Sunday, May 31, 2015

Baju Kedut Tapi Malas Nak Gosok Guna Seterika?




Kalau aku diberi pilihan samada nak cuci toilet ke ataupun nak iron baju kemeja, maka aku dengan tanpa ragu akan jawab cuci toilet. Confirm! Aku macam menyampah sket nak iron-iron baju ni. Tak tahu kenapa. Jadi tak mungkin aku akan bekerja kat kedai laundry. Hahaha


Lagi menyampah nak iron masa tengah travel. Kat hotel kena call mintak iron kan.. mane de dia letak kat bilik sorang satu kan. Ingat lagi masa kat Paris, penat aku speaking mintak iron.. iron.. Diorang still tak paham-paham.. Aduhai.. Rupa-rupanya pronouncation Iron pada diorang ialah " Ai-Ron". Aku plak sebut "A-YEN". Alaaa standard orang Melayu sebut iron la kan, macam sebut Iron Man tu.. Aku tak taw aku yang salah atau pun diorang.. Rasa macam aku yang betul.. Hak3


Ada orang jenis gigih abadi siap bawak iron dari rumah! Aiyooo beratlah luggage kuuu.. Tak sanggup pula aku gigih sebegitu even ada iron yang kecik pun...

So camana nak ilangkan kedut kat baju time travel dan takde iron?

Camana?

1) Make sure korang dah iron baju/tudung/ seluar tu sesiket kat rumah pastu letak dalam surat khabar.. Lipat elok-elok dalam bag. Jangan gumpal-gumpal ye tak senonoh gitu. Pastu sesampai je kat hotel, teruslah korang gantung menggunakan hanger.Cara ni boleh meratakan baju korang tu semula

2)    Dalam bilik kat hotel biasanya ada Pengering Rambut. So korang renjis-renjis air sket kat tempat kedut tu dan blow guna pengering rambut tu. Haa inshaAllah hilanglah kedut tu.. Lambat sketlah dari guna Iron tapi efektif jugak cara ni... Aku dah pernah guna dah..

3) Gantung kat dalam shower. Shower kat hotel selalunya lah ada water heater kan. So wap panas dari water heater tu akan tolong memanaskan baju korang sekaligus menghilangkan kedutan. Tapi lama sket lah ek.. janganlah letak 5 minit pastu tetiba hilang kedut.. memang tak laa.. Hehehe. Letak sebelum tidur, esok nak pakai mesti dah ok!

Ok tu saja!

Bye!




Thursday, May 28, 2015

Demam Raja Nazira Safya lagi... :p



Sorry ini bukan double post

Ini entri lain tapi gambar ala-ala sama..

Tapi aku still tak leh get over dengan keletah comel Raja Nazira Safya ni

Gambar-gambar ni aku jumpa dalam Twitter & Facebook

Kreatif sungguh mereka menambah dialog dan situation untuk gambar-gambar ni..

Hahaha.. Enjoy!





Mesti anda pernah mengalaminya kan? Sabau jelah hehehehe







Hahaha ni memang aku gelak besar. Sampai hati crush!








Cute! Muka nakal! :D








Hahahahha ini paling kelakar ok!



Ok tu je bye!


Wednesday, May 20, 2015

Review Buku: Travelling To Infinity:My Life With Stephen





Hi Assalamualaikum..

Aku baru je habis baca buku ni..Berminat nak baca buku lepas tengok movie pasal ex laki dia , si Stephen Hawking dalam The Theory Of Everything. Aku ni jenis tak percaya sangat dengan movie, sebab selalunya dalam movie ni dia banyak tukaq2 nak bagi sedap cite kan ataupun tutup-tutup mana yang mengaibkan .. So aku pun ambiklah buku ni dari rak untuk tahu cerita sebenar tentang diorang ni.. Tengok cover depan pon dah tulis kan, The True Story Behind The Theory of Everything






