Skip to main content

Alpa.Lagha.Leka.


Masa mula- mula ada Friendster, hari-hari bukak..Nak tengok friend request, nak stalk pic kawan-kawan..pastu mule r buat gosip.. "Ea ko tau tak, si Minah tu dalam friendster tak pakai tudung, da free hair la weh! ". Lepas tu sebok anta comment cantik2 yang ade glitter2 tu..contohnye kat JellyMuffin, Zwani, dan macam-macam lagilah.. Pendek kate, memang seronok giler ah friendster mase tu!


Selepas itu, muncul pulak blogger. Mase mula-mula buat blog, hari2-hari kalu boleh nak update. Tulis satu perkataan pun kira update gak. Ade je nak alter, nak tambah itula..nak tambah inilah... Lepas tu follow blog orang yang kite suke, tak baca satu hari macam tak tenang ah. Dalam kelas lecturer ajar FIFO, kita sebok meng'comment' blog orang..Lecturer datang dekat, kita pun pura-pura bukak netbean, lepas tu ternganga balik bace blog orang..Lepas tu, pegi mana2 jangan lupa snap2 ya, nak masukkan dalam blog..hihi..Pendek kata, blog macam hangat giler ah masa tu!

Sekarang, Facebook @ MukaBuku pulak menjelma. Macam fenomena, sape takde macam ketinggalan ah. Yang tua-tua pun buat jugak nak carik kenalan lama, yang muda sket carik kawan2 sekolah rendah, yang muda berhingus nak buat jugak.. tak taulah nak carik kenalan baru mungkin. Seronok sangatlah facebook ni, boleh bagitau orang sekarang kita kat dalam jamban, boleh tag gambar orang, boleh jawab kuiz merepek, boleh tau APA LAKI KITE TENGAH BUAT, ade ramalan ahli nujum poyo dan macam2 lagilah!

Ya dan aku adalah salah seorang mangsa benda2 yang disebutkan itu.. mangsa ke? Kire manga lakot..sebab macam addicted je!

Antara benda alah yang menyeronokkan dan melekakan dalam facebook :

1) PET SOCIETY

Fun! Coimel sangat Rizqin Jr. aku ni. Dulu dia slalu kalah masa race lumba lari, sekarang pon same.. Dia suke makan cheese ( aku reka sendiri ). Dulu rumah die kosong macam padang jarak padang tekukur, sekarang die tengah renovate kitchen. Insyaallah kalau makin kaya die nak beli kedai Luxury tu, eh berangannye, die nak renovate bilik air pulak..Sekarang ni mandi tumpang bilik air orang saje. Die jugaksuka tanam pokok, tapi kadang2 die mengamuk tengok2 pokok da rotten, jual dapat rm1 je.



Hye saya Rizqin Jr. Saya juga suka main cosplay!


Ini pula kemenangan pertama Rizqin Jr. dalam lumba lari. Syabas anakku Rizqin!


2) FARMVILLE

Mula-mula aku tak amek port pon game ni. Macam boring je kena tanam2 pokok sebab dulu penah main game Plant Tycoon..huh hampir satu sem main masih lagi tak dapat kumpulkan 7 pokok ajaib itu.Tapi bile tengok kawan2 ligat main sampai menjadi muram bila tak sempat nak harvest. Curiousity menjadi-jadi sampai aku plak da terlebih-lebih main game ni. Sanggup bangun pukul 3 pagi sebab nak harvest.. memang aaddicted dan alpa lah!



Inilah farm aku yang tak seberapa.. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..arrgghh.. macam KLCC dengan umah banglo 2 tingkat

Sebenarnya banyak lagi game yang aku main macam Zoo, Fish World..tapi sebab xde pic macam x syok r plak nak ltak


Kesimpulannya, facebook memang menjanjikan kepuasan untuk eskapisme tetapi jangan over okeh..kalau mak suruh tolong masak, tinggalkanlah facebook itu..



Comments

Anonymous said…
ape da..mcm langit bumi la..
Razf said…
ini peribahasa baru da..haha
anis said…
jap2..tertinggal lak..
lupe nk comment..haha
ko slalu ingat kat bestpren ko..
apa laki ak tgh buat..hahahaaha..ko ble nk try?=p
anis said…
hahaha..i like this!cey..tabiat fb msih ade..nak laik laik..haha
tau xpe..lagha btol bnde alah nie..smpai blog pon ak da lme xbkk..
tp stu hal je ak xpuas ati..pehal la farmville ak ni lmbt nak naik level??stress2..haha
Razf said…
haha...mmg lagha..ko ni nasib blog xde like2..dah ko x rajin bukak mmg la lmbt naik..haha..ko kene fertilized dulu farm aku baru leh naik cpat x pon bg la aku gajah ke..hehe

aku da try da tp mcm doh je klu ade laki xpe gak.kah3