Tuesday, July 28, 2015

Jenis-Jenis Tudung: Pro & Cons




TUDUNG AWNING

Pro:
  • Senang nak pakai. Bak kata mak aku, sambil berlari pun boleh pakai tudung
  • Jimat masa, cantik ekspress
  • Bermacam-macam design, nak tujuh layer pun boleh
  • Bermacam-macam colour dan corak yang boleh disesuaikan dengan busana anda  

 Cons:
  • Susah siket nak jaga. Tak boleh masuk washing machine, takut awning dia rosak or lembik
  •  Susah jugak nak lipat. Pada aku la.. kena ada hanger yang special.. ala yang bulat-bulat tu
  • Kalau tak kena gaya, boleh menambahkan umur anda . Senang cakap, nampak tua.. Hoho.. tu yang kita tak maww tu 







SELENDANG/SHAWL

Pro:
  •  Boleh digayakan dengan pelbagai cara, asalkan kreatif
  • Kebanyakan shawl bercorak dan material tak perlu digosok. Sesuai jugak kalau nak pakai masa travel
  •  Bermacam-macam corak dan design yang boleh dipilih
  • Range harga shawl pun banyak yang berpatutan 
  • Banyak size, nak shawl panjang or pendek? You choose
  • Nampak stylo, trendy dan up to date gitu


Cons:
  •  Kena guna peniti! Dan brooch
  • Kalau tak kena gaya, muka nampak macam pinggan. Bulat sangat
  • Kalau tak pandai pakai, nampak macam serabai. Tak kemas. Comot.  Hahaha (ni kes aku je kot) 
  • Kalau tiba-tiba peniti hilang or jatuh, naya naya
  





TUDUNG BAWAL

Pro:
  • Tudung yang tak lapuk dek zaman. Sesuai digunakan di mana-mana era peredaran zaman
  • Senang dipakai. Kelepet-kelepet jerr
  • Material dia selalunya tak panas  
  •  Selalunyaa.. si pemakai nampak lebih muda.. awet muda gitteww
  • Design dia lebih kepada penampilan yang kemas dan formal

  Cons:
  • Biasanya tudung bawal ni materialnya jenis yang kena iron.. leceh sket
  • Designnya terhad.. takdelah tudung bawal yang berlayer-layer sangat
  • Ada jugak yang complain tudung bawal ni jarang
  • Style pemakaian juga terhad
  • Epok-epok wujud! (macam gelembung-gelembung kat muncung tudung, this is no-no)







TUDUNG SYRIA 

Pro:
  • Senang dan mudah dipakai.. Sarung sahaja ya kawan-kawan
  • Tak pakai brooch pun takpe..
  • Macam-macam corak dan material yang boleh dipilih
 Cons:
  •  Kena ada inner.. Kalau takde boleh jugak, tapi macam tak lengkap la plak
  • Macam tak glamour sangat.. Susah nak jumpa design yang kebabom sekarang ni..nape ek? (Luahan hati peminat tudung Syria)







INSTANT SHAWL 

Pro:
  • Untuk orang-orang yang tak reti pakai shawl, tapi nak bergaya macam pakai shawl, this is for you!
  • Mudah dan pantas. Kau cantik bergaya sepantas kilat
  • Tak perlu pin or brooch. Wuhuuu!!
  • Trend terkini. 

Cons: 
  • Agak mahal. Selalunya mahal. Hmm
  • Kadang-kadang potongan dia macam tak berapa kena. Better test dulu before beli
  • Kadang-kadang jarang, ikut material 
  


Orait.. itu sahaja untuk kali ini

Bye! :)
  

Sunday, July 26, 2015

Warna Warni di Aidilfitri 2015




Ini rutin.. jangan pertikaikan sangat LOL



Assalamualaikum

Masih mood beraya lagikah korang? Yelah baru 10 Syawal kan? Ada 20 hari lagi untuk makan ketupat, rendang, sayur lodeh.. Eh tapi jangan lupa posa 6 ek. Hehehe


Ok seperti Syawal Syawal yang lain.. Aku beraya di kampung di Johor.. Hehe. Tahun ni semua famili dapat berkumpul.. Tapi ada la missing 2,3 orang atas sebab tuntutan kerja dan belajar di tempat yang jauh.. Haa tula sapa suruh belajaq jauh-jauh.. kan dah miss ketupat dan lemang yang lazat.. Ahahah ok lame

Selepas sesi air mata dan duit raya, kita berposing-posingla plak.. Mariii





Edisi gambar family paling havoc







Edisi gambar family bajet2 romantik LOL







Edisi gambar family pelbagai warna dan freestyle






Edisi gambar family sehening Aidilfitri (gitteww)






Edisi gambar family minority wanita (eh sorry xdak idea dah)






Edisi gambar family acah2 KL gengster







FINALIS HERO REMAJA 2015







FINALIS DEWI REMAJA 2015




Orait korang.. di kesempatan ini.. aku nak mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Sorry k kalau penulisan aku ada membuatkan korang terasa and mengecikkan hati korang..

