Monday, November 25, 2019

Lirik Lagu Hello - Andi Bernadee & Ismail Izzani

  21 comments    
categories: , ,




Hello


Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya
Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya
Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu
Siapa dia bagi mu?

Ey, hello?
Angkat telefon mu
Jawab panggilan nya
Cepat kau bangun
Kan dah lambat
Jangan kau tunggu

Deringan bunyi kau masih leka
Kau perlu dia seumur hidup mu
Walau kau tak tahu

Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya
Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya
Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu
Siapa dia bagi mu?

Hey! Engkau tunggu
Hello hello?
Manakah kamu?
Kan ku dah bilang dah
Jangan kau hilang
Yeah yeah yeah

Aku dah cakap dah
Ku takkan hilang
Kalau engkau redah
Kita kan senang
Janji dia tahu
Kerna kau jauh
Walau kau tak tahu

Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya
Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya
Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu
Siapa dia bagi mu?

Hancur aku tanpa kamu
Hidup suram tanpa dirimu
Kembalikan rasa itu

Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya
Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya
Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya
Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya
Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu
Siapa dia bagi mu?


Sumber lirik: https://www.azlyrics.com/lyrics/ismailizzani/hello.html






Komen sket:

  • Aku sebenarnya bila baca lirik mula-mula aku tak faham apa maksud lagu ni
  • Lepas tu aku baca komen kat YouTube cakap mungkin lagu ni lagu ketuhanan.. maksudnya kalau kita ni manusia, kita lost.. rasa hilang, suram.. adakah kita akan ingat Tuhan? Hmmm make sense jugak la bila baca lirik balik
    • Apa pun.. aku suka sangat lagu ni sebab first, aku memang suka suara dua-dua BBNU ni.. haha! And second sebab lagu ni catchy.. boleh joget-joget LOL
Okay bye!


Friday, November 15, 2019

Aplikasi Mobile Malaysia Untuk Masalah Kereta Anda




Kalau kereta anda rosak tiba-tiba, apa yang anda lakukan?

Call family? Tunang? Boyfriend?

Kalau mereka tak free? Apa perlu anda lakukan? Menangis di bucu kereta?

Hehe.. jangan risau

Sekarang semua urusan dah mudah... Semua boleh dibuat di hujung jari

Apa yang perlu anda lakukan ialah download aplikasi di dalam telefon bimbit anda dan tadaa masalah boleh diselesaikan.. mudah kan?


Salah satu applikasi yang boleh dipercayai dan rating tinggi kat AppStore ialah CARPUT








Ada macam-macam servis kat dalam aplikasi Carput ni, boleh tukar bateri, fix tayar pancit, towing dan macam-macam lagilah. Korang kena register, and bagi details kereta sket, pastu nanti team Carput akan datang selesaikan. Oh ya, masa operasi ialah 7 am - 11.30 pm.


Lagi satu applikasi berguna ialah Bateriku.Com




Aplikasi ni memang untuk masalah bateri sahaja. Masa operasi ialah 7 a.m sehingga 12 tengah malam. Baca review kat AppStore pun memang elok-elok so boleh dipercayailah.

So apa lagi?

Download aplikasi ni siap-siap. Sediakan payung sebelum hujan.

Hehe

Ok bye!







Tuesday, November 12, 2019

Mendaki Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru






Assalamualaikum w.b.t..

Hello hello hello.. dah lama tak menaip disini.. hahaha.. Okaylah cukup mukaddimah, jom ke point penting. Naik Bukit Kutu ni dah lama dah, masa bulan tujuh, bulan sebelas baru aku nak buat dokumentasi. :D Better late then never orang jawa cakap lol


Bukit Kutu ni nama je bukit, tapi dia lagi tinggi dari gunung yang aku pernah naik iaitu Gunung Angsi. Tinggi bukit ni ialah 1053 meter atau 3456 kaki. Memang mengah dan pewai la citenyer. Kami naik pukul 8 pagi dan sampai ke bawah pukul 4 petang. So sila kira :D Aku pun hampir-hampir mengalah nak sampai ke puncak sebab dah penat sangat, tapi sebab memikirkan mungkin tak akan menjejakkan kaki lagi ke sini, makanya aku gagahkan jugaklah untuk sampai ke puncak kejayaan. Alhamdulillah




