Biar btol minah ni share tips penjagaan beg tangan mahal? Dia ada beg mahal ke?
Jawapannya..
Takde T_T
Tips Penjagaan Beg Tangan Berjenama:
- Tidak elok untuk menyimpan beg dalam tempat yang bersuhu panas atau tertutup kerana kulit beg perlu bernafas
- Cara yang paling mudah untuk membersihkan beg itu adalah dengan menggunakan kain lembap, kain lembut mikrofiber atau pembersih kulit yang khas
- Elakkan menggunakan bahan beralkohol untuk membersihkan beg kerana bahan tersebut akan merosakkan kulit beg tersebut
- Elak meletakkan beg berhampiran barang kosmetik atau pen penanda kerana mudah mendapat kesan dakwatnya
- Sekiranya seseorang itu ingin membersihkan beg berjenama pereka masing-masing, adalah lebih baik menghantar beg tersebut kepada kedai asal di mana beg tersebut dijual. Ini kerana pihak kedai mempunyai kepakaran dan peralatan profesional untuk membersihkan beg anda dan nilai beg tersebut dapat dikekalkan dan dipulihkan
- Hindari menyimpan dalam beg plastik, sebab keadaan ini akan menyerap kelembapan yang boleh merosakkan fabrik/bahan handbag anda
- Bungkus selalu beg kulit anda dalam beg kain. Sebab itu, handbag yang premium didatangkan sekali dengan sehelai beg kain. Itulah kegunaannya
- Isi beg tangan dengan kertas polos atau tissue untuk menjaga bentuknya agar tidak penyek/rosak
- Pastikan almari beg tangan anda kering dan tidak lembab, tambahkan silica gel / perfume gantung almari untuk menghindari dari panas dan angin-anginkan beg-beg anda sebulan sekali jika anda jarang menggunakannya
- Selain itu, anda juga perlu memperhatikan resleting (zip). Kotoran yang terselip pada resleting juga harus dibersihkan agar resleting dapat digerakkan dengan lancar pada setiap saat menutup dan membuka beg
Sumber tips:
*Bayangkan ini aku lepas baca tips2 itu. LOL Crisis identity*
Maafkan diriku patik pacal yang hina.. Aku tak taw macam tu sekali penjagaan bag tangan berjenama. Okay lah fine lah sebenarnya takdelah susah mana pun .. Don't make it like a big deal lah kata omputeh.. Dah ko beli barang mahal, maintenance dia pon haruslah tinggi juga .. Gitu..
Sebab apa aku terkejut.. sebab selama ni aku ingatkan beg dah mahal, haruslah ia sangat tahan lasak dan tahan beribu-ribu tahun seperti mana harganya yang beribu.. (tak gitu?). Aku ingat lagi masa aku kat Siam, peniaga beg tu siap bakar beg tu nak tunjuk yang beg tu dari kulit yang berkualiti, bukan plastik. Masa tu aku kekonon nak beli beg Gucci gred AAA tapi lepas tu tak jadi, ntah knapa
Masa kemas-kemas barang, aku terjumpa beg ZARA (je pon) yang lama aku tak pakai, dah terkopek-kopek kulitnya, sedih.. tulah sapa suruh tak simpan bebetoi.. main sumbat2 dalam beg. Lepas tu jumpa plak beg berharga RM13 yang aku beli kat pasar malam, ehhh elok lagi kauuu.. Takde kesan tercela siket pon. Terus aku pakai semula.. Hahahaha..
Oklah untuk mereka yang pakai beg tangan berjenama.. Hats-off! Adore U! Andalah simbol orang-orang yang teliti
Berangan jadi Hermione plak bleh?
Bye!
Comments
Kadang kita ni masuk rumah...
Anak nak susu...nak salin pampers...nak muntah...haish...