Have a blessed Syawal :)



Thursday, July 9, 2015

Sunday, July 5, 2015

Cara Untuk Mengatasi Prokrastinasi



Assalamualaikum!

Eh sejak akhir-akhir ni rajin plak aku mengupdate blog ye? Aku ni ada mood jugak nak update. Bila mood tu datang, rasa macam semangat nak menaip tu meluap-luap, tapi kadang-kadang takde idea pun nak taip ape.. Haha! Hmm maybe tengah cuti sem, ada masa terluang sket so mood tu datang..

Ok straight to the main topic.. Apa itu prokrastinasi? Prokrastinasi ni perkataan yang telah dimelayukan, berasal dari procrastination. Prokrastinasi ialah perbuatan menunda segala kerja yang nak dibuat, yang sepatutnya boleh dilakukan sekarang, tapi sengaja tunda, walaupun kita tahu kesan negatifnya. 

Haa.. korang mesti selalu buat kan? Ahahah okay tak, korang tak kot, tapi aku yes.. selalu. Selalu sangat. Malu wei.. Kadang-kadang ada kerja tu boleh siap dalam masa 1 jam je, tapi aku tangguh.. tangguh.. tangguh.. check fb kejap, check twitter kejap, check instagram kejap, sampailah sekarang.. kerja tu tak siap-siap. Huhu. 

Ada sekali tu, aku nak beli tiket bas, tapi aku tangguh, tangguh.. Sampai last sekali tiket bas habis! Huwaa! Aku nak balik kampunggg.. Tapi tulah, salah sendiri kan? Sapa suruh prokrastinasi, maka hadaplah kesannya.. Ok kat sini ada beberapa cara nak stop prokrastinasi yang aku dapat dari website ni.


1. Bahagikan tugas menjadi tugas-tugas kecil

Ok, contohnya kau berhasrat nak kemas bilik. Korang pun tangguh sebab korang rasa kemas bilik ni memenatkan dan memerlukan masa yang banyak. Maybe apa yang boleh dibuat ialah kecikkan tugas. Contohnya hari ni kemas meja tulis, esok kemas rak buku, then kemas katil. Senang cite, at least ada buat sumthing kan dari tak buat langsung? :)


2. Tukar environment

Korang cadang nak baca 8 bab malam ni, tapi bila tengok katil kat meja sebelah, eh macam memanggil-manggil jer! Hehe. Mungkin korang kena ubah persekitaran, baca buku kat library ke, kat kedai mamak ke, kat mcD ke..


3. Set Deadline

Ini penting! Lepas dah bahagi-bahagikan tugas macam tips No. 1, kenalah set deadline. Kalau boleh setkan deadline diri sendiri lebih awal dari deadline sebenar. So sempatlah kita nak semak atau tambah baik. 




4. Hapuskan punca-punca gangguan
 
Hahh aku rasa ini yang paling susah! Untuk aku, punca utama aku suka menangguhkan kerja ialah handphone! Ok sebenarnya bukan handphone lah, tapi apps-apps dalam dia seperti instagram, twitter & facebook. Tak taw la knapa aku leka sangat tengok pic-pic makanan dalam instagram, sedar-sedar dah 1 jam tengok handphone. Rugi masa kan? Ok, cara senang ialah tutup wifi/data plan, lepas sejam dua buat kerja, baru tengok phone, itupun limitkan 10-15 minit je






5. Beritahu orang di sekeliling tentang misi anda

Okay, tak payah lah bagi taw satu kampung, maybe boleh bagi taw kawan-kawan terdekat or famili. Contohnya, bagitaw kat kawan baik korang, yang korang nak siapkan assignment Ethics, deadlinenya ialah minggu depan. So bila kawan korang nampak korang sedap je melayan drama bersiri Isteri Luar Biasa secara online, so dia boleh sound "Oi! Assignment tak siap, sebok tengok drama!" So korang boleh sentap dan terus bukak buku. Mungkin.



6. Reward diri sendiri

Korang berjaya menyiapkan assignment seminggu lebih awal dari deadline, dan itu tak pernah berlaku seumur hidup. So korang boleh menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri, so lepas ni korang rasa motivated nak buat macam tu lagi. Best kan? :)


LOL




7. Jangan fikir terlalu complicated

Kadang-kadang, kita fikir banyak sangat. Last-last kita tak buat sebab kita rasa macam tak mampu. Apa yang kita boleh buat ialah, cuba dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dari tak buat langsung kan? Tak cuba tak tahu





Ok setakat ini sahaja.

