Tuesday, May 5, 2020

Gelagat Kuarantin

  22 comments    
categories: 



Assalamualaikum & Selamat Pagi


Hai amacam? PKP nak abes dah. Ramai orang dah start kerja 04 Mei 2020 ni. Aku personally tak berapa setuju kena start kerja dah sebab banyak lagi kes aktif kat luar, tapi sebab ramai orang mula hilang punca pendapatan, so ada baiknya kita start je kehidupan normal dulu. Ramai orang suka, ramai jugak orang tak setuju. Well, aku yang jenis berkurung kat rumah je memang takde rasa beza sangat pon PKP ke tak.


Haha


Yang aku sedih cuma aku tak boleh beraya di kampung tahun ni. Huhuhu. Aku macam berharap boss aku bagi work from home sampai hujung Mei tapi nampak macam tak da harapan je. Pasrah jelah. Begitulah kehidupan seorang kuli. Anyway boss pon sama, kena kerja jugak so sama jugak la kot kuli ke boss. 


Anyway, dah masuk 12 Ramadan 1441 Hijrah. Kepada muslim muslimah semua, selamat berpuasa. Semoga ini bukan Ramadan terakhir buat kita. Doa banyak-banyak ye bulan ni InshaAllah makbul.



Sedih plak nak kena balik KL dah huwaaa







Hahaha



Okay.. bye stay safe semua.. Jangan berparti sana sini lagi.. Hahaha. Perjuangan masih belum berakhir


Bye!