Thursday, August 16, 2018

Jalan-Jalan: Pulau Jeju, Korea





Selamat Pagi!


Setelah beberapa bulan tak kemaskini blog ini, mari kita cuba menulis semula! Heheh. Bulan 4 haritu aku gi Pulau Jeju, Korea. Aku tak tau ape yang menarik sangat kat Jeju ni sebelum menjejak kaki ke sini sebab aku ni jenis yang tak buat homework sebelum gi mane-mane hahaha. Aku memang serahkan kat kawan aku je, jahat kan? Jangan contohi :D. Cuma aku pernah tengok siri The Return of Superman, alaaa cite baby-baby Korean yang comel so ade la nampak tempat-tempat menarik kat Jeju ni.. Selain tu aku taw jugak tanah kat Jeju ni bagus untuk kulit sebab produk kosmetik dan skincare dari Korea selalu pakai bahan-bahan dari Pulau Jeju






Tempat pertama yang kami lawati di  Jeju ialah Air Terjun Cheonjiyeon. Harga nak masuk seorang sebanyak 2,000 KRW , so dalam RM 7.20 lah kalau convert. Time kami pergi ni baru je nak musim bunga, so pemandangan dan kecantikan bunga-bunga memang superb lah. Oh ye, kat sini kami sewa kereta 9 seater kat AJ CAR RENTAL, kawan aku book siap-siap online so bila sampai Jeju tu just tunjuk resit dalam phone, then settle.. memang senang lah walau pun kitorang tak pandai cakap Korea. :D





Pokok pelbagai warna.. Cantik kan.. Suhu nyaman-nyaman je time ni.. dalam 18- 20 darjah celcius kalau tak silap






Patung ni macam trademark kat Jeju ni.. souvenir pun banyak patung ni.. aku tak beli. Haha





Cherry blossom di mana-mana.. Its so beautiful






Setelah berjalan dalam 15 minit, tadaa inilah air terjun tu.. tak de orang mandi.. sejuk kot. Hahahaha







Destinasi kedua kami ialah Gasiri Wind Power Plant. Sepanjang jalan kat sini memang pokok bunga cherry blossom dan Canola ni tengah mengembang mekar. Memang cantik sangat.. Tengoklah kereta-kereta berhenti sebab nak posing dalam semak tu. :D





Subhanallah





Sampai dah tempat kincir angin ni.. Boleh masuk free of charge! I like free things.. Heheheh.. Takde aktiviti ape pun.. just bergambar je kat situ.. Bunga Canola kuning tu memang cantik sangat.. Jangan risau walaupun langit nampak cerah, tapi suhu nyaman sangat.. So tak berpeluh ketiak masa photoshoot heheh





Next, Udo Island Lighthouse Park. Nice view sebab tepi laut kan..





Makan sotong bakar tepi laut! Jangan risau.. halal.. sebab dia bakar je tak letak minyak ape pun.. Sambal cicah dia kitorang tak amek.. hihihi






Kami sembahyang kat tempat parking je, belakang kereta.. wudhu' amek kat toilet. 






Dinner kami makan kat Restoran Dangwaego.. Halal jugak.. Korean Halal restaurant agak limited kat Jeju.. Kalau kedai arab tu banyak kot tapi kami nak makan korean food.. Agak pricey tapi berbaloi..


Ade lagi tempat kami pergi di Jeju ni macam Maza Park, Cat Park, tapi takde apelah nak cite sangat.. Kami pun tak lama sangat kat Pulau Jeju ni, 1 hari 2 malam je. Next time, nak pergi lama sket sebab pulau ni besar taw! Tak cukup nak explore 1 hari.. Jeju ni sesuai untuk relaks-relaks, santai-santai dan untuk orang yang suka alam semulajadi..  



Ok lah sambung tempat lain pulak nanti..

Bye!


4 comments:

  1. ya ALLAH cantiknyaaaaaa cherry blossom !!!!!!!! kalo dah sepanjang jalan lawa cenggitu rasa nak brenti je kejenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berhenti pun.. jalan2 sambil selfie dan ambil gambar je kejenye :D

      Delete

sila komen jangan segan-segan :)