Bye!


This entry was posted in

Friday, July 3, 2015

Aku Meroyan Di Facebook







Cemuihh laa awat semua orang suka share pasal menteri sorang ni?

Taw la dia memang suka buat statement ridiculous

Tapi perlu ke nak share benda ni berulang-ulang kali kat Facebook dan Twitter?

Lepas tu semua orang pun kutuk-kutuk.. cakap dia bodoh la apa laa..

Sebenarnya kutuk-kutuk tu pun bukan amalan mulia

So boleh la rentikan..

 Aku pun muak dah.. sampai satu tahap macam nak baling handphone bila nampak nama dia keluar!

Ok tu je bye 




Selamat Berpuasa!


Thursday, July 2, 2015

Jalan-Jalan: Laut Mati, Jordan


Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan  sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia


Assalamualaikum..

  • Pahabaq? Hari ni dah Ramadhan ke-15.. haih cepat sungguh masa berlalu. Ok.. mari, tanpa melengahkan masa lagi, kita terus pergi ke topik iaitu Laut Mati, Jordan. Hari tu kami sempat melawat dan mandi kat laut yang masin ni . Masin sangat sampai takde hidupan laut pun dalam ni tau. So jangan risau, anda tidak akan terpegang obor-obor.

  • Laut Mati atau dalam Bahasa Arab ialah البحر الميت. Ia juga dikenali sebagai Laut garam, sebuah tasik garam bersempadan dengan Jordan di timur, dan Palestin dan Israel ke barat. Laut Mati ini ialah permukaan Bumi yang paling rendah di atas tanah. Oh ye, satu lagi fakta, kapal pun tak boleh belayar kat sini, sebab kandungan garam tinggi sangat. 

  • Harga masuk ialah 10 JD = RM 50. Bergantung kepada tempat juga, ada yang 4 JD, tapi tak selesa, susah nak tukar baju sebab bilik air cuma satu. Tempat yang aku pergi ni Alhamdulillah, tempat mandi dan salin baju ada banyak, bilik air bersih, bilik tukar baju besar,  siap ada swimming pool




  • Ada kisah tentang Nabi Luth dan Laut Mati ni.. Sepanjang timur Laut Mati ni dahulunya diduduki oleh Kaum Sodom, iaitu kaum kepada Nabi Luth. Laut Mati ni dulu ibu kota negeri tu lah. Tapi kaum Sodom ni teruk, diorang mengamalkan gaya hidup songsang iaitu homoseksual dan lesbian. Selain tu, diorang jugak  suka mencuri dan merampas harta orang-orang yang tertindas. So, Allah perintahkan Nabi Luth untuk berdakwah kat kaum Sodom ni, supaya bertaubat dan mengikut jalan Allah. 


  • Maka, Nabi Luth pun berdakwah tidak henti-henti kat Kaum Sodom. Malangnya, diorang tak nak dengar pun, malahan diorang suruh Nabi Luth stop berdakwah, kalau tak, Nabi Luth akan dihalau dari situ. Akhirnya, Nabi Luth berdoa kepada Allah supaya Allah berikan pengajaran terhadap kaum ni. 


  • Allah perkenankan dengan menghantar malaikat yang menyerupai lelaki - lelaki handsome. So kaum Sodom ni memang tak boleh tengok laki handsome, cepat-cepat diorang datang rumah Nabi Luth, siap nak menceroboh masuk lagi! Malaikat cakap takpe biar je diorang nak masuk.. So masuk je rumah Nabi Luth diorang automatik buta! Masa tu Nabi Luth diarah oleh Malaikat untuk tinggalkan kawasan tu. Pengakhirannya, Kaum Sodom termasuklah isteri Nabi Luth mati disebabkan gempa bumi yang dahsyat, hujan batu dan ribut...  Nauzubillahiminzalik







  •  First time aku berjaya mengapungkan diri dalam air! HAHA! Kat sini memang korang akan terapung. Overweight pun boleh terapung. :D . Jangan cuba menyelam plak. Aku dah try. Menyesal. Sebab lepas tu mata pedih sangat. LOL  




 

 Yang warna putih tu garam, bawah garam tu ada lumpur, dan lumpur tu elok buat mask letak kat muka ke ape ke.. untuk kesihatan kulit lah






Memang banyak garam dalam laut ni, best boleh pecah-pecahkan.. Hahaha.. Cop garam ni boleh guna untuk masak ke? Hahah




 Bunga-bunga berkembang mekar di sekitar Laut Mati



Ok sambung di lain entri! :)


p/s: Merujuk kepada website ini, Tempat-tempat yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Bye!