Monday, August 31, 2015

Malaysia: 58 Tahun

  8 comments    
categories: 



Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-58~~!

My wishes:

  • Semoga ekonomi Malaysia semakin pulih dan kukuh di persada dunia
  • Semoga Malaysia dikurniakan pemimpin-pemimpin yang cekap, bijak, amanah, telus, jujur dan bertanggungjawab
  • Semoga Malaysia aman damai tanpa malapetaka dan bencana dunia dan dirahmati Tuhan
  • Semoga rakyat Malaysia hidup makmur, hidup berkerjasama dan bertoleransi sesama manusia
  • Semoga generasi anak muda Malaysia menjadi generasi yang berkualiti dan sama-sama memajukan negara Malaysia tidak kira dalam bidang akademik ataupun industri

Aminnnn ya rabbal alamin



Saturday, August 29, 2015

Double Standard

  6 comments    
categories: 




Random.

Eh hampa perasan tak laki lagi kuat gossip?

Eh. Carik pasal

Hahaha

K bye


Thursday, August 27, 2015

Tips Penjagaan Beg Tangan Berjenama

  6 comments    
categories: 





Biar btol minah ni share tips penjagaan beg tangan mahal? Dia ada beg mahal ke?


Jawapannya..

Takde T_T




Tips Penjagaan Beg Tangan Berjenama:

  • Tidak elok untuk menyimpan beg dalam tempat yang bersuhu panas atau tertutup kerana kulit beg perlu bernafas
  • Cara yang paling mudah untuk membersihkan beg itu adalah dengan menggunakan kain lembap, kain lembut mikrofiber atau pembersih kulit yang khas
  • Elakkan menggunakan bahan beralkohol untuk membersihkan beg kerana bahan tersebut akan merosakkan kulit beg tersebut
  • Elak meletakkan beg berhampiran barang kosmetik atau pen penanda kerana mudah mendapat kesan dakwatnya
  • Sekiranya seseorang itu ingin membersihkan beg berjenama pereka masing-masing, adalah lebih baik menghantar beg tersebut kepada kedai asal di mana beg tersebut dijual. Ini kerana pihak kedai mempunyai kepakaran dan peralatan profesional untuk membersihkan beg anda dan nilai beg tersebut dapat dikekalkan dan dipulihkan
  • Hindari menyimpan dalam beg plastik, sebab keadaan ini akan menyerap kelembapan yang boleh merosakkan fabrik/bahan handbag anda
  • Bungkus selalu beg kulit anda dalam beg kain. Sebab itu, handbag yang premium didatangkan sekali dengan sehelai beg kain. Itulah kegunaannya
  • Isi beg tangan dengan kertas polos atau tissue untuk menjaga bentuknya agar tidak penyek/rosak
  • Pastikan almari beg tangan anda kering dan tidak lembab, tambahkan silica gel / perfume gantung almari untuk menghindari dari panas dan angin-anginkan beg-beg anda sebulan sekali jika anda jarang menggunakannya
  • Selain itu, anda juga perlu memperhatikan resleting (zip). Kotoran yang terselip pada resleting juga harus dibersihkan agar resleting dapat digerakkan dengan lancar pada setiap saat menutup dan membuka beg


Sumber tips: 






*Bayangkan ini aku lepas baca tips2 itu. LOL Crisis identity*



Maafkan diriku patik pacal yang hina.. Aku tak taw macam tu sekali penjagaan bag tangan berjenama. Okay lah fine lah sebenarnya takdelah susah mana pun .. Don't make it like a big deal lah kata omputeh.. Dah ko beli barang mahal, maintenance dia pon haruslah tinggi juga .. Gitu..


