Masa belajar kat Nilai setahun yang lepas, aku memang boleh dikira pengguna Komuter @ KTM yang tegar. Err kerap menggunakan KTM lah kiranya. Selalunya aku pergi Seremban lah sebab Seremban ialah bandar yang sangat hip bagi aku. Eheh. Dan Terminal 1 mempunyai panggung wayang yang awesome sebab murah. Target: Hari Rabu dan membawa student card. Kenapa Seremban hip dan in? Sebab tak serabut macam Kay Ell kot.. dan lebih dekat.
Dan Seremban ialah hentian terakhir KTM. Tapi tak lama lepas tu, KTM membuat perubahan dengan menyambung 2 hentian selepas Seremban iaitu Senawang dan Sungai Gadut(kalau tak silap itulah namanya). Aku pun sangat happy sebab rumah makcik aku kat Senawang, so selepas adanya stesen itu mereka tidak perlu fetch aku dari Seremban yang agak jauh. So eazy :)
Tapi yang kelakarnya masa baru-baru tu, diorang guna tiket KTM yang manual iaitu sekeping kertas lebar yang perlu diisi oleh jurutol. Eh jurutol ke namenye..?? Alaaa orang yang jaga tiket kaunter tulah!
But I was cool before sebab aku fikir alaaaa stesen baru... banyak lgi nak kena improve!
Tapi baru-baru ini, selepas hampir setahun tidak menuju ke Senawang, aku terkesima kejap. Eceh ayat. Poyo jek. Aku masa tu dari Stesen Bandar Tasik Selatan, aku tengok, ehhh.. awat pakai lagi KERTAS RESIT MANUAL ni??? What the..??
Apesal benda ni pun aku nak kecoh kan? Maybe nampak remeh, tapi.. pada aku.. macam tak brape nak remeh sangat lah.
1. Sebab jurutiket tu akan menjadi agak lembab, sebab kena tulis2 bagai, macammana kalau time tu KTM dah sampai dan abang tiket tu dok terhegeh-hegeh tengah tandatangan kat kertas tu. Tak pasal2 aku kena lari pecut mengejar KTM itupun kalau sempat! Dahlah KTM banyakkk sangat kat Malaysia ni. Wow ayat. Komain perli lagi aku kan
2. Macammana kalau aku terlupa pasal tiket manual tu? Bayangkan senario ini: Aku sedang tidur lena dibuai mimpi di atas couch KTM gerabak 6 yang baru tu, bila dah sampai Senawang, aku pun mamai-mamai carik tiket biasa tu pastu aku tak jumpe! Tak pasal-pasal hormon adrenalin dalam badan meningkat.
3. Sebab stesen KTM Senawang sangat cantik dan canggih. Rugilah ade machine yang canggih pastu tak guna. Nanti dah berkarat membazir je kan.
Sekian bebelan dari saya
Have a nice weekend peeps :)
Comments
tula..ade gak manual ni.. hehe. klasik kan?
nampak gayanya begitulah
heheehe nape dah ade de kereta ea
mcm ape tu? hehehe
a'ah igtkan dah ok rupenye cam gitu gak. huhuhu
tula kdg2 sakit hati gak dgn KTM ni.. sabo aje la.. hoho
HAHAHA..taw xpe.. klasik la plak jadinye
hurmm ade wat membership kew ?
xde pon.. sebab naik skali skala ajer...