Friday, June 22, 2012

8 Tabiat Untuk Menjadi Orang Yang Berjaya!

  11 comments    
categories: 



Aku nak berjaya. Nak berjaya menjadi anak yang baik, kawan yang baik dan pekerja yang baik. Konteks baik itu, adalah konteks aku dan mungkin tidak sama dengan orang lain. Aku nak berjaya kurus, tapi tak jadi lagi. Hak hak hak.

Kenapa gagal? Sebab aku tak konsisten. Maybe sebab aku tak mengamalkan 8 tabiat ni. Jom cekidaut!!


1. Kenali Nilai Berharga Dalam Diri Anda

Untuk berjaya, korang kena taw apa nilai-nilai yang berharga dalam diri korang, so korang akan rasa yang korang ni kira bagus ape..! Hehehe ( tapi jangan riak plak). Mungkin susah mula-mula nak pikiaq apa nilai tu tapi ini penting hokay!! Buat brainstorming sket dalam bilik, pikir2 pastu tulis dalam diari pink korang cewaahhh.. Contohnye macam : Baik hati, senang bergaul dengan semua lapisan umur, ceria. So setiap hari korang bangun pagi, korang akan rasa happy untuk hidup dan bersemangat untuk berjaya :) Dan yang penting skali... korang akan mengamalkan nilai-nilai berharga tu dalam kehidupan seharian






2. Tentukan Matlamat

Nak berjaya kena la ada matlamat. Matlamat contohnya nak teror main bola. Fokus tu kena ada. Kalau boleh, dalam satu masa tetapkan 1 matlamat jer, so senang nak fokus kan? 








3. Tetapkan tempoh dan deadline

Bila dah set kan matlamat tu, kenalah set masa sekali. Bila agaknya matlamat tu akan tercapai? So tempoh tu kenalah realistik. Contohnya dalam masa seminggu ko target ko dah pandai main gitar. Agak-agaklah, takkan seminggu dah pandai kot. Kalau dah asek keje + tido + makan, bila masanye nak practice tu kan? :)






4. Fikiran yang Positif

Jangan pedulikan orang lain, apa mereka kata. Mungkin pada mereka, anda mungkin tidak akan berjaya. Tapi yang nak berjaya tu anda, bukan mereka, so biaqpi lah. Jangan fikirkan kegagalan taw!






5. Buat Jadual Mingguan 

Untuk mencapai matlamat tu, bukannya kena duduk senang lenang tup tup terus berjaya kan? Rancang apa usaha yang nak dibuat untuk berjaya tu dan kemudian ikut jadual tu. InsyaAllah semuanya berjalan lancar :)




6. Hadapi Risiko!

Jangan asyik berada di zon selesa jer. Banyakkan belajar benda baru dan cari idea baru. Jangan takut! 




7. Bertabahlah..

Kegagalan tidak dapat dielakkan apabila anda mengambil risiko, yang adalah apa yang anda akan lakukan jika anda mahu berjaya. So kalau tak berjaya tu, jangan give up ea..Daripada kegagalan lah kita akan mendapat kejayaan :)







8. Belajar!

Jangan berhenti belajar. Belajar dari orang lain, macammana diorang boleh berjaya dan apa caranya. Baca buku pon boleh. Cari apa-apa sumber untuk belajar ye dan cari inspirasi untuk terus belajar



Ok selamat berhujung minggu

:)

11 comments:

  1. susahnyee nak jadi org berjaya huhu

    ReplyDelete
  2. wow. nice entry. menaikkan semangat! :)

    ReplyDelete
  3. Things to do dgn set ur deadline..cukup penting..haha deadline ke dateline eh?ahaha

    ReplyDelete
  4. no 8 tu saya tengah buat.haha

    http://blogtakfemes.blogspot.com/2012/06/brace-myself-final-exams-are-coming.html

    ReplyDelete
  5. @mia izzati

    susah tp terpaksa bersusah- susah dulu bersenang- senang kemudian.... hehe

    ReplyDelete
  6. moga tips ni dapat di manfaatkan dan semoga menjadi orang yang berjaya..aminn

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)