Friday, September 7, 2018

Jalan-Jalan: Korean Folk Village




Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Sambung lagi cite pi Korea.. Hehehe.. Anyway, aku suka sangat lawatan aku ke Korea ni sebab musim bunga.. Memang indah sangat, suasana pun nyaman, bunga cantik-cantik.. kamera phone aku tak dapat capture keindahan tempat ni.. Hohoho.. Mungkinlah bila ade rezeki lebih bolehlah beli kamera berpixel tinggi 


Okay tanpa membebel lebih panjang.. mari ke tempat pertama...!



1. Korean Folk Village (한국민속촌)



Korean Folk Village ni terletak di 90 Minsokchon-ro, Giheung-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do. Tiket masuk untuk dewasa ialah 18,000 KRW bersamaan dengan RM66.80.  Sini ada tiket 1-day admission jugak, kalau beli tiket ni bermakna korang boleh main kat taman tema diorang gak, tapi tu harga lain. Tempat ni besar jugak, tak puas berjalan.








Tempat ni memang dia mimic perkampungan Korea zaman Dinasti Joseun dulu. So, architecture rumah, taman, kampung, kebun, semua memang macam zaman dulu lah.. tradisional. K-Drama memang selalu buat penggambaran kat sini. Rugi pulak time kami datang takde shooting, kalau tak, boleh gak jumpa hero heroin K-Drama. Kah kah kah.






Yang bestnya kat sini dia ada pelakon dan show. Show yang diorang perform mestilah berkisarkan kisah zaman Dinasti Joseun dulu. Time aku pergi tu, ade show pasal majlis perkahwinan, malangnya kami terlepas show tu sebab leka berjalan dan amek gambar. Tapi jangan risau, pelakon-pelakon dia still ada dan akan berkeliaran di taman ni.. so bolehla korang posing-posing amek gambar dengan diorang. Eheh. Yang pelakon gambar di atas tu kalau tak silap aku, polis. Komain meriah colour uniform polis korang ek.






Yang ni tak pasti, scholar kot.. Ceria orangnya







Kalau korang datang sini pakai hanbok mesti lagi comel.. sangat blend in dengan persekitaran. Hehehe.








Yang ni princess kot.. Kiyowoo~~







Lawa sangat taman dan pokok-pokok kat sini..Kalau boleh nak jalan lama-lama lagi kat sini, tapi masa tidak mengizinkan..







Sini kafe dia.. besar dan banyak pilihan. Sorry aku lupa ada makanan halal ke tidak, sebab kami bawak bekal.. Tapi ada makanan untuk vegetarian kot? Aku beli coffee sebab sejuk sangat time ni.. Seoul tetiba hujan, dan suhu drop sampai jadi 10-11 darjah celcius.. Sejuk weii








Sesi memanaskan badan







Banyak sangat tempat cantik.. I is rambang mata nak pilih gambar mana nak letak kat sini :D.. Mana yang terpilih jelah ek.. Random jer.. Yang aku boleh perasan, tempat ni memang bersih dan pokok-pokok dijaga elok..


Kalau nak taw lebih lanjut pasal tempat ni, boleh la visit Website INI





2. Gyeongbokgung Palace (경복궁)



Temat kedua ni memang famous.. senang nak sampai kalau ko kat Seoul. Ramai sangat orang.. time aku gi bebudak sekolah pun ramai.. Maybe cuti sekolah kot kat Korea time tu.





Time ni la boleh berangan jadi pahlawan, or Maharaja Korea.. Hahahahah








Okaylah ini sahaja buat kali ini.. Pheww penat gak nak mengarang ni, dah lah lama dah peristiwa ni berlaku, pastu lama plak tak menaip. Hahah


Kalau sudi, boleh baca cite gi Jeju kat sini --> PULAU JEJU



Okay, till then.. :)




21 comments:

  1. bestnya. nampak macam nyaman jer. saya teringin sangat nak pergi sana tapi takde rezeki lagi. InshaAllah someday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin InshaAllah.. musim bunga memang sesuai kalau nak nyaman2

      Delete
  2. Syoknya Jalan Jalan Korea bila musim bunga macam ni..cantik amek gambar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. amek gambar cantik.. jalan2 x berpeluh.. make up tak cair.. :p

      Delete
    2. itu yg buat nak jalan dan pose lagi dan lagi..hihi

      Delete
  3. Seronoknya pergi Folk Village! Saya teringin nak pergi situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti klu ade kesempatan awak pergi tau :)

      Delete
  4. Pergi waktu spring memang sangat lovelyyy... huhuu aku pernah sampai Seoul, Incheon and Jejudo waktu post spring (May) je, belum ada kesempatan lagi utk gi sana waktu spring. Tapi aku pernah gak la merasa spring di Tokyo tahun 2014 dulu, memang bahagia dan nyaman je rasanya melihat sakura bertaburan sana-sini :'D

    ReplyDelete
  5. kalu spring memang melting sangat semuanya.. belum sempat sampai korea lg. tp one day in shaa Allah :)

    Jom beri vitamin untuk orang tua kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... nanti share2 pengalaman ye

      Delete
  6. haiii salam kenal. CT follow sini dah masukkan juga dalam bloglist 'Kaki Travel' di blog. bolehla jenguk2 hehe..

    cantiknya Korea musim bunga. tapi selalu tak clash dengan cuti sekolah so tak tahulah bila dapat jenguk spring di Korea hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam CT.. Thank you sy pon follow awak jugak.. heheheh..

      nanti ade masa dan kelapangan leh la visit korea :D

      Delete
  7. done follow #385. syoknya pi jalan2

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah cantiknya musim bunga di Korea..berangan nak ke sana :)))

    i folo u hihii #386

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan nnti inshaAllah jadi kenyataan jugak

      tq follow u too :)

      Delete

sila komen jangan segan-segan :)