Sunday, June 28, 2015

Jalan-Jalan: Jordan Bumi Anbiya

  20 comments    
categories: ,


Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia



Assalamualaikum!

Baru-baru ni, pada tarikh 08/06/2015, sampailah aku dan menjejakkan kaki di bumi Jordan. Syukur segala puji bagi Allah. Aku pergi Jordan untuk visit adik no 2 aku yang dah konvo dah. Tahniah2! Lepas ni sila berbakti kepada negara sendiri plak. Hik hik hik. Dari KL nak ke Jordan ni 13 jam dalam flight.. penat badan woo.. Lega sangat bila dah sampai.. Dahlah hampir terlepas flight.. Kui3. Percutian kali ni lagi bermakna sebab satu famili ada! Yahoo!





Destinasi pertama kami ialah Amman Citadel

Amman Citadel ni ialah tapak bersejarah negara yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Amman , Jordan . Dikenali dalam bahasa Arab sebagai Jabal al- Qal'a , ( جبل القلعة ), bukit berbentuk L yang merupakan salah satu daripada tujuh bukit di Amman. 

Tiket masuk kat sini kalau tak silap aku 2 Dinar Jordan = RM10. Tapi pakcik yang jaga tempat ni bagi discount.. Tak ingatlah berapa discountnya sebab aku dah jakun dan sebok ambik gambar hahahha. Anyway, masa tu musim panas kat Jordan, matahari memang memancar dengan gemilangnya tapi angin dia sejuk dan nyaman je. Sebab iklim kat Arab ni panas dan kering, maka kita tak berpeluh. Suka! Tak cair make up iols :p


 


 Amman Citadel ni dianggap sebagai tapak penting kerana ia mempunyai sejarah yang panjang pendudukan oleh banyak tamadun yang besar. Kebanyakan bangunan kat sini kita boleh nampak rekabentuk adalah dari Rom, Byzantine, dan tempoh kerajaan Umayyah. Kira ni memang kawasan bersejarah la, orang Jordan pun tak ubah apa-apa pun kat sini sebab nak menjaga keaslian tempat. Yang macam ada kubah masjid tu masa zaman Kerajaan Umayyah. Owh kat sini korang macam jalan sendiri-sendiri je, takde tourist guide ke apa.. Boleh baca papan-papan kenyataan untuk informasi






Lepas tu kami singgah plak ke Rome Theater Jordan.
Dibina pada zaman pemerintahan Marcus Aurelius (169-177 Masihi), teater yang besar dan curam ini boleh memuatkan kira-kira 6,000 orang. Ia dibina di lereng bukit, dan berorientasikan utara supaya penonton tak kena matahari supaya tak silau lah kan. Kalau rajin, boleh panjat tangga tu sebab ada pemandangan yang spectacular. Aku duduk amek gambar dari bawah jer. 






 My everything





  • Destinasi seterusnya ialah shopping dan makan! Yeah! So kami pun ke Amman Downtown. Kat sini lah tempat korang nak beli souvenir ke, jubah ke, halawiyat (manisan/kuih) ke, serban ke, keychain ke.. ape-ape jelah boleh carik sini. Adik aku cakap, better beli kat sini sebab tempat lain lagi mahal. So nak jimat dan berbelanja secara bijak? Beli sini lah! Peniaga- peniaganya biasalah, ada yang ramah siap cakap bahasa Melayu baku, ada jugak yang kerek, siap halau kami keluar dari kedai, sebab tak jadi beli jubah kat kedai dia.. ZzZZ

  • Kat sini pun banyak money changer so jangan risau. Masa kat Malaysia, korang tukar dulu RM kepada Euro/USD, sebab kat Malaysia takde direct change to Jordan Dinar (JD). So kat sini tukarlah ke JD. Masa aku pergi 1JD = RM5. Mahal kan? Duit Malaysia tengah jatuh. So dengan aku sekali pun down sebab tak boleh shopping.. Ceh btw aku takdelah gila bershopping.

