Skip to main content

Kisah Wanita Gemuk Menjadi Kurus

Semua perempuan nak kurus. Ada jugak aku dengar perempuan kurus nak gemuk, tapi aku rasa jauh di sudut hati dia, dia mesti tak nak gemuk. Mungkin maksud dia gemuk tu dia nak jadi berisi sket.. Sket jela kot.. Lepas tu bila dah berisi sket, eh tiba2 nak ke bentuk badan asal yang kurus.. Hehe.. macam-macam la..

Sebenarnya aku pun rasa kurus is better.. Better dari segi kesihatan. Kurus di sini bermaksud kurus yang mengikut berat badan ideal ye. Yang kurus kerempeng macam 0% lemak tu tidak dikira ya.. Itu macam dah nak masuk geng tetulang kat makmal sains tu tak maw ye.. Kurus di sini juga kurus yang sihat dan bertenaga, sentiasa cergas. Kalau kurus pastu sakit2, semput, lemah tulang pun tidak dikira

Kenapa perempuan nak kurus? Antara sebab-sebab popular ialah:

  • Nak sihat! Yelah.. Gemuk selalu dikaitkan dengan penyakit2 kronik macam sakit jantung, diebetis dan macam-macam lagi.. Perempuan plak nak hidup lame..Nak tengok anak, cucu, cicit, piut..
  • Nak nampak cantik dan menarik. Memang dah satu dunia mengiktiraf, wanita kurus lebih cantik. Tengok cover majalah, kalau ade lemak terlebih je.. terus diorang kerat2 guna adobe photoshop, so cover girl memang nampak sangat perfect. Laki pulak kalau nak reject perempuan, suke bagi alasan sebab perempuan tu gemuk, tak cantikla konon.
  • Lagi?

  • Lagi?

  • Takde alasan lain dah.. sebab nak nampak cantik la.. Baju2 dari Fashion designer pun sume saiz S,XS.. nak tak nak kena la kurus. Dalam gambar pun, sume kalau boleh nak buat muka muncung2 tak nak bagi nampak pipi tembam.. Haha!!


Tapi, ramai perempuan cakap susah nak kurus bila dah gemuk. Ada orang cakap, lepas bersalin & melahirkan anak, memang susah sangat nak kurus. Ada jugak orang kata perempuan yang belum berkahwin,tapi dah terlanjur, melakukan seks sebelum nikah juga susah menurutkan berat badan. Erkkk.. betul ke?


Tapi.. tapiii.. itu kata segelintir orang. Kata2 je tak membuktikan apa-apa unless dah ada bukti. Bukti jugak menunjukkan ramai orang yang gemuk boleh jadik kurus, hot and bergetah wehh




Tak caye? Meh tengok meh





Kenal tak sape ni? Inilah Nik Sayyidah atau lebih dikenali sebagai Mek Klate. Mek Klate ni dulu-dulu berat badan dia 100++ kg lebih.. Dalam masa 8 bulan, boleh turun sampai 59 kg! Haaa bayangkan hilang 50++ kg lebih! Memang susah tapi tak mustahil kan? 



Cara Kurus?


Tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda manis dan bergula selama 8 bulan. Setiap hari dia juga akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, Mek Klate akan ikut kelas aerobik yang mama dia buat. Mak dia cikgu aerobik rupenye..hihi






Ni ade yang tak kenal ke? Kalau tak taw, namanya Mimi One Nation Emcee. Ala.. die sorang je perempuan dalam group tu. Mimi ni kalau tengok2, takdelah gemuk mana pun.. Okay je kan. Tapi sebab dia ni kena lincah bergerak menari disana sini, so dia rasa baiklah dia buang lemak-lemak yang berlebihan di badan dia tu. 







Ha yang ni mesti sume knalkan? Syanie yang comelll. hehe .. Syanie ni dah puas cuba berdiet tapi tak menjadik. So alternatif dia menjalani satu pembedahan iaitu pembedahan gastric bypass. Dari 204 kg skarang tinggal 100 kg. Haa.. gilerlah boleh turun 100 kg beb! 


Kata Syanie:

"Saya buat pembedahan bukan sebab nak cantik, kalau untuk cantik dari dulu saya dah buat, ini semata-mata kerana kesihatan saya. Berat saya dahulu sudah ditahap yang bahaya kerana terlalu besar dan sukar untuk bergerak.

"Selain itu banyak pula penyakit yang datang seperti mudah sesak nafas, mudah letih, susah untuk berjalan, malah tidur pun dalam keadaan duduk.


Selepas Kurus:

"Kini semuanya sudah berubah, saya boleh melakukan aktiviti harian seperti orang lain, saya boleh keluar membeli belah, malah boleh memandu kereta sendiri, dan ramai yang tidak mengenali saya ketika berselisihan"






Ni Nicole Richie. Dulu masa bersama-sama dengan Paris Hilton dalam Simple Life, dia selalu diejek katenye tak lawa sebab gemuk, tak hot macam Paris la konon.. So dia pun ape lagi terus diatercabar, terus kurus melidi. Tapi ade plak yang cakap dia ni kurus sebab mengamalkan cara pemakanan yang salah! Opppsss salah orang



Kesimpulannya:


Kalau nak kurus, kuruslah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur. Banyakkan bersenam dan JANGAN CEPAT PUTUS ASA! Teruskan senaman dan tahan-tahanlah sket makan. Pengorbanan itu memang perlu. Okay, Selamat Sihat & Cantik wahai wanita :)


Comments

akubiomed said…
Bukan senang mahu dapat berat badan yang ideal kalau tidak mempunyai iltizam
Razf said…
btol btol btol
salam hai, nice blog ya..jemputlah ke blog saya juga. salam perkenalan dari saya. kalau ada petua yang best bg tau saya yer. tq
Razf said…
@Falling In Da Love

hai awakkkk.. thanks.. :) sy akan singgah blog awak :)
MyraQhairel said…
bagus laa...nak kurus kene cara yg betul..btw, salam blogger..saya follow yer...:)
Nick Nashram said…
dekat gym ade threadmill,,hewhewww..boleh la start daftar jadi member kat gym ne..kalo nak cepat kurus makan polythermex :)
Razf said…
@Nick Nashram

xde mase nak g gym.. hew3 alasan kan

erk takut le plak nak mkn pil2 nih
ayu nak berisi sikit! hehe,,susah tol, metabolisme tinggi..huhuu
MyFreeMinded said…
Topik ni memang hangat pung, saya tergolong dalam golongan yang kurus tapi nak gemuk tapi betullah kata razfira, bukan nak gemuk sangat' just nak tambah sikit bagi berisi sikit, tak lah macam papan sekeping" hehe.
[sutera kasih] said…
bestnya...nk kurus jgk ni uwaaaaa
mamamia said…
bile lah den nak kurus jugak cmni sob..sob..
Razf said…
@mamamia me too! terfikir benda yg sama! haha
Pearl V-TA said…
Yang penting peribadi & akhlak cantik mesti akan nampak cantik tak kira macam mana sekalipun bentuk fizikal.

Kurus untuk lebih sihat dan ringan nak bergerak.

Jemput datang blog saya. :)

http://pearlvta.blogspot.com