Monday, June 8, 2009

Kenapa saya suka menghadiri majlis perkahwinan kawan saya?

  14 comments    
categories: , ,

1. Dapat melihat perkembangan kawan-kawan, Sahila dah ade anak satu nak masuk dua. Anak die sangat comel. Hoho jeles jeles.

2. Dapat berjumpa semula kawan-kawan sekolah rendah yang dah lame tak jumpa. Jumpa Fadhil yang dulu suka pukul-pukul saya, skarang muka dah macam hero cite Transformers. Dia cakap saya gemuk. Ye..terima kasih Fadhil.

3. Dapat dengar lagu-lagu Ghazal, dangdut dan lagu 60-an. Bukan slalu dapat dengar lagu-lagu macam 2 kat radio kan

4. Dapat tengok Meemee, Lisa dan Nurul anggun berbaju kurung dan bertudung. Hee hee

5. Dapat duduk kat meja VIP yang sepatutnya untuk Dato’ dan Datin sebab datang lambat. Hahaha.. Nurul sorok-sorok handbag Guess yang dibeli di pasar lambak takut kantoi dengan anak2 orang kenamaan. Hehe kasihan dia

6. Teruja dengar deejay die fasih tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Setelah dikaji selidik, rupa2nya mamat deejay tu satu universiti dengan saya..Eh apesal slame ni tak penah nampak??

7. Dapat menonton persembahan unplugged lagu Im Yours dari Zul, semangat siap bawak gitar dari rumah. Sekali lupe tune da kat atas stage. Dah lah pitching lari.. Kan dah kene ketawakan dengan Faradhiya.

8. Dapat cenderamata yang lain dari kebiasaan iaitu satu set penjagaan wajah, siap ade night cream and day cream.. Hoho sesuai skali dengan keadaan kulit saya sekarang.

9. Dapat menyedari bahawa saya dah tua sebab kawan dah ramai kawin, mungkinkah saya akan menyusul selepas ini? Hahahahahahahahahahahahahaha

Friday, June 5, 2009

Saya ingin repeat balik Bahasa Melayu


Eh..sepanjang seminggu aku duduk kampung ni kan, banyak btol peribahasa baru yang aku belajar. Mula2 macam kesian jugak kat diri sendiri sebab tak faham , lepas tu aku pon mule bertanye, bak peribahasa malu bertanye sesat jalan..ahaks. Kenapelah aku tak alert sebelum ni, kalau tak mesti aku dapat A1 (A2 pon jadiklah ) dalam bahasa melayu masa SPM.. huhu
1. Macam anjing beranak enam
Maksudnye : Orang yang terlalu kurus
Contoh ayat : “ Eh apohal ekau makan sikit sangat ni? Nak jadi macam anjing boranak onam ko?
2. Naga ditelan ular lidi
Maksudnyer : Orang yang high-class kahwin dengan orang biase
Contoh ayat : “ Eh ko taw tak si Minah tu? Die kan..naga telan ular lidi..! Apelah sengal sangat kan..”
3. Kilat senja
Maksudnye : Orang yang bergerak lincah
Contoh ayat : “ Amboi macam kilat sonjo ( bahasa minang ) ekau yo bilo si Belack tu nak datang umah. Apo ekau nak masak2 ko?”
4. Macam garam dengan asam
Maksudnye : Secocok/Sepadan
Contoh ayat : “ Eh eloklah ekau dongan si Munir tu..macam asam dongan garam dah..”
5. Cuti Jepun
Maksudnye : Cuti yang panjang
Contoh ayat : “ Wah..seronok la kau ek dapat cuti Jepun!”
6. Agih-agih kungkang ( yang ni aku tak sure la camni ke ejanyer )
Maksudnye : Orang yang terlalu baik hati sampai menyusahkan diri sendiri
Contoh ayat : “ Dah kau sendiri takde duit, yang ko nak pinjamkan die duit tu ko nak korek duit kat mane? Macam agih-agih kungkang la ko ni!!”
7. Air dicincang tak akan putus
Maksudnye : Yang ni kalau tak taw pegila masok darjah 1 balik!!! Hahahaha