Sebelum mendaki, bolehlah cuci mata atau mandi-manda kat sungai ni.. Jernih airnya. Sini jugak ada tapak untuk berkhemah, so sesiapa yang nak tidur sini sebelum atau selepas mendaki boleh lah.. Jangan lupa jaga kebersihan alam sekitar ya. Please jangan buang sampah merata disini!




Dan kami pun memulakan perjalanan dalam pukul 8.00 pagi lebih kurang. Sebelum jumpa bukit mencanak, adalah jalan rata ni.. sekejap jela.. 





Lepas tu kena merentasi sungai, takpe sungai cetek je, tak perlu skill berenang-renang ke tepian. Hehe. Kawan aku cakap, elok bukak kasut, then lepas tu lap kaki kering-kering baru pakai stokin dan kasut. Kalau tak, kaki cepat melecet. Itu kata otai, maka aku pun menurut.





Okay maka bermulalah pendakian yang sangat memenatkan. Hahaha. Aku pun tak banyak ambil gambar sebab nak jimatkan tenaga :D Susah nak jumpa tanah rata, mendaki dan terus mendaki. Mendaki dia tu bukan macam jalan biasa tau, mendaki yang kaki kau kena naik lebih dari 90 darjah.. haaaa.. kena pegang pokok or batu, then panjat.. susah la.. Sila jaga postur badan supaya tidak terkehel atau terseliuh di mana-mana





Selepas beberapa jam mendaki, anda akan jumpa Batu Tedung. Kat sinila aku rasa macam nak give-up and nak tido sebab batu ni rata dan sesuai untuk berehat. Ramai jugak yang stop kat sini, tapi akhirnya setelah berfikir-fikir aku pon teruskan jelah.. Alang-alang menyeluk pekasam. Hehehehe






Sejam selepas Batu Tedung ... akhirnya sampai sudah ke puncak. ni chimney lebihan zaman British dulu. Buat apelah duduk tinggi-tinggi oii.. Susah susah je. Nak tengok view cantik kot.. or anti social. Haha






Ada bendera Malaysia kat atas ni





Sebenarnya aku takdelah sampai ke betul-betul puncak.. Ada lagi batu yang boleh ko naik untuk nampak pemandangan yang lebih cantik. Tapi memandangkan lutut cakap jangan, tangga tu pun nampak macam kurang meyakinkan. Aku gayat. Hahahah. Atas tu tak boleh naik ramai-ramai.. 2, 3 orang je kot per session. Tempat kecik, bahaya wei ramai-ramai





Sebelum turun ke bawah, pekena maggie dulu. Haha. First time aku makan Mee Tarik perasa lontong jenama Mamee ni. Kat atas bukit komain sedap rasanya. Maklumlah letih kot... Turun bawah terus aku beli sepeket . Ahahahah. 


Setelah 3 jam setengah perjalanan.. maka kami pun sampai sudah ke bawah. Alhamdulillah semua ahli rombongan selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Cuma pinggang aku je dah tak berapa nak rasa. Haha. Rasa nak duduk je tak nak jalan mana-mana


Summary dan Lessons Learned:

  • Kos naik bukit: Permit naik RM5 dan Entrance Fee RM1
  • Bukit ni tak sesuai untuk newbie, yang dah biasa naik bukit pun kena training dulu kot. Makan and tido kena cukup sebelum naik
  • Bernafas ikut hidung, jangan ikut mulut. Hahah. Kalau penat, berhenti sekejap, jangan lama sangat. Nanti lari momentum. Gitteww
  • Kalau jumpa orang yang tengah turun cakap dah nak sampai puncak, jangan percaya! Hahaha

Okaylah itu je .. apapun, memang pengalaman yang manis mendaki Bukit Kutu ni. Kalau umur panjang, boleh repeat lagi ni. :)

Okay till then.. bye!







