Skip to main content

6 Makanan Terburuk/Tak Elok Untuk Dimakan





1. Daging yang telah diproses

Menurut penyelidikan dari American Institute for Cancer Research, daging yang telah diproses seperti sosej biasanya mengandungi bahan-bahan pengawet yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser kolon! Erk~~ Dan yang pastinya mengandungi banyak lemak, garam dan kolesterol





2. Donut

Argh! Macam tak percaya donut yang macam innocent ni tergolong antara makanan tak elok. Dahlah mak saya selalu buat. Hohoho. Tapi yang home made punya takpe sangat kot. Yang jual kat shopping complex tu bahaya sebabnya donut mengandungi kandungan seperti lemak tepu, gula dan tepung yang sangat tinggi. Kalori dalam donut boleh mencecah hingga 300. Hmm.. banyak tu






3. Cip Kentang

Termasuk juga French Fries ye, makanan ini mengandungi  karbohidrat yang boleh mengubah saiz pinggang anda. Selain itu, ia mengandungi acrylamide, iaitu karsinogen yang terbentuk semasa makanan dibakar dalam suhu yang tinggi. Dan acrylamide akan meyebabkan pelbagai jenis kanser. Huhu









4. Makanan Rendah Lemak

Jangan tertipu taw, memang la dia tulis rendah lemak, tapi anda tahu kan, lemak lha penyedap makanan. Semakin banyak lemak, semakin sedaplah makanan itu (fakta). So kalau rendah lemak? Mestilah tak berapa sedap kan? Kalau tak berapa sedap, mesti lepas tu ramai orang tak nak beli kan? So untuk mengelakkan perkara itu, pengusaha makanan itu akan menambah perasa tiruan, garam, gula dan macam-macam lagi









5. Marjerin

Oh no! Ni makanan wajib tiap-tiap pagi ni! Bahaya jugak ke? Marjerin mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Okay sebagai alternatif boleh guna merjerin dari sayur-sayuran contohnya seperti olive oil.







6. Air gas

Paling popular pasal air gas ni mestilah kandungan gula dia yang tinggi giler tu. Air gas juga boleh menyebabkan kanser pankreas. Bila dah banyak gula, kebarangkalian untuk mendapat diabetis, kencing manis dan pelbagai lagi penyakit kronik. Bahaya wooo!!



Nota Kaki:

Perasan tak semua makanan di atas memang sedap-sedap belaka dan sekarang ni dah jadi macam trend plak kan makan semua tu Macam donut, saya suka sangat Big Apple. So macam mana? Tak kan nak stop terus kot! Susah la walawehh

Apa yang saya boleh buat ialah kurangkan semua makanan-makanan ni. Maybe mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali, then lama-lama kita akan terbiasa. Okay tak?

Selamat menjalani kehidupan yang sihat. Ingat tubuh badan kita cuma pinjaman saje. Jagelah ia sebaik-baiknya :)







Comments

DOSEFIRE said…
good info...french fries sedap gila..takleh tahan,makan jugak
Unknown said…
dahlah tak berkhasiat..tak sedap pulok tu!
azzahoney said…
thanks info. paling suke roti yang ade sausage tu. makanan yang sedap lah yang tak elok kn. yang pahit lah y kite tolak. he.
MalizaMah said…
air bergas tu punya gambar.. cukup mengodakan.!!!
Zamri said…
Donut? Oh tidaak! Nampak gaya no more Dunkin' Donut n Big Apple for me la pas ni... (utk minggu ni jer, hehe)
Gr8 info btw. :)
Razf said…
@DOSEFIRE

a'ah tu yg paling sedap tu!
Razf said…
@azzahoney

ha'ahhh.. susah kan? :(
Razf said…
@Alieza Dayasari

hehehe teknik fotografi
Razf said…
@Zamri A.

minggu ni je? hehehe
adussss... air gas dgn cip kentang tu dah la feveret..
alamak.... kebanyakan makanan tu semua saya suka... except, low fat tu... n margarine saya gantikan dengan butter...
[sutera kasih] said…
yg sedap tu la yg membahayakan kesihatan huhu
YattAkasah said…
smue yg kat atas tu kite suke..!!!
Razf said…
@Hafiz Abdul Tahir

ooo.. butter lg elok ea?
Razf said…
@Cik Yatt

yeahh kita serupa
haz said…
saya pun suke big apple gak.. especially alien!^^ suka makan tapi tapi nak diet jugak. acane tuu... >.< haha
eyna said…
Wow! semua sodap tu especially yg no. 1.
Kaio said…
alamak. dah la aku selalu makan makanan diproses sbb malas nak keluar makan. masak je nugget tu. -_-"

http://kaio.my
Razf said…
@haz

kena kurangkan la. heehee
Razf said…
@eyna

saya suka donut!
Razf said…
@Kaio

hehe nugget mmg sedap sgt
Unknown said…
Alaa.. tak boleh makan ke? tsk tsk~
Unknown said…
semuanyer sedap2.....makan nasik jer laaa..huhuhuhu
Razf said…
@saifulizan shaari

nasik dan sayur. wakaka
Hanie Dew said…
yang sedap tu la punca penyakit kalau tak dikawal pengambilannya. macm cara ko tu kan. seminggu atau sebulan sekali ok la tu. nak stop terus kempunan sape nak jawab.kankankan..
Razf said…
@Hanie Dew

a'ah x thn byk godaan,,,, aaaa