In case kalau korang ingat-ingat lupa atau memang hilang ingatan pasal siapa si Stephen Hawking yang famous amos ni, bolehla refer kat SINI



Buku ni ditulis oleh ex wife Stephen, iaitu Jane Hawking. Buku ni buku kedua. Buku first (Music To Move The Stars) dia katenye lagi hardcore dia kutuk Stephen, tak sure sangat la sebab aku tak baca kan


OK, tanpa melengahkan masa, meh baca sket SINOPSIS buku ni:

Profesor Stephen Hawking adalah salah seorang saintis yang paling terkenal dan pengarang buku terlaris saintifik A Brief History of Time, yang telah menjual lebih 25 juta salinan. Isteri pertamanya, Jane Hawking, menulis novel tentang cerita di dalam perkahwinan yang luar biasa mereka. Apabila akademik Stephen melonjak, dia diserang penyakit neuron motor. Jane cuba untuk mengimbangi penjagaan 24 jam dengan keperluan keluarga mereka berkembang mendedahkan kekuatan dalaman penulis. Ketulusan hati Jane jelas apabila perkahwinan itu akhirnya berakhir dalam krisis berprofil tinggi, dengan Stephen meninggalkan Jane untuk salah satu daripada jururawat dan Jane berkahwin dengan seorang rakan keluarga lama. Dalam memoir sangat terbuka, bergerak, dan sering lucu ini, Jane Hawking menghadapi bukan sahaja dilema akut rumit dan menyakitkan perkahwinan pertamanya, tetapi juga garis sesar hubungan itu didedahkan oleh pengaruh sifat kemasyhuran dan kekayaan. Hasilnya ialah sebuah buku tentang harapan, cinta, dan perubahan.

 Sumber sinopsis: Amazon
Google translator tolong translate tq



Komen saya:


  • Buku ni mengisahkan kehidupan sebenar mengenai Stephen & Jane, iaitu dari perkenalan pertama, then semanis-manis percintaan, sehinggalah ke alam perkahwinan dan beranak-pinak. Bukanlah perkahwinan tu tak manis, manis jugak tapi banyak jugak cabarannya. So adik-adik, get ready physical & mental ye.. Jangan ingat kahwin tu sweet suwit ajer.. Hahaha tiba-tiba bagi nasihat macam mak-mak dah knape
  • Tabik spring dekat Jane Hawking sebab sanggup bersusah-payah menjaga suaminya selama lebih 20 tahun dan juga anak-anak mereka seramai 3 orang tu.
  • Kagum jugak dengan ketabahan dan kecekalan Stephen dalam mengharungi penyakit neuron motor tu. Even dia tak boleh bergerak, dan sampai dia tak boleh cakap, contribution dia dalam Fizik memang tak boleh disangkal
  •  Walaupun background mereka berbeza, sorang sains dan sorang lagi sastera, tapi mereka boleh jugak bekerjasama & menyokong antara satu sama yang lain.. Well lama tau perkahwinan diorang, lebih 20 tahun ok! Even dah cerai sekarang, actually diorang still keep in touch dan berbaik-baik
  •  Buku dia ni detail jugak dia cerita, siap dengan bulan dan tahun benda tu berlaku, which is baguslah kan.So korang, kalau agak-agak nak buat buku pasal life korang, sila buat diari ke apa, senang sket nak tulis nanti. Haha! Kalau aku jangan harapla, smalam punye cite pon dah lupa
  • Lesson learned dari buku ni ialah, Don't give up on your family, kalau ada problem citerlah jangan pendam-pendam nanti breakdown, tapi citerlah kat orang yang boleh dipercayai, support each other, dan berusaha bersungguh-sungguh!
  •  Ok aku suka buku ni, aku nak bagi 8/10!


Ok bye

Wednesday, May 13, 2015

Raja Nazira Safya yang Comel





Raja Nazira Safya ialah anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah dan Tuanku Zara Salim. Suka sangat tengok dia ni.. Comel sesangat lah! Rasa macam nak print gambar ni, gunting simpan dalam wallet..

