Skip to main content

Jalan-Jalan: Taman Safari, Bogor, Indonesia


Wah! Lame tak tengok blog nih! Hari tu gi Indon sekejap, best! Antara destinasi feveret aku ialah Taman Safari ni lah! Sebab tu terus wat entri tempat ni. hehe. Aku memang dah lama teringin nak gi tempat binatang macam safari ni, di mana haiwan-haiwan semua bebas berkeliaran dan tak duduk dalam sangkar. Bebas gituew.. 

Perjalanan nak gi Taman Safari ni dari Bandung ialah sekitar 3 jam. Kitorang gerak pkl 5 pagi (6 pagi waktu Malaysia). Awal tak? Hehe.. semangat giler ni nak tengok binatang! Pastu jalan kat sana... hmmm.. janganlah korang expect macam highway kat Malaysia. Jalan dia berbukit-bukau dan macam ular dipalu.. Sape tak tahan boleh pening + muntah woo.. Tapi aku tak maw tidur, aku nak tengok pemandangan sekeliling, cantik! Banyak padi bukit yang bertingkat-tingkat tu.. memang fascinating

So, sebelum sampai ke Taman Safari, korang akan nampak ada local jual carrot and pisang kat tepi jalan. So belilah, harga 20 000 rupiah (dalam RM6). Makanan tu bukan untuk korang taw! Untuk binatang laaa.. hehehe.

Harga nak masuk Taman Safari : 130 000 Rupiah (RM41.30) SEORANG (DEWASA)




Binatang pertama yang kutemui! Hey beautiful!






Tengok.. banyak rusa-rusa dan spesisnya berkeliaran.. tengok juga banyak kereta-kereta berhenti nak bagi makan





Cubaan pertama aku nak bagi makan binatang GAGAL! Cess.. tak nak layan aku kan.. takpe2






Zebra sangat friendly! Aku ingat zebra sombong sebab dia cantik sesangat.. keh3... don't judge the books by its cover






Haha kawan saya takut-takut.. tapi tengoklah tanduk dia tu.. seram sejuk gak






Tengok kat kereta depan.. ada zebra sedang menunggu makanan.. hee.. comelnyiew... rasa nak bawak  satu balik umah ler.. comel comel comeelllll!!!!!!!!! *hysteria*






Dalam Taman Safari ni ada macam kena lalu sungai-sungai kecik gini la.. so.. jangan bawak Produa Kancil gi sini taw.. ngeh3 tak kelakar.. tahu...






Ilama in the house~~!!!





Rambang mata kah??





Nampak tak siapa/apa yang duduk dengan bongkaknya di atas batu itu? Yang ni jangan bagi carrot, korang hulur je tangan korang keluar dari van. Hahaha! Jangan3.. bila dah masuk perkarangan haiwan-haiwan karnivor, korang kena tutup tingkap. Bahaya!




Raja Rimba sedang bersemayam. Jangan diganggu!






Okay time ni dah kena jalan sendirik! Tak naik kereta dah! See.. burung pon tak duduk dalam sangkar :)









Berani kan kawan aku ni amek gambar dengan binatang2 liar ni? Aku? Aku? * mengundur ke belakang buat2 tak nampak * Harga nak ambil gambar = 15000 rupiah (RM 5)






"Bro! Nak pic aku bayar dulu bro..."


Banyak lagi benda best dalam taman safari ni, best woo.. 1 hari memang tak abes la weh! Antaranya:


  • Cowboy Show.. best, memang best!
  • Persembahan dari gajah
  • Ada rumah penguin, dolphin & singa laut
  • Ada cable car! Tapi pendek je. tak puas
  • Taman tema air macam Sunway Lagoon tu...

Dan banyak lagik lah! Memang syok!






Ok bye~~


Comments

waaa.... seronoknye.... amik gamba dgn singa tu yg paling seronok...
Razf said…
@Izzan Yong Rosdin

hahaha.. seronokla klu x takut... klu sy dah pengsan dah.. keh3
mia izzati said…
eiii teruja betoi tgk gambar2 nihh...tapi yg wat saya suka tu semua minatang makan karot..bagus tuk mata hahaha..
Unknown said…
Assalam, jauh pergi melancong...
Unknown said…
jgn dekat2 nanti ditendang zebra..kakakakah
Zamri said…
Eh ada zebra crossing! I mean...zebra is crossing. :D
saerah80 said…
Wah bestnya...mahal tak tiket masuk dia?
[sutera kasih] said…
wahhhh bestnya taman sfari ni..hrga tiket pun berbaloi..drpd msk zoo murah pun tp bejauhan huhu
Razf said…
@Ikmal

wsalam.. hehehe..rezeki lebih
Razf said…
@mia izzati

tu la .. terang mata diorang :P
Razf said…
@saerah80

eh lupe nak tulis td.. hehe

130 000 rupiah je bersamaan lebih kurg 40 ringgit
Nora Karim said…
wah... bestnya... zebra tu nampak cantik betul la... excited... walaupun cuma tgk gmbr!!
cydayf said…
bestnyeeeee.. yang dengan singa tu cool :D
Razf said…
@Cik Syida

haha.. sgt cool sbenanye
Razf said…
@Syaifuddin Alias

die baik la mane tendang org :P
tengok singa semua terus ttp tingkap haha..
pernah kasi gajah makan, geli plak tgk hujung belalai dia hee
faiq said…
ko g bandung ke? hehe bgus..bole mntk tips..aku 10/12 ni nk g sana gak
Razf said…
@Pinkbubblegumprincess

hahaha.. sy berani dgn gajah... brani tgok jer :P
Razf said…
@faiq

tips? hurmm~~ tips ape ek?
teruja pulak tgk. Ni kalau dgn hubby best ni sebab sama2 suka tempat mcm ni
Unknown said…
wahhhhh teruja nya kite...xpenah tau pon ade mcm ni hehe
Razf said…
@THE LEKAT LEKIT STORY

memang x rugi kalau g.. klu x minat pon jd minat kot :P
comel betul org utan tu. duk dukung anak. hehe
Nora Karim said…
Nuffy: Colgate Total
Unknown said…
PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

Rate per Kereta per Day :

# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 400.000 or RM 115

# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
Rate: IDR 550.000 or RM 160

# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 650.000 or RM 185

# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

*Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
*Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour