Skip to main content

Makanan Punca Kemurungan?





Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Pagi tadi terbaca berita, seorang wanita yang sukses, yang merupakan seorang chef dekat hotel lima bintang, tapi stress dan selalu tertekan. Kenapa? Banyak hutang? Masalah kewangan? Of course tak. So dia jumpa doktor, lepas tu doktor tanya dia, apa yang dia selalu makan? Guess what? Lepas dia tukar gaya pemakanan dia, dia happy dan tak stress lagi. So, makanan jugak mencorakkan kesihatan mental kita. Aku pernah dengar, tapi aku tak berapa percaya. So hari ni aku dig in internet untuk mencari apakah makanan-makanan yang menyebabkan kemurungan. Jom check!




1. Fast Food (Makanan Segera)


Macam biasalah kan.. jangan buat-buat terkejut. Hahahah.. Memang banyak kajian dah, makanan segera ni memang menyebabkan kemurungan. Mungkin masa makan tu happy la kan, tapi lepas tu jadi murung plak. Aku pun tak sure la secara saintifik proses tu cmana.. Kalau rajin, boleh baca kat sini:





2. Makanan Diproses (Processed Food)


Makanan diproses ni ada macam-macam lah kan. Senang cakap, makanan yang bukan dari bentuk asal dia. Ahahaha. Contohnya makanan yang diproses dari kilang, makanan dalam tin, makanan dalam plastik, keropok, kerepek, biskut, kuih-muih.. Haa banyak kan.. Makanan berproses ni selalunya tinggi gula dan garam. Tak campur lagi dengan bahan-bahan pewarna lagi.. 






3. Air Bergas dan Bikarbonat


Sebab banyak sangat gula.. Elakkan ye seboleh-bolehnya







4. Minuman berkafein


Memang banyak kajian dah minuman berkafein (bukan kopi je ye, teh pon ade gak sket) memang menyebabkan jantung lagi cepat berdenyut, meyebabkan susah tidur (salah satu simptom kemurungan) dan macam-macam lagi.. Pokok pangkalnya berpada-padalah. Kalau minum sampai bergelas-gelas sehari.. memang berbahayalah






5. Minuman bertenaga (Energy Drink)


Lebih kurang macam kopi jugak fungsi minuman ni, nak bagi tenaga tapii.. Sebenarnya dia banyak gula jugak.. Yelah nak bagi energy cepat kan? 




Okay meh tengok makanan yang mengurangkan kemurungan dan tekanan plak:



Makanan Mengurangkan Tekanan dan Kemurungan:


1) Kekacang - sebab ada vitamin B, besi, magnesium, dan thiamine

2) Fermented food - macam kimchi, tapai.. ooo baruku tau bagus rupanya, sebab ade probiotik

3) Buah-buahan - sebab ade vitamin B dan C, potassium, magnesium dan lain-lain

4) Daging - yang elok yang makan rumput sahaja.. yang binatang makan campur-campur tu tak kot

5) Minyak Ikan & minyak zaitun - sebab ada vitamin E dan Omega-3

6) Makanan laut seperti salmon, tiram, kepah sebab ada zink, zat besi, vitamin B, Omega-3, magnesium, selenium dan lain-lain

7) Benih (Seeds) macam chia dan sunflower sebab ada vitamin E dan B1, zink, megnesium, Omega-3

8) Rempah ratus - halia dan kunyit, sebab ada vitamin C, B6, BI, E dan lain-lain

9) Makanan berbijirin penuh - macam quinoa sebab ada zink, zat besi, magnesium, selenium dan lain - lain







Okay marilah kita cuba ubah pemakanan.. Healthy food healthy mind.. Makan makan sihat, barulah selalu rasa gumbiraaa... Heheh


Bye


Till then :)


Comments

anakdenesor said…
baru tau ade certain penyebab kemurungan..selama ni men makan je..hahaha
Razf said…
saya pun baru tau sebenarnya ni
Hazwan said…
Ada kawan pesan, waktu stress jangan makan nasikk
ewanthology said…
tapi makanan yang menjadi punca murung tu yg senang dapat...
Razf said…
eh knape ek? rase nasik mcm okay lagi kot.. cuma jangan makan banyak la.. haha
Razf said…
senang dapat, lebih murah dan lazat.. hahaha
Azhafizah MN said…
aduh..kopi tu paling susah nak tinggal.anyway tq share :)
Hafiz Hafizol said…
ahaha nanti kalau stress boleh la try makan daging banyak2 T_T
Razf said…
samala.. i bias sket bila tang kopi.. ahahahah

sama-sama :)
Razf said…
jgn lupa makan sayur gak :p
alaa kenapa yang sedap2 tu semua yang mengundang kemurungan ?? kenaaapaaaaa hahahaha..
Razf said…
saja nak menguji keimanan kita.. hahahah
aeinnamusa said…
tu ada istilah we are what we eat