Sunday, September 27, 2015

Edisi Berangan: Perpustakaan di Rumah




Aku ada masalah ni.. Aku beli banyak buku tapi aku tak taw nak letak kat mana

Hahah.. Bilik aku kecik, sayang buku-buku tapi tulah.. nak simpan pun makan space

Aku pun google-google design rak buku yang sesuai untuk bilik kecik tapi.. macam tak de jer

Nantila tengok kat katalog Ikea pulak





Kan best kalau ada rumah besar, bolehlah buat macam ni.. Hehe.. petang-petang boring tak tahu nak buat apa, jerebu plak tu, bolehla baring-baring baca buku.. Bliss... :)





Kalau buat macam ni pon okay kot.. jimat space kan.. Buat kat ruang tamu pon boleh, dengan syarat tinggi lah sket siling.. Tak tinggi pon takpe rasanya.. kalau dapat buat 2 baris rak pun dah cukup sebab buat keliling kan.. Aku macam pernah tengok rumah orang buat gini, tapi tak ingat.. ke tengok dalam tv? Hmmm..





Hahh.. amek ko banyaknya buku.. Syok tengok lah.. Tapi nak membersihkan habuk-habuk kat buku-buku yang kat atas2 tu jenuh gak tu.. Hahahahah! 




Oklah selamat berhujung minggu.. Jerebu teruk ni.. Kalau keluar pakailah topeng jerebu.

Stay healthy ye semua! 

Bye!


Monday, September 21, 2015

Movie Best Giler: Monkey Kingdom



Assalamualaikum

Teruja sangat aku nak share dengan korang movie ni. Habis tengok je terus menaip. Hah! Semangat nak menaip blog datang tiba-tiba.. Hahahaha! Ok lah aku macam biasa tengah cari cari movie nak download, pastu ternampak poster movie gambar monyet. Aku pon excited la menekan butang download, bajet2 ala-ala macam citer Planet Of the Apes la kononnya! Haha

Sekali bila dah tengok seminit dua.. Rupanya cerita ni berbentuk dokumentari. Owhhhh barulah kutahu. Tapi tapi tapi.. walaupon berbentuk dokumentari, dia ada cerita taw. Jalan cerita dia memang best dan sure tak boring punya! 

Okay meh tengok sinopsis dulu:

Maya, seekor beruk jenis touqe berada dalam kasta rendah dalam kelompoknya. Dia hidup dengan memakan sisa-sisa makanan yang jatuh dari pokok fig. Golongan kasta tinggi saja yang boleh makan buah di puncak pokok. Apabila Maya mendapat anak, Kip, barulah dia sedar yang dia perlu menaikkan taraf hidupnya. Sehinggalah Kumar datang semula, sesuatu berlaku apabila kumpulan beruk yang lain menyerang kelompok mereka dan akhirnya Maya pun bertindak.




Inilah Maya dengan anak jantannya, Kip. Huhu..sedih tau.. Maya ni jadi single mother kejap, bila si Kumar (suami Maya) yang datang entah dari mana, pastu carik gaduh dengan Alpha Male kat situ, so Kumar tu kena halau.. Tapi tak lama lepas tu Kumar datang balik.. walawehh cinta sejati beb..   > <



Apa yang best sangat movie ni??


  • Walaupun cerita ni berbentuk dokumentari, dimana takdelah ade scene beruk berupaya bercakap bahasa Inggeris, tapi narrator dia Tina Fey! Tina Fey wehh.. gempak tak gempak.. Hoho
  • Filem ini dibuat di Sri Lanka, dekat istana ke kuil dalam hutan, cantik Subhanallah. Langit, pokok, sungai, air terjun.. semua nampak macam tak tercemar dan asli saja. Pastu selain monyet, ada banyak jugak featuring binatang lain. Hehe syoknya
  • Jalan cerita dokumentari ni sangat best, dari mendatar, sampai ke klimaks dan sampai lah ke happy ending. Yeay happy ending!! (sejak akhir-akhir ni banyak cite aku tengok tergantung atau sad ending
  • Banyak sangat nilai-nilai positif dalam dokumentari ni, macam kasih sayang ibu anak, leadership, semangat tak berputus asa dan memacam lagi 
  • Aku pon baru taw yang dalam group beruk pun ada kasta, sapa kasta tinggi boleh makan buah atas pokok, tidur kat tempat ada bumbung. Sapa kasta bawah macam Maya, tunggu jelah kalau ada buah jatuh. Eh ke dalam cite ni je dia buat senario macam tu?? Hmmm


Oklah rasa macam dah taip panjang dah ni, pendek kata aku bagi 9/10 markah!

Haha penonton yang berpuas hati sangat ni

 Alahai kiutnyer..





Ok bye!

Saturday, September 19, 2015

Agak-Agak Boleh Kalahkan Video Mat Luthfi Tak?