Sebab apa aku terkejut.. sebab selama ni aku ingatkan beg dah mahal, haruslah ia sangat tahan lasak dan tahan beribu-ribu tahun seperti mana harganya yang beribu.. (tak gitu?). Aku ingat lagi masa aku kat Siam, peniaga beg tu siap bakar beg tu nak tunjuk yang beg tu dari kulit yang berkualiti, bukan plastik. Masa tu aku kekonon nak beli beg Gucci gred AAA tapi lepas tu tak jadi, ntah knapa
 
Masa kemas-kemas barang, aku terjumpa beg ZARA (je pon) yang lama aku tak pakai, dah terkopek-kopek kulitnya, sedih.. tulah sapa suruh tak simpan bebetoi.. main sumbat2 dalam beg. Lepas tu jumpa plak beg berharga RM13 yang aku beli kat pasar malam, ehhh elok lagi kauuu.. Takde kesan tercela siket pon. Terus aku pakai semula.. Hahahaha..

Oklah untuk mereka yang pakai beg tangan berjenama.. Hats-off! Adore U! Andalah simbol orang-orang yang teliti 



 Berangan jadi Hermione plak bleh?


Bye!

Sunday, August 23, 2015

Movie: Chloe & Theo




Assalamualaikum

Ok lama dah tak review movie ni.. Tapi sekarang aku nak review movie yang underground je.. Yang mainstream macam Fantastic 4 ke, Iron Man ke, tak perlu kot sebab cite popular kan.. Best ke tak best ke orang still nak pi tengok.. Hehe.. lagipun movie2 macam tu cliche lah. Cliche is boring. Eh puii.. poyo plak rase ayat aku tu.. :p Movie ni aku download jer (save bajet?).. Tak sure keluar kat cinema Malaysia ke tak. 


SINOPSIS:


Theo , seorang Inuit dari Artik , akan berlepas ke New York City untuk memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin dunia tentang kesan bencana pemanasan global di planet ini. Apabila tiba dia bertemu seorang gadis yang kehilangan tempat tinggal yang bernama Chloe, yang mempunyai semangat yang luar biasa untuk hidup, adalah sedikit delusional, dan benar-benar taksub oleh Bruce Lee. Bersama-sama, mereka akan menyelamatkan dunia


KOMEN SAYA:

  •  Aku pun baru perasan heroin cite ni iaitu seorang homeless di New York, si Dakota Johnson ni orang yang sama, heroin dalam citer Fifty Shades of Grey. Aku memang lebih suka dia berlakon dalam cite ni. Macam betul-betol homeless je, tapi cute




  • Mesej yang disampaikan dalam movie ni memang terkenalah kat aku. Antara ayat Theo yang betul-betul terkesan ialah, "Now people like to buy things they don't need, and they called it shopping". Haaa macam gitulah lebih kurang ayatnya.. 
  • Niat Theo yang begitu suci nak sampaikan pesanan dari 'Orang Tua-Tua' dari utara kepada orang selatan tu memang bagus, tapi last-last Theo plak yang kena sampaikan pesanan kat orang-orang dia, yang sebenarnya dia dah terlambat.. Bumi ni dah tenat
  • Ending dia memang sedih.. huhu
  • Cite ni slow siket. Ada sedih, ada kelakar.. Yang penting mesej yang nak disampaikan tu berharga. Aku bagi 6.5/10

 Ok itu je.. Bye!


Wednesday, August 19, 2015

Lirik Lagu Cinta Yang Sempurna - Qanda

  8 comments    
categories: ,





CINTA YANG SEMPURNA

Setiap kata yang terungkap
Umpama alasan tak bernoktah
Mengapa dugaan melanda
Engkau dan aku
Setiap bicara kan layu

Hilang dimana
Selalu dicemar
Ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara
Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan ku tak mahu berpisah

Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu
Cinta yang sempurna

Hilang dimana
Selalu dicemar
Ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara

Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan ku tak mahu berpisah

Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu

Seandainya ku hanyut dalam cinta
Pautkan ku senyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisa ku merasakan cinta
Cinta yang sempurna

Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu

Seandainya ku hanyut dalam cinta
Pautkan ku senyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisa ku merasakan cinta
Cinta yang sempurna
Cnta yang sempurna
Cinta yang sempurna





Komen sket:

  • First time denga nama kumpulan Qanda ni, lagu pertama diorang ni memang best lah!
  • Memula ingat kumpulan Forteen. rupanya bukan.. hehe
  • Macam lagu nasyid sket kan lagu ni.. eh ke tak?
  • Pape pun.. layann fefeeling gak lagu ni kalau dengar time jammed

Ok bye!

