Thursday, July 18, 2019

Pendakian Gunung Angsi, Negeri Sembilan





Assalamualaikum..

This is my first mountain climbing! Hehe excited siket sebab selalunya hiking bukit-bukit je :D . Gunung Angsi ni terletak di Negeri Sembilan, alaa yang dekat dengan Ulu Bendul tempat mandi-mandi tu. Ketinggian ialah 824m. Rasanya gunung ni sesuai untuk beginners yang baru nak berjinak-jinak nak naik gunung sebab track gunung ni sangat okay, tak perlu nak berlatih ape-ape sebelum naik. 





Permit nak masuk kawasan Gunung Angsi ialah RM5






Gambar kat bawah dulu, time peluh tak keluar mencurah lagi. Heheh. Okay gambar agak blur, mungkin fotografer belum breakfast lagi :D






Rasanya kat sini je yang paling curam.. Yang lain sume okay dan tak perlu mendaki sangat. Tempoh mendaki nak sampai puncak, kebiasaanya 3 jam, tapi sebab beberapa faktor (yang rasanya semua boleh agak), aku amek masa 3 jam 45 minit approximately. Hahaha. 






Cantik tau siap ade macam deko-deko dalam hutan ni. Hahaha.. siap ade susun-susun batang pokok







Ada papan-papan jugak disusun kat certain tempat. Kalau hujan ke lecak ke berlumpur ke.. lalu atas papan ni mungkin kasut tak kotor sangat








Tadaaa.. dah sampai puncak Gunung Angsi! Happy sangat! Memang pengalaman yang manis sebab berjaya jugak sampai puncak. Lepas tu kami turun gunung plak sejam. wah turun cepat pulak ye.. 

Kepada siapa-siapa yang nak cuba mendaki gunung bolehla try. :)



Bye!








14 comments:

  1. Dekat aje ha dengan Seremban tapi tak pernah sampai lagi hahhaaa
    Mrs. A pun suka sejenis aktiviti luar macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Mrs A kita gi sekali lain kali ehehehehe

      Delete
  2. Rajinnya pergi daki gunung bagai. Saya ni dulu duduk kawasan pergunungan tapi macam tak berapa rajin nak pergi hiking sebab tak fit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun buat yang simple2 je sebab x fit..hehe.. lama2 baru tambah2 sket

      Delete
  3. waa...bestnya..berangan juga 1 day nk hiking tp belum jumpa geng yang sehati sejiwa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jumpa la tuu.. hihi.. x pun ajak je kawan yg ade skrg, maybe lepas ni boleh minat sama2

      Delete
  4. bagus.. seronok tengok those yang rajin memanjat2..
    akak ni dah xleh laa. tumpang heppi jele tengok hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.. saya jumpa nenek umur 68 tahun naik Bukit Kutu.. Akak boleh!!

      Delete
  5. Samalah kita, first time daki gunung adalah gunung angsi. then 2 kali naik angsi..cerun pacak tu memang pewai =__='

    ReplyDelete
  6. menarik je bila baca nak kne try nih

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)