Al Ma'thurat & Kebaikan Mengamalkannya





Apa itu Al Ma'thurat?

Al-ma'thurat  merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Ma'thurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.


Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.







Kebaikan Membaca Al Ma'thurat
  • Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani

  • Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin

  • Tidak dihampiri syaitan

  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat

  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga

  • Terhindar daripada syirik

  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun

  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang

  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat





Jom sama-sama amalkan :)


Comments

  1. bagus kalau di amalkan selalu kn.:) boleh mencegah kejahatan meminda kebaikan. bagus entry ni. sy suka. keep blogging sis. :D

    ReplyDelete
  2. klw org yg uzur dlm tu ada khas ayat2 yg drang bole baca dan tak kan?Ayat2 yg mana tu ye?taw tak?

    ReplyDelete
  3. @Nieyya Tullah

    x pasti la pulak dik.. tp ayat2 dalam surah yassin pun sesuai untuk org yg uzur :)

    ReplyDelete
  4. kadang2 terlupa nak bace hehe

    ReplyDelete
  5. Berminat untuk mendapatkan cendawan susu harimau Ligno, sila email ada_shaq03@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. kalau kita dah selalu amalkan, setiap hari baca di mana jua kita berada, inshallah tiada kekangan bagi yang uzur. wallahua'lam. :)

    ReplyDelete
  7. macehh info berguna untuk saya yg selalu lupa nihh

    ReplyDelete
  8. gd info for all .. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)

Popular Posts