Wednesday, August 12, 2015

Tips Masuk U dari Twitter

  24 comments    
categories: ,






Smalam trending kot hashtag #TipsMasukU kat Twitter..

Aku pon usha-usha la jugak.. eventhough I'm wayyy past from masuk2 U nih.. hehe

Ade la tips boleh pakai, ade gak tips yang berunsurkan kenegerian.. ish3.. korang ni.. tips takleh pakai ler tu (kot)

So aku pilih random la ek.. tweet mana yang aku macam berkenan sket.. aku selitla masuk dalam ni..hehe







Ya aku setuju.. ade course yang carry marknya lagi banyak dari final exam, so kalau carry mark ko sket.. janganlah berharap nak dapat keputusan with flying colors kan..





Kalau duduk dorm/rumah sewa nanti, jangan la memalas ek.. kesian rumet/hausmet korang tu.. Give n take la..




Hahaha! Terasa sket.. sketlah.. btol2.. tapi jangan sampai over, sampai lupa nak belajar plak.. Balance lah




Ontahlah nak.. den masuk unibersiti tempatan sajo







Kah3 ini lawakkkk





Setujuuu






Sharing is empowering okay?




Erk.. errr.... ermm...





Hahaha.. tetiba terasa nak tengok 3 Idiots




Kih3 aku setuju gak benda ni.. tapi.. tapi.. kalau dah beli tu bacalah.. tak rugi pon.. ilmu tuu



Ok tu je

Kalau nak baca dengan lebih lanjut, carikla hastag #TipsMasukU kat twidder

Bye!



Tuesday, August 11, 2015

Jalan-Jalan: Gua Ashabul Kahfi, Jordan

  18 comments    
categories: , , ,

Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia


Assalamualaikum..

Tergendala sekejap entri jalan-jalan sebab ianya memerlukan masa yang lama untuk pilih gambar dan mengolah ayat. Eheh. Ok.. straight terus.. Jadi, gua yang kami lawat ini ialah gua yang terkenal dengan kisah pemuda-pemuda yang melarikan diri dari pemerintahan seorang raja yang kejam dan akhirnya dilindungi oleh Allah dengan menidurkan mereka selama 300++ tahun. Mashaallah. Oh ya, mereka juga ditemani oleh seekor anjing. See.. anjing memang peneman yang setia kan? 

Mengikut pembacaan aku dalam internet, ada 3 tempat yang dikatakan gua Ashabul Kahfi ni, tapi yang kat Amman, Jordan ni adalah gua yang paling bertepatan dengan ciri-ciri yang ditulis di dalam Al-Quran. 





Tepi gua ni ada masjid. Sempatlah kami solat Zohor kat sini






Selepas solat Zohor, barulah kami dapat memasuki gua ini bersama-sama pelawat yang lain. Kemudian, kami disuruh duduk dan mendengar penjelasan dan sejarah Ashabul Kahfi ni yang disampaikan oleh orang tempatan yang juga menjadi imam solat Zohor tadi. Beliau juga pandai berbahasa Melayu siket-siket, contoh perkataan ialah 'Masuk', 'Cepat' dan 'Duduk'. Hehe.. Berikut ialah ringkasan kisah pemuda-pemuda beriman ini, aku tulis Bahasa Melayu la ek.. Dia terangkan dalam bahasa Arab, aku pon tak faham sangat.. Haha..

