Skip to main content

Sedang Membaca: The Ruins Of Us by Keija Parssinen




Hai Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak Urban Legend (Lagenda Urban) iaitu... Kalau korang beli buku kat Big Bad Wolf (BBW).. End up korang tak baca pun buku yang korang beli banyak-banyak tu? Hahahha.. Bukan main la kan bila taw ada Big Bad Wolf sanggup bangun pukul 4 pagi konon tak nak ramai orang (BBW bukak non-stop untuk beberapa hari).. Pastu boronglah banyak-banyak buku sebab murah katenyerr.. Last-last jadi hiasan di bilik je.. Tak sentuh pon


Tetapi..! Tetapi aku cuba nak memecahkan urband legend itu.. iaitu.. aku tengah baca buku pertama yang aku capai masa BBW sale hari itu.. Walaupun dah berbulan-bulan baca.. still.. tak habis lagi.. Hahahha. Adoi susahnya nak membaca sekarang.. distracted sangat dengan phone, movie2 yang aku download.. Anyway aku sedang berusaha la untuk habiskan gak buku ni. Selalunya baca buku sambil baring-baring.. hasilnya tak sampai 5 mukasurat dah tidur.. kui3

Ok kita tengok sinopsis trus:

Buku ni mengisahkan tentang seorang wanita jelita dari Amerika (Rosalie) berkahwin dengan lelaki kaya (Abdullah) dari Arab Saudi. Mula-mula biasalah mendapat tentangan dari orang tua sebab bertentangan agama dan budaya, tapi last-last kahwin jugaklah. Mereka bahagia, dapat dua anak iaitu Faizal & Mariam. Konflik mula terdetik sejak Rosalie dapat tahu Abdullah ada seorang lagi isteri! Dan isteri baru pula ialah seorang wanita muda & cantik.. Bertambah konflik bila anak sulung mereka, Faizal buat hal dengan bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang kononnya berjihad tetapi menggunakan cara yang salah, atau lebih dikenali sebagat Terrorist ataupun Pengganas....



Komen Saya:

  • Mula-mula baca aku semangat, sebab cite ni macam lain daripada yang lain la.. Dan terus masuk ke konflik, iaitu bila isteri dapat tahu suaminya kahwin dua.. Lepas tu baru dia macam flashback kisah diorang dulu-dulu
  • Tetapi dah sampai tengah aku macam boring plak.. sebab kisah penceritaan tu jadi macam slow sebab banyak sangat flashback..
  • Lepas tu kisah Rosalie si isteri macam tak banyak.. dia tak mendalami sangat isi hati wanita yang terkena poligami tu.. Jadi aku macam  tak feeling sangat.. Sorry
  •  Bila bab Faizal anak dia tu macam meleret.. So jadi boring sket.. Sebab aku expect dia akan tunjuk or ceritakan how the woman handle the situation of the poligamy.. Tapi sebenarnya banyak pasal terrorism & pasal konflik anak-anak remaja
  • Walaubagaimanapun, pujian diberikan kepada penulis novel, Keija Parssinen sebab perincian dia tentang Islam dan budaya Arab tu agak tepat lah. Maybe sebab dia pernah duduk sana kan.. so budaya dan agama ni memang dalam observation dia...  So yeah.. Baguslah
  •  Aku bagi 5.5/10.. Hehehe

Ok itu je.. bye!




Comments

CD said…
hi urban legend gang.. hahaha.. zizie satu muka surat pun dah tertido.. hihi. nice review.. zizie pun tak suka cerita yang meleret dan boring di bahagian pertengahan cerita.
Razf said…
kite nak novel yg fast n furious kan ? hahahha
Lynn Damya said…
Salam, wahhh tgk sinopsis pun mmg mcm best dan berkonflik gila..so ending dia bahagia balik ke tak? haha btw, pasal urban legend tu memang! Kemain beli lepas tu saya buat susun2 hias rak buku je, xbace pon..hahaha konon best lah ade byk buku kat rak, haha~
Razf said…
Wsalam.. ending dia anak dia Faisal tu bunuh orang, pastu dia insaf.. First wife pasrah laki dia berpoligami.. Life must go on la kesahnya...

hahaha mari hentikan urband legend itu
AzianKhalil said…
Hehe..baca suratkabar pun tak habis sekarang...tak sempat cekononnya
Razf said…
mmg x sempat pun.. hehe