Skip to main content

Jalan-Jalan: KLCC Lake Symphony's Dancing Fountain





Assalamualaikum..

Sempena musim jatuh sana-sini ni mari kita sama-sama jimatkan duit dengan cuti-cuti di tempat berdekatan. Well.. pergi jauh pun buat apa.. Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.. Sesuai tak peribahasa ni digunakan dalam situasi macam ni? 

Sebenarnya kat Malaysia ni pun banyak sangat tempat menarik, cantik dan best-best.. Kita ada banyak pulau cantik, gunung-gunung, kota-kota bersejarah so tak perlu pegi jauh.. abeskan round satu Malaysia ni pun dah seronok dah.. 

Contohnya KLCC water Fountain ni.. Selama ni aku pun tak tahu sangat pasal ni, maybe sebab selalu gi KLCC siang hari, so terlepaslah slot Dancing Fountain ni. Sehinggalah aku ada kerja berdekatan dengan KLCC ni, so malam-malam tak taw nak buat apa, so mai meronda kat KLCC ni.. Hehe. 



Gambar dari angle kami agak jauh ya.. Tapi sebenarnya memang cantik sangat lah!


Lepas jalan dalam KLCC ni sampai kedai dah tutup, kami pun duduklah dekat tepi tasik ni. Memang ramai orang, pelik jugak ape yang diorang tunggu ni.. pi lah balik tido, dah malam dah. Haha! Tak lama lepas tu terdengarlah lagu, Beethoven punya lagu kalau tak silap la, campur lagu korea2 sket (agaknyala..). Dan kemudian ade air pancut berlampu-lampu menari! Syok gak la.. Takpela terlepas Symphony Light kat Hong Kong pun..! Hahaha!

KLCC Lake Symphony's Dancing Fountain ni start pada pukul 12 tgh hari  - 4 petang (ok selama ni memang tak perasan kot) dan 6 petang - 11 malam masa hari minggu dan 10 pagi - 12 malam pada hujung minggu. Lama jugak tu.. Tapi lepas main 1 lagu nak ke lagu seterusnya tu, kena tunggu lama jugak.. Mula-mula ingatkan dah abes, rupanya ada lagi.. gitula.. 




Gambar mungkin agak kabur kerana musim JEREBU sudah tiba..





Ni jumpa music show satu kat You Tube.. best kan.. memang terbuai dengan lenggokan air tu. Hahaha. Pendek kata, Malaysia pun canggih, ada air berjoget-joget ni.. Kalau tension ke, boring ke, dudukla sini, tak kena bayar pun.. free of charge je.. . Jaga kebersihan taw, jangan buang sampah atau puntung merokok merata-rata! Hargailah apa yang kita ada. :)
 
 
Ok bye!
 
 

Comments

Bro Ley said…
Ohh..kalau malam lagi lawa rupanya ada lampu...aku pernah tgk time siang2 je dancing fountain ni kat klcc. Tapi, macam x sesuai je berjalan2 waktu sekarang ni. Jerebu la weh....
Lynn Damya said…
Salam, haaa masa study dulu klw g KLCC mmg suke dok melangok kat tepi tasik tu, sronok tgk tasik...tp xpenah g mlm so xdpt tgk air pancut tu menari2 dgn music...tp xpe, kt Johor sini dah ade dah, kat Taman Merdeka..hahaa mmg layan habis..leka aku cam tak nak balik plak..hahah
Razf said…
btollah mari kita berhibernasi saja di rumah. bahaya jugak keluar.
Razf said…
ooo kt Taman Merdeka ye.. nanti boleh g.. hehe
amira faqihah said…
xpernah tgok dancing fountain kat mesia,nampak lawa sgt dlm gambar :D
Nora Karim said…
oooo cantik rupanya malam2.... tak pernah ke klcc malam2... kalau pi siang hari, anak2 main kolam... seronok gak kolam dia tu...
Farah said…
Oh, dekat Malaysia pun ada juga dancing fountain ni. Dah lama saya tak jejakkan kaki ke KLCC ni.
Razf said…
cantik lagi dari mata yg memandang :D
Razf said…
OOO kolam tu ade lg ek.. igt dah xde dah. hehe
Razf said…
nanti balik Malaysia leh la singgah :)