Monday, April 27, 2015

Jalan-Jalan: Disneyland Hong Kong




*Sorry entri kali ini penuh dengan gambar dan teks.. Sila baca dengan teliti dan hayati setiap gambar.. bahahaahahaha*


Disneyland ialah my dream place.. Masa pergi Paris dulu, aku and sorang kawan aku bercadang nak pegi Disneyland Paris tapi tak jadi.. Remuk hatiku.. haha.. Tapi memandangkan tujuan pergi ke sana pun atas sebab kerja so pasrah ajelah.. So bila gi Hong Kong ni aku dengan yakinnya meletakkan Disneyland sebagai destinasi utama.. Tetapiii!! Ha kau ada tetapi.. Member kata tak payahlah.. tempat budak-budak je tu... Homaiii.. Diorang tak taw ke aku ni budak kecik lagi.. Kah kah kah.. (Umur maybe la dah ke arah dewasa taknak cakap tua).. Tapi aku forever a kid! Haha! Ahh pendek cite.. Disneyland.. Kau tunggu kami datang! :D






Hampir sampai! Tingkap MRT bentuk telinga tikus... satu-satunya tikus yang aku tak takut. Hua hua hua. BTW, ticket masuk Disneyland kami beli kat Klook.com. Harga masa tu HKD 458 = RM 229. Beli online okay? Murah sket dan pantasss








Ok mari nangis terharu jap T_T .. Dah sampai ke tempat idaman







Adventureland: Tarzan & Jane! Kami melawat Tarzan's Treehouse. Best.. Macam cerita dia jugaklah. Ni patung je.. Tak kan real plak kan.. Eheheheh






Lepas tu kami gi Jungle River Cruise plak.. Naik boat..  Still kat Adventureland lagi.. kat area rumah Tarzan la :D . Kat sini nanti ade ketua rombongan lah bagi penerangan.. Pilih yang cakap BI ye unless ko pandai Mandarin. Binatang ini semua patung je tapi boleh gerak-gerak and ada sound. Kagum aku woi








Toy Story Land!

Kat sini sempat main Slinky Dog Spin & Toy Soldier Parachute Drop je. Dua game ni light2 jer.. Hehe sesuai untuk kanak-kanak la kan. Satu yang agak seram ialah RC Racer tapi tak bukak plak.. Hmmmm..Tenkiu tak bukak :D







Mystic Manor ..

 Cantik kan bangunan ni? Kalau aku ade rumah nanti, aku nak buat lebih kurang gini la baru best ada unsur mistik LOL. Ni antara tempat favourite aku kot sebab dalam ni ade ride best dan ada macam hantu sket. Siket je la tapi sebab aku peminat paranormal so aku sukaa! Ada monyet comel plak tu







Grizzly Gulch

Beruang yang menakutkan. Frankly aku memang tak taw ape kena mengena Grizzly Gulch ni dengan Disney sebab aku tak dapat  recall ade ke cite kartun pasal beruang? Sori memang lupa! Tapi ada roller coaster scary iaitu Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Boleh tahan seramnya but its fun..! Anyway salah satu sebab aku suka Disneyland sebab roller coaster dia tak ngeri sangat. (Haha ayat orang penakut)








Masa lunch! Kat sini ada 2 restoran halal. Tahitian Terrace & Explorer's Club Restaurant. Kitorang pilih Explorer Club sebab sebelah Mystic Manor dah dekat.. Menu aku ni namanya Curry Javanese Vege & Rice kot. Harga agak mahal.. dalam RM 50.. Nasi tu sebenarnya banyak, boleh share je hehehehe. Tapi prata tu aku punye sorang.. jangan kacau :P









Flights of Fantasy Parade

Perarakan watak-watak Disney, Mickey and Friends! Start pukul 3 PM. Ada Mickey, Minnie, Donald Duck, Chipmunk, Tinker Bell, Pooh & Friends, Buzz Light Year, Woody, Princess Aurora, Snow White dan ramai lagilah! Kita boleh duduk di tepi-tepi jalan sambil lambai-lambai kat diorang. Syok gak bila diorang lambai balik. Boleh sing along jugak.Tapi jangan syok sendiri plak.. bagila kanak-kanak duduk depan, ksian diorang nanti tak nampak plak..






Cumils






Tomorrowland

Boleh drive kereta sport! Yeay! Masa ni lah ko nak tunjuk skill pemanduan ko tu. Mana taw ada pengarah Fast & Furious atau Need For Speed nampak bakat ko kat situ. Choii.. Haha! Autopia ni game kereta elektrik. Ala ikut lane je.. jangan sampai klua lane woi.. Malu.. Budak-budak pon boleh drive.. best.. Warna purple tu bukan edit tapi memang color lampu.. Nice kan









My Co-Pilot nak interprem gak hihihihi







Tomorrowland

Untuk manusia yang sukakan high-speed roller coaster SILAKAN ke sini, Space Mountain. Indoor. Gelap. Laju. Fast. Chill. Seram. Sejuk. Tunggang. Terbalik.