Puiii berangan!

Ada hati nak kalahkan video Mat Luthfi, video ko ni hujung kuku kaki video Mat Luthfi je.. Anyway, video Mat Luthfi pasal Racism tu memang terbaik!

Keh3

Kalau tak disebabkan assignment tak da maknayaaa aku nak buat video, publish video kat YouTube ni

Hihihi

Ok bye!


Thursday, September 17, 2015

Lirik Lagu: Lagu Cinta - Asmara





Lagu Cinta

Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta




Komen sket:

  • Lagu sedih ni.. sapa baru lepas break-up dinasihatkan untuk tidak mendengar lagu ini.. hihihihi
  • Suara vokalis dia sangat sedaplah.. cayaq cheq
  • Senang citer.. memang sedap.. try la dengar..hehe..  

Nak download lagu ni? --->   LINK


Bye!


Wednesday, September 16, 2015

Jalan-Jalan: KLCC Lake Symphony's Dancing Fountain





Assalamualaikum..

Sempena musim jatuh sana-sini ni mari kita sama-sama jimatkan duit dengan cuti-cuti di tempat berdekatan. Well.. pergi jauh pun buat apa.. Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.. Sesuai tak peribahasa ni digunakan dalam situasi macam ni? 

Sebenarnya kat Malaysia ni pun banyak sangat tempat menarik, cantik dan best-best.. Kita ada banyak pulau cantik, gunung-gunung, kota-kota bersejarah so tak perlu pegi jauh.. abeskan round satu Malaysia ni pun dah seronok dah.. 

Contohnya KLCC water Fountain ni.. Selama ni aku pun tak tahu sangat pasal ni, maybe sebab selalu gi KLCC siang hari, so terlepaslah slot Dancing Fountain ni. Sehinggalah aku ada kerja berdekatan dengan KLCC ni, so malam-malam tak taw nak buat apa, so mai meronda kat KLCC ni.. Hehe. 



Gambar dari angle kami agak jauh ya.. Tapi sebenarnya memang cantik sangat lah!


Lepas jalan dalam KLCC ni sampai kedai dah tutup, kami pun duduklah dekat tepi tasik ni. Memang ramai orang, pelik jugak ape yang diorang tunggu ni.. pi lah balik tido, dah malam dah. Haha! Tak lama lepas tu terdengarlah lagu, Beethoven punya lagu kalau tak silap la, campur lagu korea2 sket (agaknyala..). Dan kemudian ade air pancut berlampu-lampu menari! Syok gak la.. Takpela terlepas Symphony Light kat Hong Kong pun..! Hahaha!

KLCC Lake Symphony's Dancing Fountain ni start pada pukul 12 tgh hari  - 4 petang (ok selama ni memang tak perasan kot) dan 6 petang - 11 malam masa hari minggu dan 10 pagi - 12 malam pada hujung minggu. Lama jugak tu.. Tapi lepas main 1 lagu nak ke lagu seterusnya tu, kena tunggu lama jugak.. Mula-mula ingatkan dah abes, rupanya ada lagi.. gitula.. 




Gambar mungkin agak kabur kerana musim JEREBU sudah tiba..





Ni jumpa music show satu kat You Tube.. best kan.. memang terbuai dengan lenggokan air tu. Hahaha. Pendek kata, Malaysia pun canggih, ada air berjoget-joget ni.. Kalau tension ke, boring ke, dudukla sini, tak kena bayar pun.. free of charge je.. . Jaga kebersihan taw, jangan buang sampah atau puntung merokok merata-rata! Hargailah apa yang kita ada. :)
 
 
Ok bye!
 
 

Tuesday, September 15, 2015

TIL: Buat Gambar Bergerak






Hai semua!

Jakun sket hari ni sebab baru belajar buat GIF

Hehehe.. takdelah belajar sangat sebenarnya,, 

Cuma nampak ada feature AnimatedGif dekat Photoscape so try try la..

Ala takde susahnye just drag pic-pic yang nak dibuat GIF  then save.. Tadaaa!





Aku pernah nampak blogger lain buat.. ramai je tapi takde pulak aku menanya! Berat jari betul. Hehe

Ok pasni tak payah tempek pic banyak2 dah.. 

Buat GIF jer :D

OK bye!


Saturday, September 12, 2015

Jalan-Jalan: Petra, Jordan



Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia


Assalamualaikum semua!

Pekabo? Aku busy plak seminggu dua ni, ntah ape yang aku buat aku pun tak taw.. Hahaha!  Okaylah sambung cerita pasal Jordan.. Hihi entri berkala btol ni.. Bukan apa, nak amek mood menulis ni memerlukan semangat sket.. (hihi alasan). Kali ni nak cite pasal gi Petra plak. Kalau Petra ni memang famouslah kan, sebut Jordan je mesti teringat Petra. Pastu bila cite pasal Petra, mesti teringat filem Transformers pun ada scene kat sini. Tapi aku tak tengok plak Transformers, tak reti bezakan robot (ksian tak).. 