  • Sekumpulan muda yang beriman kepada Allah, bertindak untuk bersembunyi dari seorang raja yang kejam. Raja itu memaksa mereka untuk murtad. Mereka maklum perbuatan mereka akan mencetuskan kemarahan Raja tapi mereka bertawakkal kepada Allah dengan bersembunyi di sebuah gua
  •  Setelah sampai. oleh kerana keletihan, mereka pun tertidur. Anjing (diriwayatkan kepunyaan salah seorang pemuda) itu pula duduk di pintu gua dan menjaga mereka. 
  •  Raja yang murka mengarahkan pembantunya dan rakyatnya untuk mencari pemuda-pemuda tersebut dengan tujuan untuk menghukum mereka. Sapa yang jumpa, dapat upah la kan..? Malangnya takda sapa yang jumpa diorang, even bila diorang jumpa gua tu, mereka tak berani nak masuk sebab gua tu menakutkan. So, diorang tutup gua tu dan bagitaw kat Raja yang pemuda2 itu tak boleh keluar dan akan mati sebab lapar
  •  Dengan kuasa Allah, mereka ditidurkan selama 300++ tahun dan dilindungi dari segala penyakit dan malapetaka. Jasad mereka elok je. Subhanallah.
  • Akhirnya, pemuda2 itu terjaga dari tidur yang panjang. Diorang ingat diorang tertidur sehari dua je. Oleh sebab lapar, diorang bersepakat untuk keluar ke kota untuk membeli makanan, sorang wakil pemuda diarahkan membeli makanan.  Time nak beli makanan, ada orang perasan yang pemuda itu pakai duit lama, duit 3 abad yang lepas. Klasik gila..!
  • Kemudian pemuda itu dihadapkan kepada raja yang baru. Alhamdulillah lepas 300 tahun, raja yang baru ialah raja yang soleh dan beriman kepada Allah. Raja memeluk pemuda itu dan kemudian menangis mendengar kisah dari pemuda itu 
  • Kemudian, raja dan rombongannya pergi melawat pemuda2 yang lain ke gua itu. Raja mempelawa mereka untuk tinggal di istana tetapi mereka enggan. Mereka bersyukur mereka masih hidup dan gembira dengan keadaan negara sekarang berpaksikan Islam. Lalu mereka bersujud dan berdoa bukti kesyukuran mereka. Selesai berdoa, ajal mereka sampai dengan tenang. 
 Okay.. untuk cerita yang lebih detail, boleh jenguk ke link ini





Dekat lubang yang hijau tulah bersemadinya jenazah Ashabul Kahfi





Gambar kenang-kenangan



Doa Ashabul Kahfi sewaktu dalam kesusahan:



Oh ye.. umat Islam juga digalakkan membaca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat..




Boleh juge kalau nak baca tempat lain yang dilawati di Jordan:

Amman Citadel

Laut Mati



Okay itu sahaja

Bye!



Friday, August 7, 2015

Gambar Kartun Lisa Surihani, Yuna, Harith Iskandar yang Cute!

  8 comments    
categories: 

Wednesday, August 5, 2015

7 Tahun Sudah..









Sedar tak sedar dah 7 tahun dah aku berblog..

Fuhh tak sangka ni

Dulu ramai kawan-kawan aku berblog gak tapi lama-lama.. hehehe

Tahun lepas mak oii siketnya entri blog.. 13 je? Bz kerja kot..

Tahun ni aku bahagia sket so banyak sket entri.. Hahaha

Adakah kadar entri blog aku ni mengikut kadar kebahagiaan? LOL

Ok start merepek dah.

Apa-apa pon.. I enjoy writing blog and I'll keep writing.. or typing.. literally.. InshaAllah

Bye!


Tuesday, August 4, 2015

Lirik Lagu Hanya NamaMu - Caliph Buskers

  20 comments    
categories: ,



HANYA NAMAMU

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia

Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti






Nota kaki:

  • Kalau Caliph Buskers yang nyanyi, memang meremang bulu roma... Penuh penghayatan kot
  • Lagu berunsurkan ketuhanan.. sayu rasanya walaupun rock-rock sket..
  • Suka awal-awal lagu ni.. sedap jer ..

 Kalau nak download lagu Hanya NamaMu ni, boleh gi ke sini -> HANYA NAMAMU


OK bye!