 Fantasyland

Dah kenapa cantik meghelip sangat?!!







 It is A Small World

Naik boat keliling dunia.. Gi Europe, Africa, Asia Tenggara, Middle East dalam masa 15 minit.. Comel gila bak ang







 Kan dah kate.. cute giler







“Disney Paint the Night” Nighttime Spectacular

 Perarakan malam plak.. Sama macam petang lebih kurang tapi kali ni dengan lampu-lampu plak.. Best jugak! Tengok Mickey Mouse menari-nari.. Magical Moment :)

 

Last skali semestinya tengok Disney Firework.. Tapi tak dak gambar cantik la.. Kamera phone je kan..  Maka tamatlah lawatan kami ke Disneyland. Serius weh aku nak gi lagi sebab banyak sangat ride and tempat tak cover... Sedar2 je dah malam and nak tutup dah. Huwaaaaaaaa..!! Rasanya kena 2 hari kot baru abes semua tempat..

 

Ok thank you for reading.. Kih3.. Kalau rajin boleh baca ni jugak:

 

http://razfira.blogspot.com/2015/04/jalan-jalan-hong-kong-peak-tram-sky.html 

 

 

Bye!

 

 

Friday, April 24, 2015

Meriahnya Bendera Negara Seychelles!




Gambar di atas bukan lukisan aku dari Ms Paint.. Tapi ini ialah bendera negara Seychelles.. Cantik kan?

First time aku dengar atau tahu nama negara ni

Dari mana aku dapat tahu?






Haaaa.. dari FeedJit ler.. thank you FeedJit ajar aku pasal bendera.. Tak payah tengok Vlog Sheldon (Big Bang Theory)



Sedikit pasal Seychelles:

Seychelles,secara rasminya Republik Seychelles merupakan negara kepulauan di Lautan Hindi . Ia terletak 1,500 kilometer ( 932 batu) timur tanah besar Afrika Tenggara . Negara-negara pulau lain yang berdekatan dan wilayah termasuk Zanzibar ke barat dan Comoros , Mayotte , Madagascar , Réunion dan Mauritius ke selatan .




Mai tengok gambar-gambar Pulau Seychelles.. Cantik wooo. ... Knapa tak pernah taw ek? Lawa dari Krabi ni.. Hahahaha


Jom cuci mata! Gambar-gambar adalah ihsan dari Google Images:

|
|
V



 CANTIK!







Subhanallah.. Masha Allah...






Indahnya pemandangan wehhh









JOMMMMM PI SEYCHELLES!




Untuk info lebih detail, sila rujuk:

http://www.seychelles.travel/

Friday, April 17, 2015

Terfikir Kenapa Bag Anda Selalu Rosak Kat Airport?





Pernah tak masa korang tunggu bag kat Luggage Waiting Department kat airport?

Berdebar kan masa tu? Hahaha

Aku cuak sangat takut bag aku termissing or tersasar gi Morocco ke.. Kazakhtan ke..

Huhu syokla luggage aku g jenjalan.. Tapi dalam flight je la. Haha!


Ataupun..

Masa dapat je bag tu kat tangan ko.. Tengok2 bag ko rosak, terbarai, terkeluar barang-barang..

Haaa.. mesti bengang kan masa tu?

Takpun bag korang okay, tapi tengok2 MUG dalam bag korang yang tertulis I LOVE BANGKOK tu dah pecah

Why?

Whyyy?

Whyyyyyyy?

Stress kan? So seeloknya2 barang-barang fragile ni bawak je naik atas flight bersama2 korang.. Kalau siket ler, kalau banyak pasah la kan.. Bungkus elok-elok.. InshaAllah selamat

Anyway.. nak taw sebab apa? Ha rujuk video di bawah





Ganas kan Airport Baggage System Pushers ni?

Kalau terkena kat orang bahaya gak nihh

Hahaha ok itu je perkongsian hari ini

Bye!