Kami melawat Petra ni waktu malam.. Sebab apa malam? Sebab sejuk sket kot.. Lagi satu kawasan Petra ni besar.. Ikut kata adik aku, ada kena panjat-panjat bukit. So kami ni pergi sekeluarga yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, kenalah pilih yang bersesuaian untuk semua kan? Hehe. Yang bestnya.. Petra ni memang cantik! Tak kira la malam ka siang kaa.. 





Gambar kat atas ni aku amek kat google, ada linknya di situ. Maklumlah, pakai camera handphone je.. Takdelah berkualiti sangat ye tak nak2 malam. Okay sebelum sampai ke main place Petra ni, kita kena jalan sket di antara batu gunung, aku rasa dalam setengah jam jugak berjalan.. so maybe dalam 2,3 kilometer? Aku pon tak sure. Sepanjang jalan tu memang gelap, tak dak la lampu-lampu jalan macam kat Malaysia ni kan.. Yang ada cuma lilin, disarung dengan kertas. Tapi apa pun aku suka konsep ni. Mungkin kementerian perlancongan Jordan nak mengekalkan keaslian tempat ni.. No modernization or any innovation.. Reserve the nature of the place.. Lagipun lilin tu banyak.. Aku siap bukak torchlight kat handphone, tambah sket lighting





Akhirnya sampai kat kawasan utama Petra ni. So kami kena duduk, dia ada sediakan tikar tak silap.. Sebab lambat sket sampai, kena duduk belakang omputeh ni. So inilah kali pertama aku nampak Petra secara live! Heheh. Memang cantik weh.. Terkesima aku melihatnya (ayat gempak tak?)

Ni zaman  bila ntah ni orang Arab situ tebuk gunung buat rumah. Kenapa diorang buat rumah susah-susah nak kena tebuk batu gunung? Sebab nak lindungi diri dari bencana alam macam ribut pasir dan jugak musuh-musuh diorang.Kawasan ni advance, siap ada terowong dan saliran air bersih bagai, teknologi hidrolik taw.. Kira masa tu memang orang Arab ni maju dan cerdiklah.. boleh come out dengan design sebegitu canggih di tengah-tengah padang pasir.  Tapi itulah, kaum diorang ni angkuh dan kufur nikmat, maka kenalah azab.. Nak taw lebih lanjut pasal Petra ni, boleh baca sini. Kagum dan insaf. 



video

Tak lama selepas kami duduk, ada la orang Arab datang cakap-cakap sket.. Sorry aku tak berapa nak faham, maklumlah Bahasa Arab Tinggi dulu dapat C je sob3.. Then lepas tu ada orang main seruling, pastu ada orang menyanyi-nyanyi.. Layan lah. Best jugak. Nak tengok orang Arab main seruling, bolehlah play video di atas. Layan.. zass





Lepas habis persembahan dari orang Arab tu, sesi fotografi bebas pon bermula! Hihihi





Tengok ramai orang sebok juga nak mengambil gambar, kami pon nak juge.. Tapi kamera ku sodehlah.. ini jelah yang dapat.


Apa pun.. memang kagum lah tengok Petra ni. Masa type ni, teringat plak time melawat tu. Macam ada satu perasaan yang aku pun tak boleh nak describe cmana. Haha! Ok lah kalau ada umur dan rezeki, hasrat nak jugak pergi time siang plak. Tengok lah cmana kan? InshaAllah

Ok bye! :)



 

Monday, September 7, 2015

Friday, September 4, 2015

Lirik Lagu Takut Kehilanganmu - Denis Chairis




Takut Kehilanganmu

Akan kujaga kisah cinta kita
Jangan pernah ada hati yang terluka
Sungguh ku takut jika engkau jauh
Kerna aku takut kau berpaling dariku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang
Hilang dari cintaku

Jangan ada dusta
Di antara kita
Karna ku tak sanggup
 Hidup dari cintamu

 Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

 Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang
Hilang dari cintaku

Sampai rambutku memutih
Sampai nafasku terhenti
Cinta ini kan tetap abadi

 Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

  Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang
Hilang dari cintaku

  Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

  Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang
Hilang dari cintakuuu.. uoohhh

Takut kehilanganmu...








Aku tengah gila dengar lagu ni.. hahaha

Sehari berapa kali ulang pon aku tak ingat.. 23x ade kot..

Semenjak dua menjak ni banyak plak lagu saya mayu shallow mellow aku suka.. nape ntah.. ok enjoy ek!


Boleh download lagu ini di SINI


Bye!


Wednesday, September 2, 2015