Skip to main content

Jalan-Jalan: Sungai Lembing, Pahang





Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Apa khabar? Harap semuanya sihat-sihat jelah. Cuti panjang berderet September haritu aku pi bercuti dengan kawan-kawan tercinta kat Sungai Lembing. Lama dah kami plan nak cuti sama-sama kongkonon nak GLAMPING haha.. Tapi masing-masing busy dengan kehidupan, so tertangguh setahun jugak laa. LOL. Akhirnya plan, cancel, plan, tangguh... maka kawan aku terus book je homestay so masing-masing kena freekan calendar hahahah (efektif patut buat awal-awal)






Kami menginap di Time Capsule Retreat, tapi bukan kat dalam capsule tu, tapi dekat main building iaitu White Cottage. Harga semalam ialah RM 198.. so bahagi 4, sorang RM50 .. Kira murah la kan? Kami tak duduk dalam capsule tu sebab kami nak berkumpul berempat (capsule max 3 orang je kot) malam-malam senang nak bergosip membawang. Haha konon..tapi disebabkan faktor usia, lepas makan terus tido..takde tenaga dah nak bergosip luls. Oh sini toilet memang attached dengan bilik so senang nak melabur tanpa nyamuk eheh







Ini capsule-capsule tu.. kami tak tido sini.. tapi macam best jugak. Owner homestay ni sangat friendly.. Cucu dia comel sangat. Siap belanja kami nasi dagang dari pasal malam. Sedap plak tu! Alhamdulillah rezeki








Petang lepas makan di Warong Pok Yeh (sedap mee jawa dia), kami pergi ke Lombong Bijih Timah. Memang dekat sangat dengan homestay kami, so wajib pergilah. Memang rasa berilmiah betol trip kami ni sebab bila masuk lombong/terowong bijih timah ni dia ada papan-papan kenyataan yang menceritakan tentang sejarah dan fakta pasal lombong bijih timah ni. Kalau rajin boleh baca satu-satu, kami baca jugaklah tu yang lama tu sampai sejam setengah dalam tu. Ade video gak cite pasal perlombongan haram iaitu Lombong Sejuta. Ada tourist guide jugak kat sini, peramah dan panjang lebar penerangan dia. Heheh. 








Lepas tu kami ke Jambatan Gantung.. maaflah takde gambar proper. Semua kegayatan hahaha. Kami menyeberang separuh jambatan je, lepas tu patah balik (> <)






Keesokan harinya kami meneruskan aktiviti sedikit lasak (acah-acah), iaitu trip ke Air Terjun Pelangi @ Rainbow Waterfall. Trip ke waterfall ni memang last minute giler punya plan sebab bila kami dah sampai Pahang baru kami call orang tanya-tanya brapa harga. Then, diorang cadangkan Encik Rizal yang ade kedai satay sedap kat pekan Sg. Lembing tu. Harga trip ialah RM60 per pax. Nasib baik ade kosong untuk 4 orang weh.. ngam-ngam! So sebelum naik ke air terjun, pagi tu pukul 6 AM (SILA KUNCI JAM SEBELUM TIDUR), guide bernama Along ambil kami di homestay, then bawak gi makan sarapan. Sedap wei nasi lemak kat kedai Encik Rizal & family ni. Lepas makan  gerak ke Sunrise Hill naik jeep. Wuhuuu








Tadaa.. cantik kan pemandangan kat Sunrise Hill ni. Sebenarnya aku tak pasti nama bukit ni, tapi inilah namanya kot  (> <). 








Perjalanan ke Air Terjun Pelangi diteruskan dengan menaiki jeep dalam lebih kurang sejam. Aku terfikir kalau orang yang sesaja nak hiking tanpa naik jeep? Ade ke laluannya? Tapi pukul brapa pulak nak sampai kan? Eh macam la rajin sangat kan nak jalan :D. Perjalanan naik jeep ni smooth tapi ade time macam nak melambung gak lagi-lagi bila lalu kat sungai.







Sampai sudah ke checkpoint sebelum kena hiking. Kat sini korang boleh gi toilet dan sewa kasut. Harga sewa kasut ialah RM 3 sepasang. Serius best giler kasutnya walaupun kasut aku sedikit haus tapaknya hahahha. Turun-turun je terus aku beli kasut macam tu (RM 8)  kat pekan Sg. Lembing








Okay mari start hiking! Kami lalu jambatan (jambatan baru kot.. macam baru) ja.. Sapa rajin bolehla meredah sungai seperti gambar di atas. Hati-hati la ye takut licin.. Gunakan attire yang sesuai ya adik-adik








Hiking ni amek masa dalam 30-45 minit, ikut kelajuan memasing la.. Sambil jalan tu, tourist guide kami Encik Rizal ade bagi penerangan gak pasal buah kat hutan ni. Contohnya, macam pokok pisang kalau jantung dia ke atas jangan makan, beracun! Pada aku, tak susah sangat pun trek hiking ni, cuma dah nak sampai air terjun tu berbatu-batu . Kalau batu licin agak berbahaya jugaklah. Pendapat aku, hiking ni best sebab kat puncak selalunya ada view yang cantik dan dapat mengeluarkan peluh. Selain itu, boleh jugak beramah-mesra dangan hikers lain








Tak susah tak semestinya tak mengah ye.. Hahaha. Itulah batu-batu yang perlu didaki demi mencapai kejayaan. Eh*








Pelangi takde. Sobs sobs sobs. Orang je ramai. Kami pun makan maggie dan minum air milo yang disediakan. Apapun, it was an amazing experience. Eheh. Maybe dia nak suruh pi lagi kot tengok pelangi hahahahah




Maka tamatlah pengembaraan kami ke Sungai Lembing. Ececeh.. Petang lepas hiking kami pun balik ke KL. Short trip je tapi puas hati sangat! Terima kasih for your hospitality orang-orang Sg lembing.. Semuanya peramah dan membantu sangat-sangat

Till then.. Bye!

Comments

anakdenesor said…
kite punya kampung ni..selamat datang ke pahang hehe
Farah said…
Cantiknya gamabr sunrise tu :D
Umi Nazrah said…
salam singgah. allahu menarik nya pemandangan. dulu masa antar dan ambil adik di UMP Gambang, tak sempat nak ke sini :(
ray said…
ray x penah jejak lg kaki ke sana haha. padahal x jaoh pun

www.raydahalhabsyi.com
Razf said…
org pahang ke.. heheh mekasih
Razf said…
kan.. hehe.. cam nak tgok selalu
Razf said…
boleh lagi datang ni hehehe
Razf said…
biasalah tu.. kalau dekat dgn rumah mmg payah sket kaki nak melangkah hahaha
budakvanilla said…
wahhh bestnya trip ngan kawan2 camni, murah pulak harga tu. cantik permandangan 😊
Razf said…
yes yg best sebab jumpe kawan lama dan orang baru.. hehe
sitirohaida said…
cantik gambar at sunrise hill tu...
Razf said…
cantik kan ciptaan tuhan.. huhu
Azhafizah MN said…
Teringin nak pergi sini sebab suka tengok nature.
Razf said…
nanti gi taw :)
Etuza said…
Menarik sekali. Pahang memang indah Etuza dah ke Pahang tahun ni..
Done follow ya
Razf said…
menarik sangat2! Thanks follow!
Nora Karim said…
Bestnya... nampak mencabar juga tracknya.
Razf said…
okay je sebenarnya.. nak dekat air terjun tu banyak batu.. kena hati2 sket :)