Thursday, August 29, 2019

Lirik Lagu Tiada Dirimu - Shila Amzah

  13 comments    
categories: ,




Tiada Dirimu

Ku Coba mengerti
Siapa Diriku
Di Dalam hidupmu
Apa Maunya lagi
Jika Kau tak mampu
Mengingin Cintaku
Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu
Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu
Diam Tanpa bicara

Harus Bagaimana ingin ku lewati
Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu
Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu
Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu
Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu
Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku

Tanpa Dirimu
Tak Ingin ku ulangi
Apa Yang terjadi

Walau Hariku

Aku Jalani tanpa dirimu
Walau Diriku

Tanpa Dirimu



Sumber: musixmatch.com







Komen aku:

  • Memang suka Shila Amzah ni sebab lagu dia selalu memang best-best

Hehe itu jelah komennye


Selamat Mendengar :D





Thursday, July 25, 2019

Ramadhan & Syawal 1440 Hijrah (2019)

  16 comments    
categories: ,




Assalamualaikum w.b.t


Macam biasalah terlambat post, kalau boleh sehari sebelum raya tahun depan baru nak post entri raya tahun ni. Hahaha. Walau apa punnn aku still lah nak mendokumentasikan raya tahun ni dalam blog kesayangan ku ini. Raya kali ni semua anak wan berkampung di Johor. Cucu cicit ada yang balik rumah mertua. Biasalah semakin berkembang keluarga, semakin susah nak berkumpul sekali. Tapi takpe raya kan sebulan.. Balik raya ke-8 pun kira balik la cuma orang dah takde sangatla hehehe





Actually ini sebenarnya entri campur bulan puasa sekali..mix-mix jela sebab malas nak buat entry asing-asing. Hahaha.. Berbuka di Cibiuk dengan ex-collegue, Alhamdulillah






Lepas makan berat, kita sambung lagi makan dessert plak kat Mykori Dessert Cafe. Sedap lah! Yang ni kawan aku punya.. nampak sihat sket sebab ade buah-buahan haha






Berbuka dengan kawan-kawan sekolah plak. Memang dah jadi tradisi akan buat majlis berbuka setiap tahun, satu kat Johor, satu kat KL. Hehe. Meriah betul sebab budak-budak makin ramai :D






Ini sendiri bikin. Hehe







Sambung balik cerita raya. Hahaha. Uniform baru untuk pembasuh pinggan. Weee~~






Delisha! Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah






My nenek and Mia. Kenape ntah Mia buat muka camtu





 Potluck office pulak






First time aku buat kek batik. Tersilap step, lepas butter cair aku pi letak milo, patutnya susu dulu, maka berketul-ketul jadinya.. Tapi lepas tu aku kacau laju-laju sampai jadi tak berketul. Phewww lega. Rasa okay-okay je kot, yang penting memang tak nak manis sangat






Open house rumah Anis. Thank you Anis for having us!



Okay tu je.. Semoga Ramadhan tahun depan aku masih sempat sambut :) InshaAllah

Bye


Thursday, July 18, 2019

Pendakian Gunung Angsi, Negeri Sembilan





Assalamualaikum..

This is my first mountain climbing! Hehe excited siket sebab selalunya hiking bukit-bukit je :D . Gunung Angsi ni terletak di Negeri Sembilan, alaa yang dekat dengan Ulu Bendul tempat mandi-mandi tu. Ketinggian ialah 824m. Rasanya gunung ni sesuai untuk beginners yang baru nak berjinak-jinak nak naik gunung sebab track gunung ni sangat okay, tak perlu nak berlatih ape-ape sebelum naik. 





Permit nak masuk kawasan Gunung Angsi ialah RM5






Gambar kat bawah dulu, time peluh tak keluar mencurah lagi. Heheh. Okay gambar agak blur, mungkin fotografer belum breakfast lagi :D






Rasanya kat sini je yang paling curam.. Yang lain sume okay dan tak perlu mendaki sangat. Tempoh mendaki nak sampai puncak, kebiasaanya 3 jam, tapi sebab beberapa faktor (yang rasanya semua boleh agak), aku amek masa 3 jam 45 minit approximately. Hahaha. 






