Haha poyo je kan tajuk entri tapi itulah kenyataannya. Walaweh. Weekend lepas aku gi jalan-jalan ke Singapura. Tak sangka dah berpuluh tahun duduk di seberang Singapura, baru hari ini aku dapat menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah..Seronok sangat. Percutian kali ni aku bawak duit poket 50 Dolar je (pakej semua sebenanye 420 ringgit). Keh keh keh. Sebab niat aku memang nak jalan jer, bukan nak soping2. Setakat untuk makan dan beli souvenir untuk sedara dan teman2 rapat cukup ler
Kedai branded2 macam butik Louis Vuitton, Prada ni banyak dekat Orchard Road. Dan Singapore sekarang ni tengah sale. Tapi aku hanya dapat tengok jela, memang tak berhenti pon kat sini sebab budget traveler kan. Sedar diri ini. Uhuk3
Eye of Singapore.. Hehe.. tak diorang panggil Singapore Flyer... terbang sangat kan.. ehehe
Gambar kenang- kenangan..
Perkara yang aku kagum dengan rakyat Singapore ni ialah mereka memandu kereta dengan begitu berhemah di sana. Hehe. If U Know What I Mean. Jarak kereta pon memang diorang jaga. Dan jugak negara mereka ni takde kesesakan lalu lintas kot. Sebab apa? Sebab tak banyak kereta. Sebab apa tak banyak kereta? Sebab kos untuk memiliki kereta kat sana sangat tinggi dan prosedurnya sangat ketat. Tapi takpe, MRT, bus semua banyak so tak susah pon nak gi mana2 even takda kereta
Haa ni Arab Street. Kat sini banyak la makanan untuk Muslim. Sedap-sedap beb. Tryla murtabak Singapore. Tak silap macam 3-4 Dolar. Gitula.
Tips: Kalau nak beli souvenir, kat sini la murah-murah.
Lunch hari Sabtu: Nasi Beriyani dekat Restoran Islamic. Sedap! Ayam dia lembut sesangat. Harga: 7 Dolar kot. Kalau tak silap lah. Campur tax 10%. So kira sendiri. Hehe. Aku makan ni kongsi 2 orang. Kenyang jugaklah. Kenapa nak kongsi kalau sedap kan? Perlu diingat ye aku hanya ada 50 Dolar. Kui3
Bangunan-bangunan bank pencakar langit yang ada. Maybank pon ada lah! Wow! Diorang ni kuat percaya pada Feng Shui. Bangunan yang tinggi boleh membantu dalam bisnes diorang. Gitulah citenyer
Yang ni pula Makam Habib Noh. Beliau merupakan antara keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga dianggap sebagai Wali di Singapura. Memang ramai orang ziarah makam ni. Kami pun tidak ketinggalan menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Makam ni betul-betul tepi highway. Kisahnya, semasa pembikinan highway tu, diorang nak pindahkan makam ni kat tempat lain, tapi sebab banyak halangan dan rintangan, makam Habib Noh stay kat situ until now. :)
Bugis Street. Banyak jugak souvenir dan t-shirt. Ok jugak la tapi kat Arab Street lagi murah kot! Kat sini banyak choice la jugak. Sini ramai sangat la orang. Habis aku asek kena langar. Hoho. Hati-hati yer :)
Marina Bay Sands Hotel. Memang architecture die cantik dan terbaekk. Atas yang bentuk kapal tu swimming pool. Bayangkan mandi manda kat atas tu sambil tengok view kat bawah? Memang amazing lah. Harga sewa bilik ni heishh memang tak dapat aku nak jangkalah. Tempat orang-orang kaya nih
Ternganga 2 minit
Comments
teringin jugak ke sana. since awk dah duk kat johor mmg slalu aada pluang laa nk g.
gmba last tu katne? cam kat NY ouh. :D
p/s : lain kali kalo nk g sana lg inform eh, nak join jugak! hekhek.. ;p
suke gakkkk!!
itu sudah pasti!
nanti anda pulak menyusul ya!
dekat Marina Sands Bay Hotel.. atas kapal tu.. amazing kan
btol.. soping kat pasar lambak jer.. JPO pon x mampu benanye. keh3
x naik bas aje. tido kat jb :)
kalau boleh mmg nak inform tp masalahnye plan last minute sumenye. hehe
kena :)
tua xde duit lebih nak membeli belah... tgok negara org jela :)
kapal tu mmg epic!
x sampai 50 dolar.. :)
pakej = RM 420
seram pulak aku tgk swimming pool tu la.. gayat oii..
welkam!!
a'ah tinggi.. diorg tegas.. hehe.. sbb tu USS tu mcm efficient.. mmg tinggi sket tp brg die mcm souvenir agak murah la.. :)
yahoo!! tq bro~
kena contact dgn pakcik organizer ni..alamak lupe no die
ahah! thanks for coming
hope u enjoy ur trip to singapore! :)