Skip to main content

Cara Untuk Mengatasi Prokrastinasi



Assalamualaikum!

Eh sejak akhir-akhir ni rajin plak aku mengupdate blog ye? Aku ni ada mood jugak nak update. Bila mood tu datang, rasa macam semangat nak menaip tu meluap-luap, tapi kadang-kadang takde idea pun nak taip ape.. Haha! Hmm maybe tengah cuti sem, ada masa terluang sket so mood tu datang..

Ok straight to the main topic.. Apa itu prokrastinasi? Prokrastinasi ni perkataan yang telah dimelayukan, berasal dari procrastination. Prokrastinasi ialah perbuatan menunda segala kerja yang nak dibuat, yang sepatutnya boleh dilakukan sekarang, tapi sengaja tunda, walaupun kita tahu kesan negatifnya. 

Haa.. korang mesti selalu buat kan? Ahahah okay tak, korang tak kot, tapi aku yes.. selalu. Selalu sangat. Malu wei.. Kadang-kadang ada kerja tu boleh siap dalam masa 1 jam je, tapi aku tangguh.. tangguh.. tangguh.. check fb kejap, check twitter kejap, check instagram kejap, sampailah sekarang.. kerja tu tak siap-siap. Huhu. 

Ada sekali tu, aku nak beli tiket bas, tapi aku tangguh, tangguh.. Sampai last sekali tiket bas habis! Huwaa! Aku nak balik kampunggg.. Tapi tulah, salah sendiri kan? Sapa suruh prokrastinasi, maka hadaplah kesannya.. Ok kat sini ada beberapa cara nak stop prokrastinasi yang aku dapat dari website ni.


1. Bahagikan tugas menjadi tugas-tugas kecil

Ok, contohnya kau berhasrat nak kemas bilik. Korang pun tangguh sebab korang rasa kemas bilik ni memenatkan dan memerlukan masa yang banyak. Maybe apa yang boleh dibuat ialah kecikkan tugas. Contohnya hari ni kemas meja tulis, esok kemas rak buku, then kemas katil. Senang cite, at least ada buat sumthing kan dari tak buat langsung? :)


2. Tukar environment

Korang cadang nak baca 8 bab malam ni, tapi bila tengok katil kat meja sebelah, eh macam memanggil-manggil jer! Hehe. Mungkin korang kena ubah persekitaran, baca buku kat library ke, kat kedai mamak ke, kat mcD ke..


3. Set Deadline

Ini penting! Lepas dah bahagi-bahagikan tugas macam tips No. 1, kenalah set deadline. Kalau boleh setkan deadline diri sendiri lebih awal dari deadline sebenar. So sempatlah kita nak semak atau tambah baik. 




4. Hapuskan punca-punca gangguan
 
Hahh aku rasa ini yang paling susah! Untuk aku, punca utama aku suka menangguhkan kerja ialah handphone! Ok sebenarnya bukan handphone lah, tapi apps-apps dalam dia seperti instagram, twitter & facebook. Tak taw la knapa aku leka sangat tengok pic-pic makanan dalam instagram, sedar-sedar dah 1 jam tengok handphone. Rugi masa kan? Ok, cara senang ialah tutup wifi/data plan, lepas sejam dua buat kerja, baru tengok phone, itupun limitkan 10-15 minit je






5. Beritahu orang di sekeliling tentang misi anda

Okay, tak payah lah bagi taw satu kampung, maybe boleh bagi taw kawan-kawan terdekat or famili. Contohnya, bagitaw kat kawan baik korang, yang korang nak siapkan assignment Ethics, deadlinenya ialah minggu depan. So bila kawan korang nampak korang sedap je melayan drama bersiri Isteri Luar Biasa secara online, so dia boleh sound "Oi! Assignment tak siap, sebok tengok drama!" So korang boleh sentap dan terus bukak buku. Mungkin.



6. Reward diri sendiri

Korang berjaya menyiapkan assignment seminggu lebih awal dari deadline, dan itu tak pernah berlaku seumur hidup. So korang boleh menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri, so lepas ni korang rasa motivated nak buat macam tu lagi. Best kan? :)


LOL




7. Jangan fikir terlalu complicated

Kadang-kadang, kita fikir banyak sangat. Last-last kita tak buat sebab kita rasa macam tak mampu. Apa yang kita boleh buat ialah, cuba dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dari tak buat langsung kan? Tak cuba tak tahu





Ok setakat ini sahaja.

Bye!


Comments

weschairs said…
Setuju... Nak sesuatu kena concentrate..
Azhafizah MN said…
manage kerja tu paling bagus :)
Lynn Damya said…
Salam, hahahaha punya susah nak sebut, rupanya tunda kerja..ade jugak term untuk itu ek..hihi, btw, mmg aku salu mcm tu, tp those top 3 points mmg betul2 berkesan. Hehe :D
ewanthology said…
yang nombor 4 tu memang sangat berkesan... cubalah.
Razf said…
kena plan btol2 kan
Razf said…
no 4 je ea? hehheheheh
Razf said…
hahaha mmg susah sket nak sebut
Razf said…
baiklah sy try nanti
Mime MF said…
ALAMAK...sama la kita..suKA sgt bertangguh...haha
Unknown said…
susah......hahahaha
Razf said…
tabiat yg susah nak dibuang kan
Razf said…
memang susah. tp kena try :)
Wak Lat said…
salam ramadhan, hee byk sgt ganguan laman web sosial skrg kan, nk wat keje lain pon malasss., ;p
afzalsukasuki said…
hapuskan punca2 gangguan tu mcm tak boleh je huhu
Razf said…
btol2 stuju 88x
Razf said…
yakin boleh! haha
tu lah.. kadang nak hapdate blog ni jadi bertangguh ssangat. hahaha
Khai_Sol said…
thanks akak for de tip ^^ . Ni baru nak insaf nak buat assigment--
Razf said…
btul..situasi kita sama
CD said…
I have problem with no 4.. jenis takleh fokus satu kerja.. hehe
Razf said…
itu memang gangguan utama tuuu