Skip to main content

Raya Raya Raya.. Selamat Hari Raya~~ (2014/1435H)

Tajuk entri kali ini ialah secebis lirik dari sebuah lagu raya..

Teka lagu apa?

Kalau betul, aku bagi gula-gula.. hehehhe serius ni tak tipu..

Okay bulan Syawal 1435H dah berlalu pun sebenarnya.. Dah masuk Zulkaedah dah nak oii.. Tapi si slowpoke will be slowpoke forever.. LOL.. So apa kisah raya kali ni? Lebih kurang sajer macam tahun lepas.. (Eh bila nak ubah ni?).. Yang beza ketaranya famili aku tak cukup sorang.. Kakngah di Jordan so.. tengok kami makan rendang ketupat dari Skype sajelah yer? Hehehehe





Model rendang ayam kita.. Pepagi bau ayam sajer sebab basuh ayam 7 ekor T_T








Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung pada raya pertama, kami mengamalkan Tango/Viber/Skype untuk menghilangkan rasa rindu.. T_T.. 










Meraikan teknologi baru iaitu monopod.. keh keh keh.. tapi masalahnya bila upload dalam blog nape dia terbalik.. Adoi lahhhh  penat dah aku adjust2.. T_T.. Maafler











Semenjak dua menjak ni aku dah tak dapat duit raya dah, ni sampul duit raya adik aku dapat ni.. Ganas bebeno.. takut aku melihatnya









Upacara bermain bunga api haruslah.. Anyway, aku tak suka langsung bunyi bom, meriam, mercun dan sebagainya... Mesti jantung aku ni pon macam meletup sama.. Dan keluarlah sumpah seranah di dalam hati aku.. Nak cakap kuat takleh ramai orang2 tua.. Hahaha









Tamat beraya di kampung.. kita beraya di Kay El pula.. Raya di KL pun best juga.. banyak open haus.. setiap weekend naik 2 Kg.. Yeahh (true story bro).. Pic atas menunjukkan keterujaan still dapat duit raya lagi.. hik3









Event wajib.. Potluck di office! Suka sangat sangat sangat sebab banyak makanan lazzattt









Yang tengah tu happy laaa menang Biggest Loser! Yang di sipi-sipi tu kecewa laaa sebab tak dapat RM 200  T_T








Harap korang masih dapat merasai kemeriahan hari raya bila melihat kek ini.. LOL

SELAMAT HARI RAYA 

MAAF ZAHIR BATIN

sori lambat


Bye!



Comments

Unknown said…
raya dah lepas tp masih bersemangat! cayalah. kih kih kih kih.
memang ganas benorr T___T
dya nasir said…
bestnya raya kt kg..thun ni dya xraya kt kg pun..rye kl je..
Hafiz Hafizol said…
Selamat hari raya razfira, haha... kenapa baru update entry raya nie .. orang dah habis raya.. nak raya haji pulak nie... hahaha
Azhafizah MN said…
walau raya dah habis, fiza nak ucapkan selamat hari raya jugak..hehehe
Nora Karim said…
Hehehhe saya pun masih ada entri basi raya... blm publish... hahaha selamat hari raya!!! Hehehe
Zamri said…
Selamat Hari Raya! :)