Thursday, February 16, 2012

Solat Jamak & Qasar : Niat & Cara

  13 comments    
categories: , , ,





Maksud Solat Jamak:

Mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu

  • Solat Zuhur & Asar
  • Solat Maghrib & Isyak

Jamak terbahagi kepada dua:

  • Jamak Taqdim:   Melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib
  • Jamak Takhir:  melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak

Maksud Solat Qasar:

Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zuhur, Asar & Isyak.


Syarat Solat Jamak & Qasar:

Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.



Cara Solat Jamak Dan Qasar

  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.

  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.

  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.

  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.

  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.

  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.

  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.


Niat Solat Jamak & Qasar



Asar-Zuhur


أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”





أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.





Isyak-Maghrib


أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”




أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.



Hikmah Solat Jamak & Qasar


Sebagai Musafir, kita sering mengalami masalah di mana untuk berhenti solat, tiada tempat yang sesuai untuk solat dan tiada masa untuk bersolat, oleh itu Allah memberikan kelonggaran ( rukhsah) kepada hambanya untuk memendekkan dan menghimpunkan solat. fardu. 









Kawan - kawan, ingat walaupun macam manapun susah, walau kita sakit teruk sekali pun, solat tetap wajib dilakukan walau dengan hanya menggerakkan kelopak mata.

Sedar tak, solat tidak susah dilakukan, dalam kehidupan sehari, brape lama saja kita diwajibkan menghadap Allah. Oleh itu, jangan ambil enteng ye kawan-kawan :)

Peace & Salam


13 comments:

  1. 1stly, nk ucap thx sbb berkunjung ke santai leeza.

    ReplyDelete
  2. 2nd, saya suka gmbr cartoon solat tu.
    sama2 berkongsi entri n kembangkan ilmu yg kita ada.

    ReplyDelete
  3. Alieza Dayasari:

    Thank kiu.. jom kite share ilmu n ecxperiences yg kite ade.. :)

    ReplyDelete
  4. Ttq for sharing this lovely article

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum....
    nak tanya.... selepas menunaikan 2 rakaat solat zohor dan memberi salam... perlukah berniat lagi untuk solat asar....ayaupun angkat takbir untuk solat asar dan solat 2 rakaat untuk asar( jamak takdim dan qasar)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ENTRY YANG MENARIK DAN BERMANFAAT .. MEKASIH ^_^ .. MLAM NI DAPAT TAMBAHKAN LAGI ILMU ..

    ReplyDelete
  8. @Anonymous

    saya rasa perlu sebab pertama kita niat solat zuhur,solat kedua niat solat asar.rukun solat salah satu adalah niat

    ReplyDelete
  9. niat tu sengaja atau sahaja?bersama-sama kita berkongsi ilmu manfaat

    ReplyDelete
  10. Tq...assalamualaikum..mohon share ye..moga sama2. Kita dpt manfaat dan redha Allah Ta'ala..amin..

    ReplyDelete
  11. Masa kami berjalan jauh dan balik kg biasa ajar anak2 untuk buat solat jamak dan qasar, kena anak yang ke 2 tu, memanjang nak jamak dan qasar. Hehe

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)