Thursday, June 8, 2017

Tips Mudah Bangun Malam untuk Tahajjud

  No comments    
categories: ,





Dah lama dah berangan nak bangun Tahajjud, tapi susahnya la haii.. Katil macam magnet menarik-narik dan akhirnya tewas. Haha. Bulan Ramadhan ni bulan yang sesuai untuk praktis bangun malam ni, sebabnya pahala time ni berganda-ganda, plus boleh terus sahur.. Kan senang tu

So, aku amek tips ni dari beberapa website, kalau nak baca yang lagi detail, boleh pergi ke link yang disediakan di bawah ye? :)


1) Tidur awal. Kalau bulan puasa ni, lepas terawih dah boleh tidur kot. Stop-stop la moreh tu. Hehehe

2) Niat dalam hati dan minda nak bangun untuk Tahajjud sebelum tidur. Set dalam fikiran dengan bersungguh-sungguh. Yang penting, jangan anggap bangun solat tu sebagai suatu benda yang membebankan.

3) Pasang alarm la.. Set kat handphone, set kat jam loceng, and kalau ade roomate, suruh dia kejutkan. Lagi elok kalau buat sekali. Heheh

4) Jangan makan banyak sangat sebelum tidur or masa buka puasa. Kalau makan banyak, serius memang lena sampai ke subuh la kau. Aku dah try. Kalau makan sket memang senang nak bangun.

5) Jangan banyak buat maksiat. Bila banyak buat maksiat, kita akan semakin lupa Tuhan, so tak mungkin la kau nak bangun malam kan..

6) Biasakan tidur siang.. tapi tidur kejap je tau! Bukan berjam-jam.. So kita takdelah rasa penat sangat , tidur siang ni macam charger la.. Untuk cas balik energy dalam badan.. Gituu

7) Sediakan spray muka, or air dalam besen, untuk basuh muka kat tepi katil. Bila dah bangun, terus spray or lap air kat muka. So ko automatik rasa segar and tak nak tido balik.. Bagus kan?

8) Sediakan air masak jugak kat tepi katil, so boleh terus minum and rasa segar




Okay itu je yang dapat aku rumuskan..

Untuk info lebih lanjut, boleh gi ke link di bawah:





“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sholat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan.” (QS. Al Muzzamil:1-4)






0 comments:

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)