Cantik tau siap ade macam deko-deko dalam hutan ni. Hahaha.. siap ade susun-susun batang pokok







Ada papan-papan jugak disusun kat certain tempat. Kalau hujan ke lecak ke berlumpur ke.. lalu atas papan ni mungkin kasut tak kotor sangat








Tadaaa.. dah sampai puncak Gunung Angsi! Happy sangat! Memang pengalaman yang manis sebab berjaya jugak sampai puncak. Lepas tu kami turun gunung plak sejam. wah turun cepat pulak ye.. 

Kepada siapa-siapa yang nak cuba mendaki gunung bolehla try. :)



Bye!








Friday, July 12, 2019

Lirik Lagu It's You - Ali Gatie

  7 comments    
categories: ,




It's You

Ali Gatie


It's you, it's always you
If I'm ever gonna fall in love, I know it's gon' be you
It's you, it's always you
Met a lot of people, but nobody feels like you
So please don’t break my heart, don’t tear me apart
I know how it starts, trust me, I've been broken before
Don’t break me again, I am delicate
Please don’t break my heart
Trust me, I've been broken before

[Verse 1]
I've been broken, yeah, I know how it feels
To be open and then find out your love isn't real
I'm still hurting, yeah, I'm hurting inside
I'm so scared to fall in love, but if it's you, then I'll try

[Chorus]
It's you, it's always you
If I'm ever gonna fall in love, I know it's gon' be you
It's you, it's always you
Met a lot of people, but nobody feels like you
So please don’t break my heart, don’t tear me apart
I know how it starts, trust me, I've been broken before
Don’t break me again, I am delicate
Please don’t break my heart
Trust me, I've been broken before

[Verse 2]
I know I'm not the best at choosing lovers (Oh)
We both know my past speaks for itself (For itself)
If you don't think that we're right for each other (Baby, no)
Then please don't let history repeat itself
'Cause I want you, yeah, I want you, yeah
There's nothing else I want
'Cause I want you, yeah, I want you, yeah
And you're the only thing I want

[Chorus]
It's you, it's always you
If I'm ever gonna fall in love, I know it's gon' be you
It's you, it's always you
Met a lot of people, but nobody feels like you
So please don’t break my heart, don’t tear me apart
I know how it starts, trust me, I've been broken before
Don’t break me again, I am delicate
Please don’t break my heart
Trust me, I've been broken before

[Outro]
'Cause I want you, baby, I want you
Baby, I want you, Baby, I want you
Baby, I want you, Baby, I want you
Baby, I want you, you, you
'Cause I want you, baby, I want you
Baby, I want you, Baby, I want you
Baby, I want you, Baby, I want you
Baby, I want you, you, you










Komen sket:
  • Bila dengar lagu ni, mesti rasa sayu je and kadang-kadang tu menitis air mata.. Sorrylah sejak akhir-akhir ni jadi sentimental sket :(
  • Artis baru si Ali ni.. lagu pun tak banyak, ada satu lagu dia tu tajuk Moonlight tu sedih gak.. agaknya dia buat lagu ni time heart broken kot.. maybelah
Ok tu je bye

Thursday, July 11, 2019

Ketenangan

  9 comments    
categories: 




Ketenangan itu apabila:

