Skip to main content

Tentang Sujud Sahwi








Apa itu Sujud Sahwi?

Sujud Sahwi adalah dua sujud yang dilakukan ketika solat, iaitu untuk menutup kekurangan yang dilakukan kerana terlupa.



Bila Kita Perlu Melakukan Sujud Sahwi?


  1. Apabila kita tertinggal satu daripada 7 Sunat Ab'ad iaitu:
  • Membaca Tahiyat Awal
  • Membaca selawat pada akhir tahiyat awal (Allahumma Solli Ala Muhammad)
  • Membaca Doa Qunut dalam solat Subuh
  • Membaca selawat dan salam pada akhir Doa Qunut (Wasallallahu Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Wasallam)
  • Duduk kerana membahaca Tahiyat Awal
  • Membaca selawat ke atas keluarga nabi Muhammad s.a.w
  • Berdiri kerana membaca Doa Qunut



Bacaan Sewaktu Sujud Sahwi


سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو

Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


Bagaimana Cara Melakukan Sujud Sahwi?

  • Sujud dua kali selepas Tahiyyat Akhir dan sebelum salam

Comments

mia kaftiya said…
kite dah lama nak cari bacaan dlm sujud sahwi tapi asyik lupe je.. sbb kita selalu lupa nak baca doa qunut dlm solat subuh! hahahha.. thanks 4 dis entri.. <3 <3
Hasan Suyat said…
Mcmane dengan mazhab hanafi yg memang xbuat qunut subuh? Tiap hari kne sujud sahwi ke? Lol
Razf said…
mia: hahahaha... kita serupa... saya pon slalu lupa
Razf said…
Hasan Suyat: wahh baru taw ni mazhab hanafi tak bace qunut! hohohoho
Hasan Suyat said…
Bukan mazhab hanafi jer yg tak baca qunut, even mazhab shafi'e mcm di saudi punn tak qunut. Jauh berjalan, luas pandangan. :)
Razf said…
terima kasih di atas info :)
tak paham..."Sujud dua kali selepas Tahiyyat Akhir dan sebelum salam"
tolong terangkan dgn leboh terperinci lg
terima kasih
Anonymous said…
Rujuk page ini untuk penjelasan yang lebih terperinci berserta hadis tentang sujud shahwi...

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/12.htm