Thursday, April 16, 2015

Tuesday, April 14, 2015

Sedang Membaca: The Ruins Of Us by Keija Parssinen




Hai Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak Urban Legend (Lagenda Urban) iaitu... Kalau korang beli buku kat Big Bad Wolf (BBW).. End up korang tak baca pun buku yang korang beli banyak-banyak tu? Hahahha.. Bukan main la kan bila taw ada Big Bad Wolf sanggup bangun pukul 4 pagi konon tak nak ramai orang (BBW bukak non-stop untuk beberapa hari).. Pastu boronglah banyak-banyak buku sebab murah katenyerr.. Last-last jadi hiasan di bilik je.. Tak sentuh pon


Tetapi..! Tetapi aku cuba nak memecahkan urband legend itu.. iaitu.. aku tengah baca buku pertama yang aku capai masa BBW sale hari itu.. Walaupun dah berbulan-bulan baca.. still.. tak habis lagi.. Hahahha. Adoi susahnya nak membaca sekarang.. distracted sangat dengan phone, movie2 yang aku download.. Anyway aku sedang berusaha la untuk habiskan gak buku ni. Selalunya baca buku sambil baring-baring.. hasilnya tak sampai 5 mukasurat dah tidur.. kui3

Ok kita tengok sinopsis trus:

Buku ni mengisahkan tentang seorang wanita jelita dari Amerika (Rosalie) berkahwin dengan lelaki kaya (Abdullah) dari Arab Saudi. Mula-mula biasalah mendapat tentangan dari orang tua sebab bertentangan agama dan budaya, tapi last-last kahwin jugaklah. Mereka bahagia, dapat dua anak iaitu Faizal & Mariam. Konflik mula terdetik sejak Rosalie dapat tahu Abdullah ada seorang lagi isteri! Dan isteri baru pula ialah seorang wanita muda & cantik.. Bertambah konflik bila anak sulung mereka, Faizal buat hal dengan bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang kononnya berjihad tetapi menggunakan cara yang salah, atau lebih dikenali sebagat Terrorist ataupun Pengganas....



Komen Saya:

  • Mula-mula baca aku semangat, sebab cite ni macam lain daripada yang lain la.. Dan terus masuk ke konflik, iaitu bila isteri dapat tahu suaminya kahwin dua.. Lepas tu baru dia macam flashback kisah diorang dulu-dulu
  • Tetapi dah sampai tengah aku macam boring plak.. sebab kisah penceritaan tu jadi macam slow sebab banyak sangat flashback..
  • Lepas tu kisah Rosalie si isteri macam tak banyak.. dia tak mendalami sangat isi hati wanita yang terkena poligami tu.. Jadi aku macam  tak feeling sangat.. Sorry
  •  Bila bab Faizal anak dia tu macam meleret.. So jadi boring sket.. Sebab aku expect dia akan tunjuk or ceritakan how the woman handle the situation of the poligamy.. Tapi sebenarnya banyak pasal terrorism & pasal konflik anak-anak remaja
  • Walaubagaimanapun, pujian diberikan kepada penulis novel, Keija Parssinen sebab perincian dia tentang Islam dan budaya Arab tu agak tepat lah. Maybe sebab dia pernah duduk sana kan.. so budaya dan agama ni memang dalam observation dia...  So yeah.. Baguslah
  •  Aku bagi 5.5/10.. Hehehe

Ok itu je.. bye!




Monday, April 13, 2015

Lirik Lagu Sugar By Maroon 5





SUGAR


I'm hurting, baby, I'm broken down
I need your loving, loving, I need it now
When I'm without you
I'm something weak
You got me begging
Begging, I'm on my knees

I don't wanna be needing your love
I just wanna be deep in your love
And it's killing me when you're away
Ooh, baby,
'Cause I really don't care where you are
I just wanna be there where you are
And I gotta get one little taste

Your sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
I'm right here, 'cause I need
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life

Your sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
My broken pieces
You pick them up
Don't leave me hanging, hanging

Come give me some
When I'm without ya
I'm so insecure
You are the one thing
The one thing, I'm living for
I don't wanna be needing your love
I just wanna be deep in your love
And it's killing me when you're away

Ooh, baby,
'Cause I really don't care where you are
I just wanna be there where you are
And I gotta get one little taste

Your sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
I'm right here, 'cause I need
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Your Sugar! (Your sugar!)
Yes, please (Yes, please)
Won't you come and put it down on me
Yeah

I want that red velvet
I want that sugar sweet
Don't let nobody touch it
Unless that somebody's me
I gotta be a man
There ain't no other way
'Cause girl you're hotter than southern California Bay
I don't wanna play no games
I don't gotta be afraid
Don't give all that shy shit
No make up on, that's my

Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me (down on me!)
Oh, right here (right here),
'Cause I need (I need)
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Your sugar! (Sugar!)
Yes, please (Yes, please)
Won't you come and put it down on me

Your sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
I'm right here, 'cause I need
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Your sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
(Down on me, down on me)


 
 
 
SUKA SANGAT VIDEO CLIP LAGU NI!
 
SWEET GILER BAK ANG
 
 
 
 
 
Bye!
 