  • Dapat membaca buku tanpa gangguan.. dan tempat paling kurang gangguan sekarang ni ialah dalam LRT! Kalau kat rumah tu asyik la terganggu dengan handphone atau otak serabut nak buat itu ini
  • Dah habis bayar hutang dan bil di awal bulan. Alhamdulillah untuk gaji yang ada setakat ini
  • Dapat mop rumah dan cuci toilet/bilik air. Pelik ke bila aku suka buat benda ni? Kalau tak buat asyik terfikir-fikir
  • Bila naik bukit atau gunung, melihat pokok dan daun-daun.. sangat menenangkan, walaupun jantung macam suruh mintak back-up
  • Tengok wajah mak ayah.. Tapi recently selalu sayu sebab tak tahu berapa lama lagi dapat tengok :'( 
  • Tengok gelagat baby yang tak pandai jalan lagi tu.. comelnya! Toddler yang dah dapat kaki bye :p
  • Tengok gambar lokasi dan pemandangan-pemandangan indah dalam instagram. Sejak akhir-akhir ni aku dah unfollow banyak artis dan instafamous dari senarai following sebab content mereka tak related dalam hidup aku. Unfollow pun satu ketenangan juga wahh
  • Datang awal ke office untuk elak traffic jam. Ketenangan paling hebat tu hahahaha
  • Drive sorang kat jalan yang tak jem sambil dengar playlist kegemaran. Bliss~~

Hehe okay lah kalau ada lagi aku buat entri baru. 

Apa definisi ketenangan anda?

Till then~


Wednesday, July 10, 2019

Wordless Wednesday #37: Kaya

  8 comments    
categories: 




Please doakan aku kaya

Aku rasa kalau aku jadi jutawan pun aku still akan tengok price tag kot

Hehe




Monday, May 27, 2019

Bukit Melati Nilai

  15 comments    
categories: , ,


Muka ceria la awal-awal kan.. Hahahaha



Assalamualaikum w.b.t

Semenjak dua menjak ni, memang minat aku lebih kepada mendaki bukit-bukit di sekitar yang berdekatan dengan aku. Salah satu sebabnya ialah untuk mengeluarkan peluh lah. Banyak lagi cara lain untuk keluar peluh, contohnya seperti jogging atau pun work out dalam gym. Tapi aku prefer mendaki bukit ni sebab boleh tengok keindahan alam sekali, dan semestinya tak bosan. Mendaki bukit ni kadang-kadang mencabar jugak, tengok kecerunan bukit tu la, tapi nak tak nak ko kena naik dan turun balik, takde sapa nak tolong kau melainkan diri kau sendiri. Hehe






Bukit Melati ni terletak di Nilai. Tahap cabaran dia ialah kira kategori senang la. So sapa yang baru berjinak-jinak nak naik bukit boleh la start dengan bukit-bukit mudah macam Bukit Melati ni. Kat dalam bukit ni plak ade Centipide Hill, Rope Hill, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill. Haaa.. bunyi macam banyak bukit dan memenatkan kan? Jangan risau, bukit ni pendek-pendek je .. boleh tapau semua hill. Ehehehe






Salah satu pemandangan dari atas bukit.. dalam hutan ada hutan konkrit. Hehe







Nanti akan ada lalu kawasan kelapa sawit dan lalu sungai ni. Sungai ke ape ek? Air macam tak gerak






Rope Hill. Dah nama pun bukit kan, takdelah landai, ade juga kena panjat -panjat sket






Ini Monkey Hill kot. Sorrylah dah terlupa sebab lama sangat peram tak menaip. Hehe. Ni paling mencabar kot kat Bukit Melati ni. Anyway, sebelum mendaki jangan lupa makan secukupnya supaya perut tak kosong dan memberi tenaga sepanjang ko naik bukit






Dah turun.. Anyway sekejap je naik Bukit Melati ni, aku pun tak ingat berapa jam, rasanya dalam 2 jam dah boleh sampai bawah. Kat Bukit Melati ni meriah! Ramai orang jual makanan dan minuman kat bawah. Baju bundle pun ade! Bolehla shopping-shopping kan. Kami mengamalkan penjimatan dan gaya hidup sihat, maka minum milo dan makan buah-buahan di selepas turun. Eheheheheh






Bila dah sampai time lunch, bolehlah makan kat Restoran Tepi Kubur Nilai, masakan Negeri Sembilan. Sedap boleh tahan



Okay tu je nak ceritaa

Selamat Berpuasa :)



Thursday, March 28, 2019

Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret

  12 comments    
categories: 





