Wednesday, October 12, 2016

Mengutuk Dalam Talian?

  1 comment    
categories: ,






Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni besar sangat cabarannya.. Dulu kalau nak mengumpat, mengutuk orang, kena jumpa dulu orang lain. Kat kedai kopi ke, kat tangga rumah jiran ke.. Sekarang tak perlu semua tu, kau kat rumah sorang2 tapi ada handphone, tablet, then ada internet.. makanya bolehlah ko nak kutuk, ngumpat atas katil sebelum tidur pon boleh.. Adeh.. Semua di hujung jari katanya.. 

Dulu mengumpat, dengar boleh... percaya susah sket sebab kadang-kadang tak ada saksi.. Maybe si pencerita je nampak, si pendengar boleh assume oh mungkin benda ni tak betol, .. Sekarang lagi senang, screenshot/voice note/video boleh jadi bukti.. Lagi rancak dan meriah la umpatan itu sebab ada konkrit evidence katanya.. tapi kadang2 screenshot/video/voice note itu mungkin separuh, mungkin juga dah diedit oleh pakar2 adobe photoshop.. Hehe

Dulu khabar angin lambat sket bergerak.. Sebab mediumnya orang.. Orang mungkin terlupa, mungkin tak sempat jumpa orang lain.. Mungkin masa nak start mengumpat je, terus kena ceramah, so terbantut nak berkata-kata. Tapi sekarang senang, baca sekali lalu je, pastu jejari gopoh terus forwardkan je ke semua group dalam WhatsApp/Telegram then share kat Facebook,Twitter.. Haa tak sampai seminit dari seorang dah jadi 1000 orang yang tahu pasal perkhabaran itu.. Masak maggie pun lagi lama.. Hahahaha

Hmmm apa lagi ek?

Pendek kata teknologi ni memang menyenangkan kerja baik dan kerja jahat. So pilih secara bijak, nak buat baik ke nak buat jahat? Think before you click la kata omputeh.. Ok lah saja nak warm up ni lama tak menulis kat blog. Rinduuu


Bye!






1 comment:

  1. setuju. so dalam penulisan dlm blog pun kena hati hati kan

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)