Saturday, July 28, 2012

10 Tabiat Orang Yang Bersyukur

  21 comments    
categories: , ,


1. Tidak mengharap kehidupan akan memberikan semua yang mereka inginkan

Orang yang bersyukur sedar tak semua yang dihajati akan terkabul serta merta. Penyakit dan bencana alam, itu semua sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Persoalan tentang keadilan dalam hidup tidak terlintas dalam hati orang yang bersyukur






2. Tidak ada syarat untuk gembira

Orang bersyukur sedar kegembiraan bukan datang dari unsur luar, tapi datangnya dari dalam diri sendiri :) 










3. Sedar kesenangan tidak akan terjadi tanpa kesusahan

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Itulah prinsip orang yang bersyukur. Seperti untuk melihat pelangi yang cantik, kita perlulah meredah dan melalui hujan dahulu. Seperti juga ingin memetik bunga mawar, mungkin kita akan terkena bisa duri dahulu. Mereka sedar, tiada apa yang senang di dunia ini, semua perlu merasa kesusahan & kepayahan








4. Mempunyai Harapan Yang Tinggi

Walau apapun yang terjadi, walau seburuk manapun perkara yang berlaku, orang yang bersyukur tidak pernah putus harapan. Mereka sering optimis dan tetap berharap sesuatu yang baik akan berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari






5. Tidak Berdendam & Sentiasa Memaafkan

Mereka sentiasa memaafkan orang dan berdoa orang itu akan menjadi lebih baik. 





6. Mempunyai Attitude Yang Baik Dalam Pekerjaan

Bersyukur tidak datang secara semulajadi atau diwarisi dalam keluarga, lebih-lagi dalam waktu yang mencabar seperti sekarang. Dalam pekerjaan, orang bersyukur mempunyai perspektif yang baik. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama.








7. Berfikir Secara Fleksibel.

Jika plan A tak menjadi, ada plan B. Jika Plan B pun tak menjadi, ada Plan C! 






8. Suka Berfikir Secara Rasional

Mereka tak berfikir secara melulu dan tidak menyalahkan orang lain. Mereka suka berfikir dan mencari punca yang sebenar. 







9. Suka Belajar Dari Kesilapan

Orang yang bersyukur suka belajar dari kesilapan. Mereka juga tidak takut membuat kesilapan kerana kesilapan akan memberi peluang untuk menjadi lebih baik!




10. Tidak meletakkan batasan dalam mengejar impian

Mereka tidak takut meletakkan impian di tempat tinggi. Pada mereka, tiada yang mustahil dan impian itu boleh menjadi kenyataan! :)





Jom jadi orang yang bersyukur






21 comments:

  1. Setuju sangat dengan sepuluh2 yang ditulis tu... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. sejuk hati baca entry ni sebab ada beberapa tu rasa mcam... ada dlm diri. heheheh.. *blushing*

    ReplyDelete
  3. bulan posa ne x elok berdendam..nati kurus pahala posa tu :)

    ReplyDelete
  4. Gr8 entry.
    Suka yg image 'Plan A' tu. That's why I always have 'Plan Z' kot - Plan Zamri. hehe...

    ReplyDelete
  5. @mia kaftiya

    Alhamdulillah.. itulah yg diharapkan :)

    ReplyDelete
  6. bg yg jenis suka tak puas hati dgn ap yg ada tou mnx tlg bce entry neh. Bg tahu ckt apa itu bersyukur. Good sharing awak !

    ReplyDelete
  7. @-meeSUPERGIRL-

    thanks awak! :D MEh la tlg share2.. ihihi

    ReplyDelete
  8. Hehe. Ya! jom jd org yg bersyukur ! ^^

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)