Assalamualaikum
Teruja sangat aku nak share dengan korang movie ni. Habis tengok je terus menaip. Hah! Semangat nak menaip blog datang tiba-tiba.. Hahahaha! Ok lah aku macam biasa tengah cari cari movie nak download, pastu ternampak poster movie gambar monyet. Aku pon excited la menekan butang download, bajet2 ala-ala macam citer Planet Of the Apes la kononnya! Haha
Sekali bila dah tengok seminit dua.. Rupanya cerita ni berbentuk dokumentari. Owhhhh barulah kutahu. Tapi tapi tapi.. walaupon berbentuk dokumentari, dia ada cerita taw. Jalan cerita dia memang best dan sure tak boring punya!
Okay meh tengok sinopsis dulu:
Maya, seekor beruk jenis touqe berada dalam kasta rendah dalam kelompoknya. Dia hidup dengan memakan sisa-sisa makanan yang jatuh dari pokok fig. Golongan kasta tinggi saja yang boleh makan buah di puncak pokok. Apabila Maya mendapat anak, Kip, barulah dia sedar yang dia perlu menaikkan taraf hidupnya. Sehinggalah Kumar datang semula, sesuatu berlaku apabila kumpulan beruk yang lain menyerang kelompok mereka dan akhirnya Maya pun bertindak.
Inilah Maya dengan anak jantannya, Kip. Huhu..sedih tau.. Maya ni jadi single mother kejap, bila si Kumar (suami Maya) yang datang entah dari mana, pastu carik gaduh dengan Alpha Male kat situ, so Kumar tu kena halau.. Tapi tak lama lepas tu Kumar datang balik.. walawehh cinta sejati beb.. > <
Apa yang best sangat movie ni??
- Walaupun cerita ni berbentuk dokumentari, dimana takdelah ade scene beruk berupaya bercakap bahasa Inggeris, tapi narrator dia Tina Fey! Tina Fey wehh.. gempak tak gempak.. Hoho
- Filem ini dibuat di Sri Lanka, dekat istana ke kuil dalam hutan, cantik Subhanallah. Langit, pokok, sungai, air terjun.. semua nampak macam tak tercemar dan asli saja. Pastu selain monyet, ada banyak jugak featuring binatang lain. Hehe syoknya
- Jalan cerita dokumentari ni sangat best, dari mendatar, sampai ke klimaks dan sampai lah ke happy ending. Yeay happy ending!! (sejak akhir-akhir ni banyak cite aku tengok tergantung atau sad ending)
- Banyak sangat nilai-nilai positif dalam dokumentari ni, macam kasih sayang ibu anak, leadership, semangat tak berputus asa dan memacam lagi
- Aku pon baru taw yang dalam group beruk pun ada kasta, sapa kasta tinggi boleh makan buah atas pokok, tidur kat tempat ada bumbung. Sapa kasta bawah macam Maya, tunggu jelah kalau ada buah jatuh. Eh ke dalam cite ni je dia buat senario macam tu?? Hmmm
Oklah rasa macam dah taip panjang dah ni, pendek kata aku bagi 9/10 markah!
Haha penonton yang berpuas hati sangat ni
Alahai kiutnyer..
Ok bye!
Comments
apa pun, part kasta tu tak kisah la betul atau tidak (tak mustahil pun ada kasta dalam kelompok komuniti haiwan), tapi seolah macam terkena pada batang hdung manusia ni kan...
itulah kena baca lagi, btoi ke ada kasta2 ni..
http://dayt.se/
senang.. direct link je
tu... aku ada tulis.. 9/10