Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo





Andai Ku Bercinta Lagi

Mojo
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda







Kenal lagi tak dia ni? Dia ni lah Aweera dalam OIAM dulu! Sekarang dah jadi vokalis Mojo. Okayla tu kan? :) Powerlah suara diaaaa!




Comments

  1. tak kenal pulak..jrg ikut perkembangan artis baru ni..

    ReplyDelete
  2. rajinnya tulis lirik kat blog.... hehehe....

    ReplyDelete
  3. macam pernah dgr mcm tak.lupa..hehehe..

    ReplyDelete
  4. vokalis Moja la Fira.. ;D


    Mula² dengar tak cam sangat.. 2, 3 kali dengar baru tau nama band dan cam suara dia. Kalau tak silap dia memang nak muncul dengan nama 'Aweera & the band'.. Tup² dah jadi Mojo, dengan Edry lagi.. Mantap!

    ReplyDelete
  5. @Hanie Dew

    denga mase drama Ameera tv3. mcm best je . hehe

    ReplyDelete
  6. @YOUsoF
    thanks for typo-error notification. keh3. moja tu name kucing kawan . :D

    edry pon ade x sangka la... tp mmg best sgt la!

    ReplyDelete
  7. x kenal.. hehe.. tapi lagu bleh tahan..

    ReplyDelete
  8. @eLLa n aLia

    same la! x kenal gak! band baru kot. :)

    ReplyDelete
  9. denga suara die ada iras2 awie skit lah...

    ReplyDelete
  10. perhhhh rambut dia,.......hampir2 mcm megi..

    ReplyDelete
  11. Best..terbaik!!!!

    ReplyDelete
  12. music player drpd pagi tadi repeat current song. andai ku bercinta lagi....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)

Popular Posts