  • Amman Downtown ni busy, kereta banyak. So di bumi Arab ni, bunyi hon adalah perkara biasa yer, janganlah sentap kalau kena hon hihi. Nak melintas jalan kena berhati waja, lintas jelah inshaAllah diorang mesti stop. Haha! Pelik sket cara diorang bawak kereta. Driver aku siap berhenti kat bulatan, selamba ajer. Makan kat sini sedap! Dijamin halal. Hehe


    Okay lah nanti aku sambung lagi. Penat plak menaip. Haha


    Ok bye!


    Saturday, June 27, 2015

    Tips Kegunaan Resit Beli Barang

      16 comments    
    categories: , ,




    Lepas beli barang, jangan buang terus resit tu.. Baca dulu, kot-kot ada barang yang termahal, padahal tanda harga kat rak tadi murah je. Eh kan kes naya tu

    Lagi satu, receipt buku jangan buang.. simpan.. kang LHDN  nak semak takdelah menggelabah sangat kan..

    Haa lagi satu tips aku, aku memang akan pastikan ada satu receipt dalam purse aku.. So bila aku nampak ada orang parking kereta macam @$$*^% kan, dan menyebabkan kereta kau susah nak keluar, menyebabkan orang-orang belakang terpaksa tunggu kau yang terkial-kial mengalih kereta tu.. So apa lagi, kau amek pen dan receipt beli barang tu, ko tulis la sket ayat-ayat cinta or manja dan selit kat wiper kereta yang berhemah tu

    *Kita orang Asia.. kena lemah lembut.. sound pun lemah lembut dan berkias tak gitu?*

    Hahaha

    p/s: Kalau korang pernah dapat nota cinta macam ni, besar kemungkinan dari aku lalala :p

    Ok tu je

    Bye!

    Selamat Berpuasa

    Sunday, June 21, 2015

    Edisi Bedah Buku: Saiful Nang Kisah Orang Menang

      12 comments    
    categories: ,


    Secara jujurnya, aku memang tertarik tengok buku ni kat Popular, tapi aku tak nak beli. Aku ingat nak baca-baca dan selak-selak je sket kat situ tapi buku tu bersampul plastik plak! *baca sket2 lama2 habislah kan tapi kau kena gi selalu lah Bookstore untuk habiskan buku tu. Ini cara orang cheapskate*. Bahaha! 

    Aku tak berapa mengikuti sangat kisah Saiful Nang ni. Aku tak follow dia kat Facebook, tapi ada jugak la baca tulisan dia yang dishare oleh kawan-kawan kat FB.Aku jugak tak pernah baca blog dia.

    Aku jugak taw dia yang seorang jurugambar yang tersohor di Malaysia. Dia di antara orang-orang terawal kat Malaysia ni yang shoot gambar-gambar candid masa wedding menggunakan DSLR camera. Gambar-gambar dia snap masa majlis perkahwinan superb kot, tapi aku boleh memandang dari jauh je sebab taw tak mampu nak hire dia LOL. Liyana Jasmay mampu lah. Eh. Hehe

    Tapi setelah pusing pusing pusing dalam bookstore tu dan survey-survey novel-novel Melayu kebanyakannya bertajuk ala-ala bertajuk Suamiku Encik Kambing, Menantu Sekupang, Isteriku Kawaii.. Akhirnya aku mengalah. Aku pun ambil buku ni untuk dibaca.. Hihi. Mungkin sebab warna kuning kot, menarik perhatian betul

    Lepas baca, aku tak menyesal pun beli buku ni dan adakala macam nak baca terus tak nak letak-letak. Haha over plak ko ni kan



    Komen sket:

    • Buku ni berharga RM30, tapi Popular ade buat discount ke ape ntah tinggal RM24. 
    •  Buku ni tebal jugak, dalam 400++ mukasurat, colorful sangat dan banyak gambar-gambar cantik. Mestilah gambar yang Saiful Nang capture kan? Hehe.. serius cantik dan bermakna semuanya.
    •  Tulisan dalam buku tu aku rasa semuanya diambil dari penulisan kat blog beliau kot start dari tahun 2007. Sebab aku tak pernah baca blog dia, so semua yang aku baca tu kira fresh lah! Kalau korang mengikuti dia dalam blog, so mungkin itu ulang tayang la.. Mungkin korang boleh recall lah.
    •  Kagum dengan beliau sebab boleh memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM90. Dalam buku ni jugak, dia menekankan yang dia bukan berasal dari keluarga senang, so dia buat macam-macam cara untuk dapatkan duit. Orang seni kan.. banyak lah cara-cara kreatif.. Good!
    • Buku ni buku motivasi, so banyak nasihat-nasihat dan tips-tips berguna untuk kehidupan seharian kita ni. Cara penyampaian dia santai, alaa macam baca dalam blog kan.. mane de skema-skema sangat. Ayat-ayat dia tu kengkadang pedih tapi itulah hakikatnya apa yang berlaku di Malaysia ni. :) 
    • Ada satu page tu, ade la ayat-ayat pastu dia ada bagi website address and dalam kurungan ada tulis sila klik sini. Eh nak klik macam mana.. wuwuwu.. ok lame
    • Kagum sebab dia tak manjakan anak-anak dia dengan kemewahan, dan dia gunakan kesenangan hidup dia untuk membantu orang lain jugak. Dia dan kawan-kawan dia ada menubuhkan Rumah Prihatin yang menempatkan golongan kurang bernasib baik
    • Overall, buku ni banyak membuka mata dan mengingatkan. Thumbs up!
    • Semoga ramai lagilah jutawan-jutawan Malaysia yang berfikiran dan bersikap seperti beliau.

    Ok tu je kot. Bye!



    Friday, June 19, 2015

    Apa Langkah Penjimatan Anda Selepas GST?

      8 comments    
    categories: 




    Sedar tak sedar, dah hampir 3 bulan jugak implementation GST kat Malaysia ni

    GST ni hajatnya nak menggantikan SST, dan sepatutnya akan mengurangkan beban rakyat. Sebaliknya pula yang berlaku. Terkesan sebab GST ni implement kat semua benda-benda biasa yang kita beli contohnya makanan, ubat-ubatan ..

     Nak cucuk duit kat ATM pun dah kena 1.06 sen aduhai..

    So saje lah nak tanya korang.. Apa langkah penjimatan korang lepas GST? 

    Adakah mengurangkan makan?

    Ataupun memasak di rumah seperti yang disarankan oleh menteri Ahmad Maslan?

    Atau mengurangkan singgah ke shopping complex?

    Hehe

    Berdasarkan pemerhatian rawak aku yang takde kajian rasmi ni, rakyat Malaysia masih lagi bershopping seperti biasa. Mall-mall sentiasa penuh, hipster cafe tetap banyak je orang post2 makan kat instagram, jualan-jualan baju dan tudung-tudung fesyen terkini masih lagi mendapat sambutan luar biasa. Yelah macam ada satu tudung tu, mahal kot, tapi bila dijual di online, tak sampai sepuluh minit pun dah sold out kot! So aku buat kesimpulan orang-orang ni tak terkesan. Hak3.. suka hati je kan


    Aku?

    Aku of course lah terkesan. Aku cuma rakyat marhain biasa yang boleh dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10)

    Tapi tulah .. cara aku berbelanja masih tak berubah. Maybe dah sepatutnya aku ada buku lejar tulis duit keluar duit masuk. Haha. Barulah terjamin sket kehidupan ye tak

    Untuk bulan puasa ni.. Aku cubalah untuk berjimat dengan tidak pergi ke Bazar Ramadhan. Sebab duit selalu habis kat bazar ramadhan kadang-kadang sampai berpuluh ringgit sehari (_ _").. Macam tipu kan tapi itulah realitinya.. lepas tu tak habis pun rugi sajer..


     Marilah kita main masak-masak kat rumah.. Oklah pape pun Selamat Berpuasa ye

    Assalamualaikum



    Thursday, June 18, 2015

    Marah Dengan Blogspot

      18 comments    
    categories: , , ,


    Aku tengah marah dengan Blogspot ni...