 Ehh

Booo!! Ko over sangat lah apehal?! :P





Amboi garangnya muka (TAPI STILL COMEL). Macam tengah berkawad ek. Hehe











Hehe santai nampaknya duduk tu ye



Raya nanti nak baju kurung warna macam baju kurung beliau lah!

Inspired by Raja Nazira Safya.. Hahaha!



Nota: Sumber Imej ialah dari website UTUSAN


Bye!!

Tuesday, May 12, 2015

Lirik Lagu Marry Me by iamNEETA





Marry Me - IamNEETA



We ran out of time now
Trapped in the wind now
No chance when the fate came
I'm running like hell
I wrote black and blue
But I see, all bloody red

(verse 2)
It shouldn't be like this
Now not the ending
Show me your love, love, love
It might be the end
But I'm not
Losing you now

(chorus)
Marry me... ow
Marry me... ow ow
Stay with me... ow
Live with me... oo

Sumber Lirik : SINI



Sedap lagu ni terbuai-buai perasaan bila mendengarnya..


Hahaha.. Good job I am Neeta..


Friday, May 8, 2015

Wednesday, May 6, 2015

Movie Seram: The Taking Of Deborah Logan





Sinopsis :

Mia Medina ( Ang ) akhirnya menemui subjek (orang) yang sempurna untuk filem tesis PhD beliau mengenai penyakit Alzheimer . Untuk beberapa bulan akan datang , kamera akan merakam kehidupan sehari-hari ibu Deborah Logan ( Larson ) dan Sarah anak perempuannya ( Ramsay ) . Tetapi, semakin hari semakin banyak perkara-perkara pelik mula berlaku sekitar Deborah yang tidak konsisten dengan penyakit Alzheimer. Benda-benda mistik berlaku di rumah itu. Ia merupakan satu kejahatan yang jauh lebih buruk daripada penyakit ini melemahkan dengan yang dia mula-mula didiagnosis.


  
Komen:


  • Lama dah aku download movie ni, so aku tak ingat plak cite ni cite seram ke ape.. sebab tajuk dia macam biasa-biasa je kan.. Dan oleh sebab download saje, maka poster memang takde la.. 
  •  So masa tengah menonton setengah jam yang pertama tu, aku ingat dokumentari pasal orang berpenyakit Alzheimer .. So aku pun minat lah! Haha aku memang suka dokumentari pasal penyakit-penyakit ni.. Suke ambil tahu je, tapi nak pegang, bedah-bedah orang tu takdelah
  • Tapi lepas tu makin pelik plak. Si Deborah ni makin lama makin kurus. Muka makin seram dan menyeramkan.. Pastu bercakap sorang-sorang dalam bahasa French dalam bilik gelap, main dengan ular, panjat kabinet dapur dengan begitu laju.. Aik ni bukan simptom-simptom Alzheimer dah ni.. Lain macam jer
  •  Rupa-rupanya citer seram daaa.. Hahahahaha! Slowpoke. Mula-mula dia memang ada sakit Alzheimer.. Skali dah bercampur dengan exorcism pulak. Memang agak seram cerita ni sebab dia banyak main dengan darah, ular dan jeritan-jeritan yang mengerikan.. ditambah plak dengan muka si Deborah ni dah tak ubah macam hantu..
  • So memang movie ni layan gak ah buat peminat cerita seram. Babak-babak mengerikan, menggelikan dan menakutkan memang banyak! Terutama sekali masa scene dalam gua tu. Terbaik. 
  • Tapi cite ni ala-ala Paranormal Activity, yang pakai kamera pegang kat tangan tu, so gegar-gegar lah. Pening sket la kan.. Aku pon tak berapa gemar gak 
  • Cerita mudah difahami dan lakonan memang gempak . Nora bagi 4 bintang!



     
     
    Ok bye!