Friday, March 10, 2017

Filem Collateral Beauty

  2 comments    
categories: ,




Assalamualaikum semua!

Hehe lama betol tak menaip kat blog ni.. Sudahlah. Benda lalu jangan dikenang. Ahaha. Okay harini nak review satu filem yang aku download .. hihi busy sekarang susah nak menonton di pawagam.. Tajuknya Collateral Beauty.. Aku pun tak taw ape makna Collateral tu sebenarnya.. Tapi bila dah google maksudnya ialah cagaran.. So kalau diterjemahkan secara menyeluruh, tajuk filem ni dalam Bahasa Melayu ialah Cagaran Kecantikan.. Hmm.. still confusing pada aku. Haha

Anywayy.. sebab utama aku download filem ni ialah melihat kepada pelakon-pelakonnya.. Pelakon suma gempak-gempak wei.. Ada Will Smith, Keira Knightly, Kate Winslet.. Fuh pelakon Gred A tu. So tanpa membuang masa aku pun mendownload la..

Aku assume genre filem ni romantic comedy la.. Aku memang suka sangat filem jenis-jenis gitu.. Kadang-kadang boleh tengok berkali-kali tanpa rasa jemu.. Hehe. Rupa-rupanya filem sedih da.. Haha.. Filem ni mengisahkan pasal si Will Smith ni down gila lepas anak dia meninggal dunia sebab kanser otak. Will Smith ni ada company, tapi lepas peristiwa sedih tu.. dia mengabaikan company dia dan kawan-kawan dia sampai banyak shareholder dari company lain nak tarik diri

Kawan - kawan si Will ni pun buat memacam lah untuk bagi si Will ni bersemangat balik and fokus kepada company diorang. Tapi macam tak berhasil, sampailah diorang hire private investigator and pelakon teater untuk berinteraksi dengan Will ni. 

And the rest.. kena tengok sendiri lah.. Hehehe. Yang penting filem ni tak cliche sebab aku pun tak sangka tu penamatnya.. Overall filem ni takdelah best sangat, and takdelah mengecewakan. Kira okay lah. Agak boring sebab filem ni banyak bercakap je. Tapi dialog-dialog dia best and deep jugak. Haha, Aku bagi 5.5/10. 

Okay tu je.. bye!