RAMPAS

Air mata separuh mati yang ditahan
Diberhentikan lekuk kelopak
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi
Tangan bersaksi kita bergenggam

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semuaku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Langkahpun lemah dalam susur pancaroba
Lekat di persimpangan dilema
Cuba keluar di jalan yang tak berarah
Tunggu serpihan bongkah cahaya

Putus segala
Hijab kau dan aku
Sampai nanti
Kita bertemu

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semuaku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa


Sumber Lirik: http://www.1liriklagu.com/lirik-lagu-rampas-akim-the-majistret/






Komen sket:
Suka sangat lagu ni tak taw kenapa.. mungkin ade kena mengena dengan kehidupan hehehehhe
Walaupun awal-awal macam tak dengar sangat ape si Akem ni nyanyi, tapi bila part chorus terus menusuk tepat di hati haha

Good job Akim.. semoga tak berhenti berkarya :)


Tuesday, March 19, 2019

Doa Itu Senjata Paling Kuat





Hai

Assalamualaikum & Selamat Pagi :)

Pernah tak rasa dah putus asa, dah usaha macam-macam, tapi semua tak berhasil? Kau dah penat, and kau rasa macam nak stop semua usaha. Resepi kejayaan itu adalah usaha, doa dan tawakkal. 3 elemen ni mesti ada kalau nak sesuatu, tapi nasib kadang-kadang tak menyebelahi kita, tapi tak semestinya kita kena give up. Pada aku, it's okay to stop sekejap, tapi jangan sesekali kita berhenti berdoa.


Berdoa ni tak susah mana pun.. Berdoa dalam hati pun dah jadi doa kan? So apa-apa pun dalam hati tu mintak sume benda yang baik-baik dari Tuhan. Kata-kata pun satu doa, so instead ko membazirkan tenaga memaki-maki atau marah (ok susah ni sebenarnya), lagi baik kita berdoa. Mana tau masa tu masa doa kita termakbul? Cuba je jangan putus asa okay :)



And kalau ade orang tanya ko "Bila nak dapat anak?", "Bila nak dapat kerja?", "Bila nak kahwin?", ko jangan terus marah okay.. Jangan terus melenting. Ye memang sedih, sebab kadang-kadang apa yang kita nak di luar kuasa kita, tapi bukan senang nak fahamkan manusia.. Yes, memang annoying, tapi itu lumrah manusia, nak tengok perkembangan, nak tengok sesuatu tu berubah, atau curious..atau pun saja busy body. Hahaha.



Jangan marah, jangan terus nak defend diri. Jangan terus bermasam muka, sebaliknya berlapang dada jelah. Yelah tak kan kita nak cerita kat dia semua usaha kita untuk mencapai ke arah itu ye tak? Unless kau memang rajin nak cerita kat si penanya lah. Instead kita berkecil hati, kita suruh je dia doakan kita. InshaAllah ramai-ramai doa, nanti termakbullah jua, dan mungkin lebih dari apa yang kita minta. Cuba okay? Aminn..


Bye!


Note: Baru aku perasan kat gambar atas tu ada salah eja, tapi paham-paham jela ye? :D




Wednesday, March 6, 2019

First Entry in 2019

  12 comments    
categories: , ,





Seperti tajuk yang tertera di atas, ingin saya memaklumkan yang saya sangat kecewa dengan pencapaian saya iaitu untuk menghidupkan kembali BLOG ini bermula dengan hambar sekali, sebab bulan 3 baru update first entry :p  .. 

Kelakar kan? Tiap-tiap tahun azam same je.. nak aktif berblog.. nak kurus.. nak mengamalkan healthy lifestyle.. tapi nan hado.. same je tetiap tahun


Kenapa oi


Hahahah


Sudahlah aku pun malas nak mengarang excuse-excuse aku yang lame ni


Ape-ape pun, harap masih ade orang sudi membaca blog ini.. Kalau takde pun tak apelah, I just like to write to myself :p

Okay semoga tahun ni memberi keajaiban kepada kita semua :) 

Aminn

Tilll then