Apakah maksudnya bila saya meletak gambar yang penuh kehijauan di sini? Hehe..itu maknanya saya sudah teringin sangat mahu pulang ke kampung halaman memandangkan di tempat saya bermastautin ini susah sangat hendak melihat pemandangan yang sebegini redup. Yang ada hanyalah padang pasir yang terik..ehe taklah seteruk tu tapi hampir-hampirlah..
Banyak IPTA dan IPTS dah ditutup memandangkan wabak H1N1 makin parah, tapi universiti saya relaks dan tenang sahaja macam tak ada apa-apa berlaku. Alhamdulillah la kan? Nak mintak ke virus tu datang? Universiti saya dahlah kiut, nanti tak pasal-pasal tak sempat nak kuarantin da merebak satu kampus.
Wireless pula sangat menjengkelkan. Bila malam, selalu tak dapat. Pukul 3 pagi baru ade. Hello.. I need my beauty sleep okeh.. Bila siang plak, lembap yang amat. Haih..susahlah nak cari article for research method, cyber law.. Ceh, padahal susah nak bukak facebook, blogger, etc..
Chow dulu ah..bye bye
Comments
kalo dpt cuti mengejut pon best gak..
bleh aku blah blik cmtu je..
xpyh sush pyh nk kosongkn umh.