Apa itu MEME? Adakah dia saudara mara Memey Suhaiza?
Tidak. MEME ialah satu unit yang menunjukkan budaya, simbol atau amalan yang boleh ditafsirkan kepada orang lain melalui gambar, simbol, penulisan, isyarat dan lain-lain yang tersebar di dalam internet dan akhirnya menjadi fenomena masa kini
Bagaimana nak menyebut perkataan MEME ni? ME-MEY?
Sebutannya ialah: MEEM. Atau dalam bahasa Melayu: MIM
Dari mana asal-usul datangnya si MEME ni?
Tidak dapat dipastikan, tetapi banyak sumber mengatakan ianya bermula pada tahun 2006. Pada mulanya ianya disebarkan dari email ke email, tetapi dengan kepesatan website dan applikasi seperti twitter, reedit, dan facebook, MEME menjadi sangat terkenal sekarang
Tunjuk sket MEME yang popular
OH CRAP/OMG FACE
Merujuk kepada imej seseorang yang sedang marah, terkejut, takjub ataupun hairan. Kalau marah, mata imej ditambah dengan warna merah
FOREVER ALONE
MEME yang menunjukkan seseorang yang kesepian dan tiada teman dalam kehidupannya.
Impossibru
Merujuk kepada simbol tindak balas, sama ada meluahkan rasa takut, tidak percaya atau marah secara mengejut
Horrifying House-guest
Simbol ini melambangkan imej hantu yang selalu menemani kita pada malam hari berseorangan. Hee hee hee
Unhelpful High School Teacher
Merujuk kepada simbol cikgu - cikgu kitA.. Tabiat-tabiat cikgu yang cliche apabila sedang mengajar dan berinteraksi dengan anak-anak murid
Paranoid Parrot
Melambangkan orang yang selalu paranoid dan takut dengan perkara-perkara normal
Consending Wonka / Creepy Wonka
Melambangkan orang yang suka memerli dan membuat sarkastik, ejekan kepada orang lain
Okay setakat ini dahulu.
Tata
Comments
baru tahu tentang ni..
hehehe
a'ah btol2.. dulu sebut MEMEY gak,, pastu bile google baru taw pronounciation yang btol
yeke? ok :)
meem
klu nk tau meme tu maksud nye tanye org kelantan la
p/s ooo meme ar..
meem la.. ahahaha
ooo.. pasni dah familiar la kan. hehe
WELCOME :)