    Sebabnya gambar aku tak boleh rotate.. Padahal gambar tu aku dah rotate elok dah sebelum diupload ke blogspot.. Aihh

    Aku pun google lah cmana cara nak merotatekan gambar kat blogspot ni. Jumpe la satu cara, iaitu kena rotate kat Google Photos (kat Google +).. Adoi satu hal plak nak kena bukak Google Photos and rotate manually kat situ.. Tak suka kot. Aku bukan jenis bukak pon Google + yang tandus macam padang pasir tu.. 

    Lepas tu bila dah rotate kat situ.. Kena tunggu plak rotation tu menjadi kat blogspot.. Lambat taw, bukan automatik terus rotation tu jadik btol

    Lepas tu plak, bila dah rotate, gambar plak jadi tak berkualiti! Stressnya! Pixelated sangat! Macam pakai kamera 2 megapixel. Sedihla sebab dahla memang tak pakai camera canggih DSLR ke Gopro ke ape.. Sekali masuk dalam blog jadi macam tu aduhaiii sedih hati cheq



    Eh choppp knape yg ni ok plak?? Aikkkkk serius tak fahammm


    Korang ada tak mengalami situasi yang sama macam aku?

    Kalau ada, apa cara paling senang dan pantas tanpa menghilangkan kualiti gambar?

    Ok tu je tq




    Wednesday, June 17, 2015

    Jalan-Jalan: Ocean Park Hong Kong

      6 comments    
    categories: ,




    "Eh tak habis-habis lagi ke cite pasal gi Hong Kong ni? Rase macam dah berzaman dah pegi" kataku kepada diri sendiri. Lulz.

    Okay ni last entri pegi Hong Kong. Lepas ni takdak lagi dah! Bye Hong Kong! Lenyaplah kau dari ingatanku! Kalau nak ingat balik boleh selak-selak blog. Gitu.. Hahaha

    Sebenarnya aku pun dah ingat-ingat lupa ape yang terjadik kat Ocean Park ni. Almaklumlah dah lama dah.. tapi aku cuba recall baliklah berdasarkan gambar-gambar yang telah disnap.




    Ocean Park ni ada dua bahagian. Kat bawah, macam zoo lah. Ada haiwan-haiwan darat dan laut. Kat atas plak, ada taman tema yang besar, which is boleh naik menggunakan kereta kabel ataupin train, haa kat atas tu theme park. Senang cakap Ocean Park ni memang besarlah! Tak puas jalan 1 hari, harga tiket masuk time aku tu dalam RM150++. Ok la berbaloi. Gambar di atas ialah gambar akuarium besar kat Ocean Park ni. Ade macam-macam ikan.. Ikan Pari, Ikan Yu, kuda laut.. pendek kata macam-macamlah! Ala-ala Aquaria KLCC. Hehe





    Panda sedang tido.. Amboi bestnya.. Jealous I.. tido pon comel







    Ok naik atas plak bahagian Theme Park.. Yeay! Masa naik ke atas kami naik cable car.. Syok wooo.. nampak laut.. Gayat siket ler, pastu goyang-goyang sket.. Pastu tetiba dia stop jap.. Ahaha seram2.. Angin sedap je kat sini






    Roller coaster pertama yang diorang naik.. Sorry aku tak naik roller coaster yang tunggang terbalik 360 darjah ni.. Takut muntah pastu terkena kat orang lain.. Naya je... :(  Tapi diorang cakap bestla sebab nampak pemandangan cantik.. tepi laut kan.. Sorry aku tak percaya.. tak cantik dah aihh kalau lelaju sangat :(




    Uols berani ke? :(






    Ok yang ni aku berani. Bahaha






    Yang ni tak berani. G la korang naik. OKBAI







    Kena pakai baju hujan bukan sebab hujan ke ape. Diorang suruh yang pakai tudung ni pakai benda alah ni plak, takut tudung tecabut kot. Layan jerrr






    Tengok singa laut buat show. Bijak diorang ni!






    Penguin in da hauz!!!



    Ok tu je lah setakat ni. Update cepat-cepat sebab nak buat kerja hahahah


    BYE!