Wednesday, October 21, 2015

Saya Tak Kuat





 Assalamualaikum

Aktiviti berBlog dan blogwalking terpaksa ditunda sementara waktu kerana jadual kerja dan hidup tidak menentu... *Sigh* I need to sort out my life but I don't know where to begin

Sekarang ni tidur pun tak menentu

Kadang-kadang bangun awal sebab nak siapkan keje (macam sekarang)

Kadang-kadang terlebih tido sebab kengkonon nak bangun awal nak siapkan kerja, tapi sudahnyaa tido sampai pukul 6.45 pagi..! Hangat-hangat tahi ayam ataupun senang cakap determination tak kuat (Who's with me?)

Doakan semoga semuanya berjalan lancarr.. cuak

All is well (kataku dalam hati)

Bye!

Saturday, October 17, 2015

Wednesday, October 14, 2015

Tulisan Cantik?




Assalamualaikum..

Selamat Pagi.. Salam Maal Hijrah 1437

Semalam adik junior satu asrama masa sekolah menengah dulu tagged aku kat Facebook ni, dia cakap tulisan aku macam gambar kat atas ni (Rujuk gambar di atas)

Amboii cantiknya.. memang ala-ala typewriter punya tulisan tu.. Cantik & tegak je..

Aku pun like la artikel tu.. hahahah.. Like tanda setuju ke? :P





Dia tak taw sebenarnya tulisan aku dah jadi cam gini.. Hahahahaha

Maklumlah, sekarang busy.. tak banyak masa lah nak tulis kemas-kemas gitu.. hahhah haktuih

Ok la bye!


Saturday, October 10, 2015

Cheat Day Katenyer...






Situasi 1

Milah: "Sally, aku ada masak nasi goreng ni, jom lah makan sekali :)"

Sally: "Sorry Milah, aku tengah diet ni, nanti time cheat day boleh lah aku makan yer"

Milah: "Owhh.. okay Sally"


Situasi 2

Milah: "Sally, ko kata ko tengah diet, napa ko makan burger McD 2 ketul ni? Pagi tadi aku ajak makan nasi goreng ko tak nak?"

Sally: "Alah.. tetiba malam aku craving plak.. takpalah hari ni lah jadi cheat day aku"

Milah: "Owh.. begitu pula.."


Situasi 3

Milah: "Sally.. Jom kita pergi Pizza Hut, teringin pulak nak makan pizza pepperoni"

Sally: "Alamak.. sorry Milah.. hari ni hari diet aku.. lain kali ek?"

Milah: "Okay.. baiklah"


Situasi 4

Sally: "Milah, mana kek Secret Recepi ko beli kelmarin tu?"

Milah: "La.. aku dah habiskanlah, hari tu aku tanya kau banyak kali, kau cakap tak nak, tengah diet"

Sally: "Alaa... aku baru nak makan, hari ni cheat day aku"









Sabarlah yek.. Orang diet memang gitu

Hehe

Ok bye


Monday, October 5, 2015

Bersihkan Facebook Anda








Assalamualaikum

Brapa kerap anda membuka Facebook? Sehari sekali? Seminggu sekali? Sejam sekali?

Apa kegunaan Facebook anda? Untuk berhubung dengan sanak saudara? Untuk membaca hot story? Minyak naik? Untuk tengok gambar kucing-kucing comel? Untuk mencari jodoh?

Berapa ramai kawan Facebook anda? Seratus? Seribu? Lebih dari 5000 sampai kena buat Facebook Fan Page? Woww glamournya anda

Berapa kerap anda upload gambar di Facebook? Sekeping sebulan? Semua gambar dalam phone?

Berapa kerap anda update status? Apa bentuk status anda? Mengamuk? Bersyukur? Memerli?

Eh banyak plak soalan aku kan.. Hahaha.. baik suruh jawab questionnaire je. Hahaha







Aku bukan apa.. Saja la nak tanya korang. Korang tak boring ke dengan Facebook ni? Dulu masa Facebook ni tak ramai orang, memang asek2 aku ni mengupload gambar aje.. Gambar depan cermin toilet pun aku upload. Ish3.. 

So kita sebagai perempuan ni, kena la beringat sket dan jaga aurat. Eh tetiba masuk mode Ustazah Internet. Hehe. Yela.. gambar kadang-kadang tu maybe menutup aurat, tapi posing kadang-kadang macam tak sesuai. Yelah, sekarang tak perlu terror edit pakai Photoshop, pakai phone app pun orang boleh edit gambar kita. Tak pasal-pasal jadi fitnah dan viral. Ngerii and scaryy





So sebagai langkah permulaan, apa kata kita unfriend orang-orang yang tak berkenaan dalam Facebook? Yelah kadang-kadang tu kita main approve je sapa2 yang request. Memula dulu bajet hot la ramai yang request friend kat kite, sekarang ni macam "Eww..apasal aku fikir cenggitu?". So.. time boring-boring, bersihkanlah account FB tu, dalam 1000 orang kawan tu, takkan sumenye kita kenal kan?

Mungkin ada yang saja add sebab nak main game ke, nak jual ubat ke.. True story, aku ada kenal sorang budak yang buat banyaaakk account sebab nak main game. Ish tak paham btol.. And untuk orang yang kita tak berapa nak kenal tu (mungkin pernah terserempak 2,3 kali kat korridor universiti), tak perlu kot jadi friend, itu pendapat aku lah, sebab, untuk apa kan? Kalau ko nak jemput RSVP kahwin pun, mungkin ko akan skip je dia. Haha. Pendapat memasing lain kan..Well, mungkin aku yang tak berapa friendly KAH3

So lepas unfriend tu, baru rasa selamat sket kan? Timeline pon takdelah bersepah. Hehe. 




Ok bye!


Thursday, October 1, 2015