Secara jujurnya, aku memang tertarik tengok buku ni kat Popular, tapi aku tak nak beli. Aku ingat nak baca-baca dan selak-selak je sket kat situ tapi buku tu bersampul plastik plak! *baca sket2 lama2 habislah kan tapi kau kena gi selalu lah Bookstore untuk habiskan buku tu. Ini cara orang cheapskate*. Bahaha!
Aku tak berapa mengikuti sangat kisah Saiful Nang ni. Aku tak follow dia kat Facebook, tapi ada jugak la baca tulisan dia yang dishare oleh kawan-kawan kat FB.Aku jugak tak pernah baca blog dia.
Aku jugak taw dia yang seorang jurugambar yang tersohor di Malaysia. Dia di antara orang-orang terawal kat Malaysia ni yang shoot gambar-gambar candid masa wedding menggunakan DSLR camera. Gambar-gambar dia snap masa majlis perkahwinan superb kot, tapi aku boleh memandang dari jauh je sebab taw tak mampu nak hire dia LOL. Liyana Jasmay mampu lah. Eh. Hehe
Tapi setelah pusing pusing pusing dalam bookstore tu dan survey-survey novel-novel Melayu kebanyakannya bertajuk ala-ala bertajuk Suamiku Encik Kambing, Menantu Sekupang, Isteriku Kawaii.. Akhirnya aku mengalah. Aku pun ambil buku ni untuk dibaca.. Hihi. Mungkin sebab warna kuning kot, menarik perhatian betul
Lepas baca, aku tak menyesal pun beli buku ni dan adakala macam nak baca terus tak nak letak-letak. Haha over plak ko ni kan
Komen sket:
- Buku ni berharga RM30, tapi Popular ade buat discount ke ape ntah tinggal RM24.
- Buku ni tebal jugak, dalam 400++ mukasurat, colorful sangat dan banyak gambar-gambar cantik. Mestilah gambar yang Saiful Nang capture kan? Hehe.. serius cantik dan bermakna semuanya.
- Tulisan dalam buku tu aku rasa semuanya diambil dari penulisan kat blog beliau kot start dari tahun 2007. Sebab aku tak pernah baca blog dia, so semua yang aku baca tu kira fresh lah! Kalau korang mengikuti dia dalam blog, so mungkin itu ulang tayang la.. Mungkin korang boleh recall lah.
- Kagum dengan beliau sebab boleh memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM90. Dalam buku ni jugak, dia menekankan yang dia bukan berasal dari keluarga senang, so dia buat macam-macam cara untuk dapatkan duit. Orang seni kan.. banyak lah cara-cara kreatif.. Good!
- Buku ni buku motivasi, so banyak nasihat-nasihat dan tips-tips berguna untuk kehidupan seharian kita ni. Cara penyampaian dia santai, alaa macam baca dalam blog kan.. mane de skema-skema sangat. Ayat-ayat dia tu kengkadang pedih tapi itulah hakikatnya apa yang berlaku di Malaysia ni. :)
- Ada satu page tu, ade la ayat-ayat pastu dia ada bagi website address and dalam kurungan ada tulis sila klik sini. Eh nak klik macam mana.. wuwuwu.. ok lame
- Kagum sebab dia tak manjakan anak-anak dia dengan kemewahan, dan dia gunakan kesenangan hidup dia untuk membantu orang lain jugak. Dia dan kawan-kawan dia ada menubuhkan Rumah Prihatin yang menempatkan golongan kurang bernasib baik
- Overall, buku ni banyak membuka mata dan mengingatkan. Thumbs up!
- Semoga ramai lagilah jutawan-jutawan Malaysia yang berfikiran dan bersikap seperti beliau.
Ok tu je kot. Bye!
Comments
kita follow dia di Facebook la rasanya. Mmg sangat lantang bersuara dia nie .
(pinjam boleh? wakaka)
p/s buku suamiku encik kambng tu tipu kan?? hihi.. datang lurus bendul ni.. selamat berpuasa ye..
nak pinjam? boleh je (serius)
alaa tu tajuk novel saya nak karang nanti. hahahaha