Skip to main content

Jalan-Jalan: Ocean Park Hong Kong





"Eh tak habis-habis lagi ke cite pasal gi Hong Kong ni? Rase macam dah berzaman dah pegi" kataku kepada diri sendiri. Lulz.

Okay ni last entri pegi Hong Kong. Lepas ni takdak lagi dah! Bye Hong Kong! Lenyaplah kau dari ingatanku! Kalau nak ingat balik boleh selak-selak blog. Gitu.. Hahaha

Sebenarnya aku pun dah ingat-ingat lupa ape yang terjadik kat Ocean Park ni. Almaklumlah dah lama dah.. tapi aku cuba recall baliklah berdasarkan gambar-gambar yang telah disnap.




Ocean Park ni ada dua bahagian. Kat bawah, macam zoo lah. Ada haiwan-haiwan darat dan laut. Kat atas plak, ada taman tema yang besar, which is boleh naik menggunakan kereta kabel ataupin train, haa kat atas tu theme park. Senang cakap Ocean Park ni memang besarlah! Tak puas jalan 1 hari, harga tiket masuk time aku tu dalam RM150++. Ok la berbaloi. Gambar di atas ialah gambar akuarium besar kat Ocean Park ni. Ade macam-macam ikan.. Ikan Pari, Ikan Yu, kuda laut.. pendek kata macam-macamlah! Ala-ala Aquaria KLCC. Hehe





Panda sedang tido.. Amboi bestnya.. Jealous I.. tido pon comel







Ok naik atas plak bahagian Theme Park.. Yeay! Masa naik ke atas kami naik cable car.. Syok wooo.. nampak laut.. Gayat siket ler, pastu goyang-goyang sket.. Pastu tetiba dia stop jap.. Ahaha seram2.. Angin sedap je kat sini






Roller coaster pertama yang diorang naik.. Sorry aku tak naik roller coaster yang tunggang terbalik 360 darjah ni.. Takut muntah pastu terkena kat orang lain.. Naya je... :(  Tapi diorang cakap bestla sebab nampak pemandangan cantik.. tepi laut kan.. Sorry aku tak percaya.. tak cantik dah aihh kalau lelaju sangat :(




Uols berani ke? :(






Ok yang ni aku berani. Bahaha






Yang ni tak berani. G la korang naik. OKBAI







Kena pakai baju hujan bukan sebab hujan ke ape. Diorang suruh yang pakai tudung ni pakai benda alah ni plak, takut tudung tecabut kot. Layan jerrr






Tengok singa laut buat show. Bijak diorang ni!






Penguin in da hauz!!!



Ok tu je lah setakat ni. Update cepat-cepat sebab nak buat kerja hahahah


BYE!







Comments

Hafiz Hafizol said…
iolss beraniii ajeeee
belogkiter said…
pernah pergi tahun 2008 kot... masa tu mungkin tak secanggih sekarang...
Razf said…
maybe ade penambahan sket kot
Nora Karim said…
Saya tgk gambar roller coster tu je pun dah nak muntah! Mcm best je tempat ni... boleh la berangan2 pi hong kong pulak...
Razf said…
best! tapi sy suka disneyland lagi.. hehehe