal dari Afrika Selatan, kacukan kulit hitam (mak) dan kulit putih (ayah), memulakan career sebagai comedian, selalu buat show comedy sana sini, lepas tu bila dah makin popular, dia berjaya menjadi hos The Daily Show, sebuah slot tv yang memang glamor kat US, yang memaparkan banyak kisah politik US lah. Sejak tu dia bukan glamour kat Afrika Selatan tempat kelahiran dia je, tapi satu dunia lah.
Inilah Trevor Noah, kacak kan? Sila tengok lesung pipit dia. Hehehehehe
Kenapa aku suka buka dia ni? Sebabnya ialah:
- Buku ni memang tak bosan dibaca, memang best, memang tak nak letak buku. Aku harap buku ni memang dia yang tulis, sebab aku pernah baca pasal Ghost Writer, iaitu orang famous2 ni guna orang lain untuk tulis buku dia, dia just cerita je kat Ghost Writer tu dan writer tu just karang bagi sedap. Tapi aku rasa buku ni memang dia yang tulis, sebab ayat macam sama dengan ayat dia masa dia buat stand-up comedy.
Disclaimer: Aku pernah dengar cite je pasal ghost writer ni, tapi aku tak cakap dia guna ghost writer untuk tulis buku dia ni. Aku just baru tau benda macam ni wujud. Aku rasa buku ni memang dia yang tulis.
- Buku ni mengisahkan kehidupan dia dari kecik sampai remaja kat Afrika Selatan. Masa dia kecik, dasar Aparteid masih lagi berkuatkuasa. Dasar Aparteid ni merujuk kepada sistem politik yang memisahkan penduduk kulit putih dengan penduduk kulit hitam dari tahun 1948 - 1990-an. Senang cakap, orang putih ni anggap diorang ni macam agung dan mulia sangat la so orang putih ni tak nak bercampur dengan orang hitam. Orang hitam ni macam kasta low class sangat, so orang putih ni jadikan orang hitam ni hamba, orang hitam didikrisminasi dari segi ekonomi, pendidikan, sosial sampai tandas pun tak nak kongsi. Eh marah plak aku rasa sambil menaip ni.
- So disebabkan dasar Apartied ni, Trevor Noah semasa kecik memang dekat public area, dia tak boleh nak jalan-jalan dengan ayah dia, nanti kena tangkap polis. Even dengan mak dia pun tak boleh! Sebab perbezaan warna kulit. Cerita dia sedih sebenarnya, tapi sebab Trevor ni pak lawak, dia cerita jadikan benda tu lawak, sampai ko asyik nak berdekah jelah citenye
- Dalam buku ni sebenarnya dia banyak cerita pasal ketabahan dan kekuatan mak dia membesarkan dia dan anak-anak walaupun dalam kesusahan, kemiskinan dan ditindas. Bukan pasal perkauman je, tapi pasal keganasan rumah tangga yang berlaku kat mak dia. Yang part ni sedih siket sebab teruk gak apa yang berlaku kat mak dia. Oh dan jugak banyak pasal politik dalam Afrika Selatan, tapi jangan risau, takdelah berat sangat hehe
Banyak lagi part yang best, tapi tu korang kena baca sendiri lah sebab aku tak nak la jadi spoiler. Hahahaha. Pendek kata, buku ni memang menarik untuk dibaca. Aku harap next buku dia, Trevor Noah tulis pasal macam mana dia boleh start dengan buat stand-up comedy, lepas tu masuk Hollywood lagi. Mesti banyak cabaran dan kisah-kisah kelakar. Mesti best.
Okay aku bagi buku ni 5 Stars
Hehe
Bye!
Comments
Sha follow sini..
Review yang ohsem.. menarik ini kalau jumpa boleh baca..
hensem =P
www.myxilog.com