Skip to main content

Bye Bye and So Long Harry Potter


Harry Potter membesar bersama aku. Masa dia nak masuk Horgwarts, aku pun baru nak masuk sekolah menengah. Masa Harry potter sedang dipilih oleh topi ajaib untuk masuk Grffyndoor, aku sedang dipilih oleh Cikgu untuk masuh ke rumah sukan warna Hijau, oh aku Slytherin rupenya. Eh aku berangan. Tapi aku ade penyapu gak, tapi untuk menyapu je la.. Ish3






Tahukah anda bahawa yang sebenarnya Lord Voldemort @ Anda-Tahu-Siapa itu sebenarnya mempunyai hidung yang mancung dan handsome giler?? Nama sebenar pelakon ini ialah Ralph Fiennes. Kalau tak percaye, tengok jela mata, sama kan?





Tapi Harry Potter terlalu cepat membesar. Aku baru je start kerja, merasa duit sendiri. Tiba-tiba je Harry Potter dah ada anak, 2 orang plak tu! Siap nak masuk Horgwats plak dah. Dahlah comel, rambut macam Justin Bieber! Hehehe. Masakla kalau nak cerita sume kan. Mestilah ade fast forward.





Tak sangka awak dah membesar dengan begitu cepat, Harry. Ke saya yang tak sedar saya dah tua? Hehehehe. Harry ni yang paling aku suka, dia baik hati. Walaupun ramai orang benci kat die, tapi dia still lagi kesian dan bersimpati dengan musuhnya. Dan paling untung dia ada kawan2 yang sayang kat dia.





Akhirnya Harry Potter dah habes. Memang nak tengok sangat yang last nih maka dengan penuh bersemangat booking ticket online untuk menonton wayang bersama2 kawan-kawan muggle saye yang lain. Kih3. Ramai betul orang tengok cite Harry Potter ni. Budak2 pun boleh tengok movie sampai pukul 3 pagi. Eh tak ngantuk ke diorang ek?






Hermoine yang maintain comel sampai ke hari ini. Seorang yang sangat bijak, berani  dan berfikir dengan cepat pada waktu genting. Aku rasa dia hafal sume jampi-jampi dan sihir-sihir pelik yang ada kat dalam buku teks dia. Bestnya! Memang aku paling suka watak Hermoine sebenarnya. Beauty with brain katenye.. Hihi






Sekarang dia dah berambut pendek. Sepanjang terikat dengan kontrak, dia tak boleh potong rambut. So bile dah abes, ape lagi... rebel time! Kasik potong la..! Hehehe. Realitinya, bukan dalam lakonan je dia ni smart, kat luar pun die tengah belajar kat universiti ni ha.. Rajen wooo.. Dia kata kalau tak belajar pun takpe, duit die dah banyak.. Tapi sebab die ni memang suka belajar, dia pun belajar la...







Ron! I will miss u! Aku suka kat Ron ni sebab dia ni kelakar yang amat. Aku takleh lupa part dia muntah siput & bawak kereta. Walaupun muke dia biase2 je, tapi berjaya jugak dapat si Hermoine yang cantik jelita. hehehe 






Paling dirindui! Si Luna Lovegood yang comel, blur dan bersuara lembut! Topi singa dia Lady Gaga pon tak leh lawan beb!!



Akhirnya episod Saga Harry Potter dah pun abes. Huhu sedih la plak. Lepas ni dah takdelah dunia fantasi magik. Tapi takpelah, masa untuk berpijak di bumi realiti. Hehe. Bye Harry!

Comments

Anonymous said…
thanks for the interesting information
Da LovaC said…
penuh kasih sayang explanation..suka gua bace..neway..gua fan harry potter..^_^
Razf said…
kasih sayang yang mendalam sebenarnye. yes same! high 5! :)