Assalamualaikum..
This is my first mountain climbing! Hehe excited siket sebab selalunya hiking bukit-bukit je :D . Gunung Angsi ni terletak di Negeri Sembilan, alaa yang dekat dengan Ulu Bendul tempat mandi-mandi tu. Ketinggian ialah 824m. Rasanya gunung ni sesuai untuk beginners yang baru nak berjinak-jinak nak naik gunung sebab track gunung ni sangat okay, tak perlu nak berlatih ape-ape sebelum naik. Eh tapi jangan lah tak berlatih ye, kena jugakla bagi fit sikit - sikit. Jogging ke ape ke .. Jangan bagi badan terkejut. Hehe
Permit nak masuk kawasan Gunung Angsi ialah RM5
Gambar kat bawah dulu, time peluh tak keluar mencurah lagi. Heheh. Okay gambar agak blur, mungkin fotografer belum breakfast lagi :D
Rasanya kat sini yang paling curam, yang lepas tangga-tangga di permulaan. Gunung macam biasalah, ada kawasan pacak, ada jugak kawasan landai, ada turun bukit jugak. Kalau landai je sepanjang masa bukanlah namanya gunung ye tak? Hehe. Yang penting bertenang dan jaga pernafasan. Jaga kepala jugak jangan terlanggar pokok. Tempoh mendaki nak sampai puncak, kebiasaanya 3 jam, tapi sebab beberapa faktor (yang rasanya semua boleh agak), aku amek masa 3 jam 45 minit approximately. Hahaha. Kali kedua aku mendaki, masa untuk sampai puncak 2 jam. Not bad ya? :D
Cantik tau siap ade macam deko-deko dalam hutan ni. Hahaha.. siap ade susun-susun batang pokok
Ada papan-papan jugak disusun kat certain tempat. Kalau hujan ke lecak ke berlumpur ke.. lalu atas papan ni mungkin kasut tak kotor sangat
Tadaaa.. dah sampai puncak Gunung Angsi! Happy sangat! Memang pengalaman yang manis sebab berjaya jugak sampai puncak. Lepas tu kami turun gunung plak sejam. wah turun cepat pulak ye.. Masa turun sila berhati-hati ya.. jaga-jaga sebab banyak akar pokok dan juga kawasan tanah yang agak licin. Sila pakai kasut yang sesuai okay
Kepada siapa-siapa yang nak cuba mendaki gunung bolehla try. :)
Bye!
Comments
Mrs. A pun suka sejenis aktiviti luar macam ni
akak ni dah xleh laa. tumpang heppi jele tengok hehe..