Sunday, July 15, 2012

Jalan-Jalan Di Montpellier, France :) #1





France dari atas flight.. Cantik macam kuih lapis :)



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Siapa sangka mimpi jadi kenyataan? Akhirnya dapat aku menjejaki bumi Eropah dan menghirup udara segar di situ. Seminggu sudah aku balik ke tanah air, tapi masih rasa macam mimpi dapat ke France.. Syukur syukur syukur. Dan aku ke sana bukan setakat bercuti je, tapi bekerja juga! Seronok dapat mencedok ilmu di sana.. Seminggu tak cukup okay..??!!


Destinasi pertama kami di France ialah daerah bernama Montpellier. Montpellier ni antara tempat tercantik dekat France dan disyorkan untuk dilawati tahun ni.Glamour jugak sebab ada universiti yang terkemuka. Daerah ni terletak di selatan France dan terkenal dengan pantai. Kat sini jugaklah terletak IBM Centre yang kitorang kena visit tu. 






IBM Montpellier. Cantik giler office dia. Tapi malangnya tak dapat ambil gambar kat dalam. Ah sedih! Walaupun aku mengalami sedikit kepayahan memahami bahasa Inggeris mereka yang pekat dengan loghat French, tapi informasi yang mereka bagi sangat berguna! Terima kasih IBM :)






Hotel De Region Montpellier

Ni la hotel yang kami duduk.. aiceh.. kaya sangat ke kami ni? Keh3.. xdelah. Cantik giler kan? Hotel ni dah siap sejak tahun 1989 lagi. Rasanya dalam banyak-banyak bangunan kat Monpellier ni, bangunan ni yang paling modern tapi dalam masa yang sama still klasik







Place De La Comedie

Tadaa..! Sampai kat tempat tarikan Montpellier.. Kenapa nama dia Comedie? Aku pon tak taw, takde plak orang buat lawak komedi. Hehe. Sini memang agak ramai orang, tapi syiok! Kat tengah-tengah tu ada Fountain of Graces. Tengok diorang siap picnic lagi kat tepi fountain tu. 








Mari.. mari bergambar di tepi fountain sebagai bukti tidak mencedok gambar dari Google Image. Keh keh keh. Can you spot us? Sebab ade lagi orang yang macam main entrance dalam pic ni. Eheh







Familiar tak dengan tiang-tiang ni? Macam kat Rome kan kan kan? Rasenye kat Europe tiang ni memang glamour ah. 







L'arc de triomphe du Peyrou: The Gate Of Montpellier

Antara attraction utama kat sini jugak. 








Tugu Negara France. Ceh takdelah. Aku pun tak taw tugu ni apa nama dan sempena apa. Huwaaaa.. penat aku google carik nama dia. Yang aku taw dia dekat dengan water reservoir Montpellier. Rasanya dilah yang buat empangan air tu. Sebab orang kat sana, kalau ada jasa, dia akan buatkan tugu atau patung sebagai tanda penghargaan di atas jasa beliau.








Chateau d’Eau

Ni plak empangan air katanya sejak dari kurun ke 18 lagi. Empangan ape ye cantik gini? Hoho. Kalau naik tangga, kat belakang bangunan ada pemandangan indah nian :)







Told ya!







Tanpa orang . Nampak la pemandangan di sekitar Montpellier. Subhanallah!







Lorong-lorong dan bangunan-bangunan yang cantik







Tak perlu risau untuk kemana-mana di sini sebab ada tram! Efficient sangat sebab on-time dan ada banyak. Cantik dan kalerful. Affordable juge! :)







Ok puas berjalan jom melantak Nasi Morocco.. sedap giler hingga disimpan untuk sarapan pagi almaklumlah susah nak jumpe nasi



Bye! 



22 comments:

  1. la patut la lama menyepi..pi obesea rupanya...sonokkknye raz dapat pi france...bertuahh dapat tengok negara orang :)

    ReplyDelete
  2. waaa,,bestnye dapat pegi France..terasa nak pegi jugak la..hahah..harga tiket flight nak pegi sana bape ribu eh??

    ReplyDelete
  3. wow seronoknye pergi holiday.. nowonder lama menyepi...

    ReplyDelete
  4. bertuahnya badan dapat berjalan ke tempat org secara percuma..hehe

    ReplyDelete
  5. Seronoknye jalan jalan di france.Cantik sangat kan! enjoy your day over there.^__^

    ReplyDelete
  6. @mia izzati

    alhamdulillah .. eh menyepi ke? kejap je tinggalkan blog. hehe

    ReplyDelete
  7. @Nick Nashram

    hee g la.. harga tiket tak taw la pulok.. sebab sponsor kan.. tp klu x silap 3 ribu lebih pergi balik

    ReplyDelete
  8. @Azhafizah Md Nor

    memang sgt enjoy.. rase mcm nak pergi lg la tiap2 tahun. ehehe over plak

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah....so pretty!!! wish i can go there one day!

    ReplyDelete
  10. owh seronoknya. bila Sya boleh sampai ni. huhu

    ReplyDelete
  11. @Sya Isya

    bile2 je Sya.. kdg2 kite pon x sangka :)

    ReplyDelete
  12. Siyesly cantik ! Best dapat jalan jalan kat tempat macam nie kan :)

    ReplyDelete
  13. wah! bestnye dapat melawat france, haritu saya sampai france pun duduk dalam airport je :( tak sempat pun nak jenjalan kat luar TT

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)