Friday, April 1, 2011

Poster Iklan Yang Memukau Mata

Warghhhh.. pening palo den buat monthly report nih. Barulah aku sedar yang selama ni aku buat kerja tak strategik, tak kemas dan tak teliti! Lepas ni kena ada improvement okay... " Focus on productivity okay... I'm watching!", kata Boss saya... huk huk huk ( _ _")
 

Selesai membuat report, aku pun mula la google sana, google sini, carik ilham ape ntah.. Tiba-tiba, terjumpa plak satu website yang best untuk diterjah.. www.coloribus.com. Website yang memaparkan arkib-arkib segala macam iklan dari seluruh pelusuk dunia, dari ads print ke media print. Ada poster, ada iklan untuk kat tv.. memacam lagik lah.. Best lah weh. Kreatif sungguh depa nih. Ternganga aku depan laptop ni ha. Kagum dengan orang2 di sebalik media kreatif nih. Kalaulah aku kreatif..  Mesti dah buat iklan best2 untuk brand2 glamour kan. Duit pun masyukk.. hmmm


Okay times up! Habis masa berangan! Jom tengok poster-poster iklan yang menarik lagi kreatif nih! Poster2 yang dipilih telah ditapis mengikut kesesuaian dan tatasusila rakyat Malaysia . ehehehe






Ngahahaha! Korang paham tak? Stop Lying To Yourself. Kalau dah gemuk, dan jantan tu kan.. hentikanlah memakai pregnancy test tu.. Sampai bebila pon baby tak kan keluar.. Lemak masih juga menetap di situ dengan enaknya selagi................ korang tidak mendaftar di X-Fit Body Trainer! Terimalah kenyataan dan start exercise people..! Hehe. Iklan yang bernas ini adalah dari agensi iklan Canada. Wuhuu.. i like..!!







Adakah gadis cun itu benar2 berdebu? Adakah anjing itu bermuka masam kerana ada habuk tebal di atas kepalanya? Tidak sama sekali, kerana anjing jenis bulldog memang berwajah begitu. Ini adalah kerana dinding kaca di rumahnya tidak dilap! Banyak habuk hinggap hingga merosakkan pemandangan orang yang melihatnya. Oleh itu, gunakanlah Codeco untuk menghilangkan debu dengan zassss sekelip mata! Tada.. bersih kan??? Ceh macamlah aku pernah pakai








Ohh My Goddd! OMG sudehh.. Tak sanggup rasanya tengok harimau yang comel diperlakukan sebagai puppet seperti di poster di atas. Sarkis atau circus yang menggunakan harimau sebagai medium persembahan mesti dihentikan! Ingat harimau suke ke hahh lalu2, lompat2 kat lingkaran api tu? Bahaya tau tak????!!  Lepas tu, siap ada yang pukul2 pakai cemeti tu. Hooo sakitlah! Support Animal. Free Circuses! Okay dah taknak emo







Ni plak iklan Canon. Errr,, sebenarnya terus terang aku pon agak blur + konfius apakah maksud simbolik di sebalik iklan Canon ini. Apekah maksudnya camera Canon ini kalis air? Atau boleh zoom ikan paus dari jauh? Kalau aku, baik aku upah phptographer, guna camera Nikon ni, amek gambar ikan paus. Haaa... kan senang? Bukti yang jelas dan nyata. Tiada unsur penipuan mahupun riba'. Hehehehehehehe







Opss maaf iklan ni agak.. over sedikit. Tetapi saya percaya pembaca-pembaca blog ini sudah matang dan boleh membezakan yang baik dan yang buruk.. jadi takde masalah ye. Kah kah kah. Ape yang nak dihighlight kat sini ialah, macam2 style kan iklan product ni. Siap bagi idea lokasi dan tempat strategic untuk penggunaan productnya. Adeihh.. macam macam







Haa kau sebok sangat nak tengok anatomi si pembunuh sampai tak sedar ada 2 A ye di situ... Kesilapan grammar yang agak berat tu, Hehe. Iklan ni khas untuk pemandu-pemandu.. Don't drink and drive ya? Bayangkan semasa kau waras dan sedang membaca blog dengan tenang pun kau tak perasan ada 2 A, inikan plak masa ko dah mabuk ....dah tak nampak ape dah wehhhh.. ceh macam ade pengalaman je kan. Oleh itu, pliss.. Ingatlah orang yang tersayang. Pesanan ikhlas dari Toyota






Yucksss. Bayangkan ada ikan terlekat di celahan gigi anda.. Anda plak tak rajin gosok gigi, atau berus gigi anda tak power. Lama-lama... gigi anda sakit, anda pun gi cabut.. Sekali Doktor gigi tunjuk, ade fosil ikan rupenye dalam gigi anda. Inilah akibatnya. Anda pun menyesal sebab dah hilang satu gigi. Nak senyum pun takottt.. Oleh itu, mari pakai dan gunakan Pepsodent. Pasti gigi anda bersinar berkemilauan bak mutiara. Hihi



Okay tu je . Nanti kite tengok yang lain ea. Bye! Nak tito!


5 comments:

  1. canon tuh sebab die boleh zoom dalam badan paus.. tuh yg gempak tuh..hahaha =P

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha

    zoom ikan terkecil di dunia ea

    ReplyDelete
  3. Suka gambr yang nombor 2 tu.. awesome..

    ReplyDelete
  4. Tinggi sgt imaginasi org barat ni kan.. apa yg kita x terfikir diorg dah buat. Wow!

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)