Skip to main content

Ilustrasi Tentang Dunia Sekarang - by Steve Cutts



Image Source

Beginilah keadaan sekarang.. orang yang kaya & berkuasa akan menindas orang bawahan. Orang kaya makin kaya..dengan bantuan orang bawahan. Tapi orang bawah ni makin terseksa. Haaa





Image Source

Hidup makin lama, makin bergantung kepada smartphone.. Pergi jelah mana-mana sekarang, semua menunduk tengok phone. Sedih! Paling sedih bila tengok boss/ketua pun tengok phone je masa mesyuarat. Hahahaha totally messed up




Image Source


Persetujuan dan persefahaman akhirnya tercapai selepas kehancuran.





Image Source


Gadaikan bumi demi duit.. yelah betul sangat tu.. Tengok jelah pokok-pokk ditebang.. pastu apa diorang dapat? Dapat duit berjuta-juta lah.. hihii





Image Source

Iye memang dah ala-ala zombie jugaklah.. hahaha.. Nampak sesuatu yang menarik je, semua ikut, semua serbu.. tanpa usul periksa





Eh macam emo plak entri kali ni.. Keh keh keh.. Tapi aku pon terasa sekali taw! Hahaha!

Boleh tengok lagi lukisan Steve Cutts ni kat personal site dia -> https://stevecutts.wordpress.com/

Memang talented dan menarik!

Ok itu je

Bye.. happy weekend!




Comments

Razf said…
insaf sekejap. hehe
Bro Ley said…
Menarik kartun2 dia lukis. Yang kaya makin kaya tu betul sgt. Org dh kaya ni diuji lagi dgn kejayaan. Tu x pernah puas tu... Peduli apa dah dgn org bawahan bila nmpak duit.

Korbankan bumi untuk duit. Banyak dh pembangunan skrg. Tp problemnya pemaju ni x kisah pasal kesannya. Contoh mcm banjir skrg ni. Pemaju ni bukan kisah nk bina sistem peparitan yg baik. So, hujan lebat je habislah banjir. Kesian org2 yg rugi akibat banjir ni...
plain83 said…
huhuhu... picture yang second tu, si tikus tu tengah pegang leash haiwan apa pulak tu, semut ke... ("^__^)
CD said…
betul sgt.. yang kaya, makin kaya.. yang miskin, makin miskin.. bab smartphone tu... tak dapat den nak nolong.. hihi
Razf said…
yg kaya tu kalau tolong org yg susah takpe jugak kan..

nasib baik tahun ni hujan x menyebabkan banjir sangat.. Alhamdulillah
Razf said…
serangga kot.. hahaha.. x sure tikus makan apa.. dia makan semua kot
Razf said…
bab smartphone tu mmg kena sebijik kt mukaaa