Tuesday, March 19, 2019

Doa Itu Senjata Paling Kuat





Hai

Assalamualaikum & Selamat Pagi :)

Pernah tak rasa dah putus asa, dah usaha macam-macam, tapi semua tak berhasil? Kau dah penat, and kau rasa macam nak stop semua usaha. Resepi kejayaan itu adalah usaha, doa dan tawakkal. 3 elemen ni mesti ada kalau nak sesuatu, tapi nasib kadang-kadang tak menyebelahi kita, tapi tak semestinya kita kena give up. Pada aku, it's okay to stop sekejap, tapi jangan sesekali kita berhenti berdoa.


Berdoa ni tak susah mana pun.. Berdoa dalam hati pun dah jadi doa kan? So apa-apa pun dalam hati tu mintak sume benda yang baik-baik dari Tuhan. Kata-kata pun satu doa, so instead ko membazirkan tenaga memaki-maki atau marah (ok susah ni sebenarnya), lagi baik kita berdoa. Mana tau masa tu masa doa kita termakbul? Cuba je jangan putus asa okay :)



And kalau ade orang tanya ko "Bila nak dapat anak?", "Bila nak dapat kerja?", "Bila nak kahwin?", ko jangan terus marah okay.. Jangan terus melenting. Ye memang sedih, sebab kadang-kadang apa yang kita nak di luar kuasa kita, tapi bukan senang nak fahamkan manusia.. Yes, memang annoying, tapi itu lumrah manusia, nak tengok perkembangan, nak tengok sesuatu tu berubah, atau curious..atau pun saja busy body. Hahaha.



Jangan marah, jangan terus nak defend diri. Jangan terus bermasam muka, sebaliknya berlapang dada jelah. Yelah tak kan kita nak cerita kat dia semua usaha kita untuk mencapai ke arah itu ye tak? Unless kau memang rajin nak cerita kat si penanya lah. Instead kita berkecil hati, kita suruh je dia doakan kita. InshaAllah ramai-ramai doa, nanti termakbullah jua, dan mungkin lebih dari apa yang kita minta. Cuba okay? Aminn..


Bye!


Note: Baru aku perasan kat gambar atas tu ada salah eja, tapi paham-paham jela ye? :D




21 comments:

  1. Dlu soalan-soalan tu mmg buat hati ini panas tapi Alhamdulillah lama-lama soalan tu tiada kesan langsung, sbb yakin dan percaya pada Doa dan Allah...:)

    ReplyDelete
  2. Terasa sikit sebab selalu kalau orang tanya bila nak dapat kerja or bila nak kahwin, saya selalu roll eyes je. Sebab malas dan menyampah nak jawab. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal..
    Thank you for sharing these tips Raz..
    Mintalah dariNya melalui doa itu jalan yang terbaik..

    ReplyDelete
  4. Banyak kali jugak sebenarnya terasa macam ni. Tapi tak pernah nak terasa hati, rather cuma cakap dekat penanya tu supaya doakan je. Thank you for this post. I needed this. May you have a nice day 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya terasa hati selalunya.. tapi lepas tu pujuk diri sendiri.. haha.. U have a nice day too :)

      Delete
  5. rasa down tu sentiasa ada sedih tapi tak boleh lama nanti makan hati hehe apa yang terbaik semua dari allah..done follow you boleh follow saya balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sedih sedih pun kena move on jugak kan.. thanks I follow you too :)

      Delete
  6. betul2 doa je selalu. kadang2 kita belum sedia untuk menerima apa yg kita nak tu. Tu yg tak dapat2 lagi. Just teruskan doa dan improve yourself je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. doa and improve ourselves.. betul sangat tu

      Delete
  7. nice sharing, betul tu kekadang bila down dengan diri sendiri dan kehidupan memang doa banyak2 mintak kat ALLAH :) tak hari nie, esok inshaALLAH akan dimakbulkan atau diberi dengan sesuatu yang lebih baik, so kena percaya dengan diri sendiri dan kekuasaanNya :)

    ReplyDelete
  8. sangatlah betul. i have no words to say but to just express how real this really is.
    hi ray singgah sini n follow #393

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)