Skip to main content

Malulah Cakap Depan Orang Ramai... Macammana Nak Jadi Tak Malu?






Korang pernah tak rasa takut nak cakap depan orang ramai? Sebelum mula bercakap, korang akan masuk toilet 8 kali, rasa nak muntah, rasa macam ada rama-rama dalam perut. Pastu mula fikir bukan-bukan, takut orang tak dengar, orang boring.. Pernah tak rasa? Aku pernah.. selalu.. dari zaman sekolah, sampai sekarang dah kerja pon! Arghh! Lagi-lagi kalau kena speaking omputih. Wargghh! Masa berlatih macam paling hebat je, bila dah kat depan, haaaa kau tergeliat lidah melayuku... Eheh. Malu I.


Tapi.. tapi.. sampai bila nak malu kan? Kita kena move on.. eceh.. yok2 je aku ni. Ni tadi saja google-google tips nak hilangkan gemuruh di atas pentas dan di depan orang ramai.. Aku ambil ni kat komuniti iluvislam ni.. dulu forum ni aktif, sekarang tak lagi dah. sedih :( Ok jom baca!


1. Sebelum cakap, tarik nafas 7 kali.. then lepas 7 kali gak... Amalkan ea.. InsyaAllah tak gemuruh



2. Berlatih cakap depan cermin, so kita boleh belajar buat eye contact dengan audience


Yang ni buat eye-contact dengan hantu. Sekadar gambar hiasan :)



3. Cakaplah dengan suara yang kuat. Sebab apa? Bila cakap dengan kuat, orang tak perasan suara kita menggeletar. Haaa best tak best tak tips ni? Eheh


Walk the talk




4. Sentiasa berselawat dan ingat, anda lah yang paling hebat di situ.. sebab tulah korang yang bercakap. Eheh tapi jangan nak berlagak plak.. Lempang kang. Ahaha



5. Ingat benda-benda yang kelakar.. so mood anda kan jadi happy dan tak takut. Tapi jangan gelak sorang-sorang plak. Nanti kena hanta Tanjung Rambutan plak . :P



6. Senyum.. jangan buat muka ketat!


Even Bella knows how to smile! :)



7. Cakap tu tak payah perlahan sangat, dan tak payah laju sangat. Kalau laju, nanti kurang oksigen masuk, dan akan mengurangkan keupayaan untuk berfikir. Aiyak! Ok lepas ni speed 90km/j je.. ( _ _ ")



8. Berdiri tegak. Jangan membongkok ea.




9. Fikir positif.. Jangan fikir benda buruk-buruk .. 



10. Baca ayat Al-Quran ni sebelum bercakap. Ini Doa Nabi Musa melawan firaun





Okay tu je!

Selamat mencuba! :)

p/s: Esok ade presentation dengan orang2 besar.. cuakzzzz




Comments

mia izzati said…
terima kasih kak info tuu..saya pernah sampai tersasul2 masa sesi perkenalkan diri..tu baru perkenalkan diri..masa tu malu tak terkataaaaaaaa...
Zamri said…
I loike cakap depan crowd. lagi ramai crowd lagi baik. tak pernah lak rasa gabra...huhu.
my petua, baca ayat Kursi + Al Quraisy before nak ckp. insyaAllah hilang gugup. =)
*tips #4 tu mmg setuju. u have to think you know more than ur audience (walaupun pd hakikatnya tak..!). :)
Yan Khalid said…
salam.
selalunya awal2 je nervous
dah kuar sbaris dua, alhamdulillah dah okay :)
Unknown said…
paling x best kalau kena wat presentation sorang2 kan..nnt semua mata dok pandang kat kita..tu yg wat lg rasa malu n nerves..ehe

tips yg menarik..
mia kaftiya said…
pheww.. kena take note nih. kite penah kena hukum menyanyi lagu wonderpets depan budak2 kelas sebab curi2 main game masa lect tgh mengajar *budak2 kelas je koottt..* tapi malu yang teramat-amat-amat malu. hewhewhew ;p
Razf said…
@mia izzati

hehe nape malu sgt tu?
Razf said…
@Zamri A.

yea! tips yang menarikk
Razf said…
@Yan Khalid

wsalam..
oh kira xde masalah la ni nak ckp dpan ramai org :)
Razf said…
@chii

memang pon. huhuhu
Razf said…
@mia kaftiya
ehh bhaye anda ni. hehe
Unknown said…
Jazakallah.. huhu, ni tips yang sangat2 berguna untuk saya.. hehe.. kena cakap dengan kuat ni lain kali..
mie said…
permulaan nya memang agak neves..
tapi bila dah lama..
dah terbiasa, maybe ok skit..
ehehehe
hamba allah said…
weeeee awesome tips,sesuai ngn saya yg sangat2 pemalu hingga mnjadi pendiam..hehe
Razf said…
@eLLa n aLia

a'ah kan.. sy pon slalu ckp perlahan.. pastu kawan2 wat hint suruh kuatkan suara. ehehehe
Razf said…
@mie

a'ah tp kdg2 smpi habis neves x ilang. wawawa
Razf said…
@Nieyya Tullah

ok lepas ni jadi x malu dah. heeee
Unknown said…
waa....tips yang bagus sgt.dl sll gemuruh,keja dok lari jer dr kna present.skrg dh keja kurang ler.
Razf said…
@saifulizan shaari

untunglah dah kerja kurang sket... ni dah keje pon byk kena present.. wuhuuu
Unknown said…
Nice tips, thanks for sharing. Sangat2 berguna untuk Mieya yg kuat gemuruh nie.
Razf said…
@Mieya Atiera

welcome :) biase la tu
Unknown said…
meraban sorang2 sebelum berucapa..
akubiomed said…
Bagi saya ia adalah perkara normal berasa segan dan suara tidak keluar apabila berhadapan dengan crowd. Bagi saya ia adalah perkara normal kerana saya juga tenaga pengajar dalaman syarikat tidak lari berasa berdebar setiap kali berhadapan dengan pekerja. Insyallah dengan membuat ice breaking dapat meredakan ketengangan tersebut.
Razf said…
@Bro Aim merepek meraban sorang2 kah?
Razf said…
@akubiomed

ok thanks bro! tips menarik!
Razf said…
@Hasrina comel ea? hihi tq
Unknown said…
no 2,3,4,7,8,9,10 memang penah wat kalu time nk present slalu amalkan gitu.,...thanks :)
Unknown said…
TALK - ACTION = SHIT... nice one....
Razf said…
@Kazen
wow byk jugak awak praktikkan.. bagusla! hehe
bebeldotsorang said…
Oh Bella tahu senyum..ingatkan tak tahu hehe
LiYa_Ex0ra said…
best la tips nie.. suka sgt! thanks ann:)
Razf said…
@bebeldotsorang
manis kan senyumannye? hehe
Mrs Anne said…
ohh suke entry nie,,sbb pernah ade pnglmn yg sgt memalukan mse firstime present dkt universiti...
saye baru buat blog support ok!!
Mrs Anne said…
follow blog nie
dulu2 bukan main tkut bercakap depan org ramai, tak sangka lak sekarang jd cikgu...ah ambik xleh henti bercakap hehe
Razf said…
@Pinkbubblegumprincess

wahhh hehe.. bestnye skrg mesti konfiden je kan
Unknown said…
argh!!!saya sekarang nak kena bentang syair esok!huhuhuhuhuhuhuuhu~~..doa2kanlah supaya semuanyer berjalan dengan lancar :)

(nervous ni)
Unknown said…
Tq tips nya... 💟