 

Friday, April 10, 2015

Alat Bantu Untuk Orang Yang Bercinta Dengan Handphone


Korang ada member yang tak boleh berenggang dengan smartphone?

Makan dengan hanphone

Go toilet dengan handphone

Tidur dengan handphone

Atau korang sendiri mengalami penyakit ni?

Hehehehe

Jangan risau

Coca-Cola ade penyelesaiannya

Tonton video di bawah ni:


 
 
Tadaaaa!!
 
Selesai dah masalah korang
 
Sila peka dengan masa dan keadaan ye bila nak main henpon!
 
Bye!
 
Assalamualaikum
 
 
 

Thursday, April 9, 2015

Siapa Kat Sini Suka Baca Entri-Entri Blog Dia Yang Lama?


Aku le teww

Selalunya tak sengaja.. Lepas up kan 1 entri baru nanti kat bawah tu kan ada related entri yang bertag sama kan.. So aku pon bacalah... Rasa macam malu sendirila sebab:

  • Bahasa aku mak oiii rempitnya.. macam ala-ala Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) gitu. Now aku selalu kutuk BBNU, rupa-rupanya aku pun berperangai tak semenggah juga dulu. Adoilaa tapi aku biar je la entri tu sebagai mengingat kesah-kesah dulu.. Kah3
  •  Yelah nama pon remaja kan dulu.. keh keh.. nafsu amarah dan ketidakmatangan tu normal la kan.. Hahaha. So dulu apa yang aku tak puas hati je, aku tulis dalam blog komain panjang berjela-jela kutukan aku tu.. Tapi yang bagusnya aku tak tulis nama! Ahaks! Kira tak mendedahkan identiti dan tidak mengaibkan manusia itu la kan.. Anyway sekarang ni aku macam dah matang sket (LOL), so aku simpan jela kutukan dan luahan peribadi aku tu dalam draft. Tak payahla orang lain baca benda-benda negatif kan.. :D


Tapi ada  jugak sket benda terpuji aku buat dulu-dulu iaitu:

  • Rajin jugak aku tulis entri dalam Bahasa Inggeris.. komain lagi walaupun mungkin grammar tunggang langgang? Sekarang? Cukuplah mengarang ayat BI dalam email.. Hahahaha hew hew hew

  •  Dulu rasanya aku tulis macam lebih kreatif, berseni, kelakar, full sense of humor, energetic (motif puji entri sendiri? sebab takde orang lain puji lerr). Sekarang? Sekarang macam hambar, straight to the point dan formal.. Faktor umur dan persekitaran kot.. HAHA

OK itu je nak sambung keje bye!!!



Tuesday, April 7, 2015

Jalan-Jalan: Hong Kong (Peak Tram, Sky Terrace & Madame Tussauds)



Assalamualaikum

Hi! Pekaba? Dalam diam diam, dah bulan 4 dah tahun 2015 ni.. dan dah sebulan dah aku tak mengemaskini blog. T_T Bye bye azam nak update blog 2x seminggu. Kebizian mengganggu jadual hidupku

Ok back to the main topic..Siapa kat sini suka tengok drama Hong Kong? Aku! Dulu TV3 pukul 7 takdak cite Melayu macam Ariana Rose ke, Teman Lelaki Upahan ke.. Dulu cite cina dari Hong Kong la seperti Green Green Grass In The River (macam ni kot tajuknye.. lupa), The Hotel dan macam-macam lagi! Basically cerita diorang memang best.. Sampai melekat aku kat depan TV.. Pastu kena marah dengan sebab melewat-lewatkan semayang Maghrib! Hahaha sila jangan contohi,

Baru-baru ni aku jalan-jalan kat Hong Kong. It was fun! 5 hari 4 malam.. tak lama sangat so kitorang memang kena padatkan setiap hari dengan sume tempat menarik kat Hong Kong ni! So kali ni kita tengok Sky Terrace & Madama Tussauds dulu..




Tiket Peak Tram, Sky Terrace & Madame Tussauds = RM145. Ni beli online.. Kalau beli on the spot mungkin lebih mahal.. Lagi pun takde masa nak beratur bagai, online senang! Duduk je la depan komputer. Hehe






Pemandangan masa naik Peak Tram. Ala ala macam nak naik Bukit Bendera tu.. hihihi. Sekarang ni kita nak naik atas nak ke The Peak. Dekat The Peak ada shopping mall, ada pemandangan yang indah la. Tazabarr




Tadaaa! Dah sampai kat Sky Terrace 428. Sky Terrace ni terletak kat tingkat atas shopping mall. Ok Sky Terrace 428 ni berdiri pada 428 meter dari aras laut. Sebab tinggi kan, so boleh tengok pemandangan seluruh Hong Kong dari sini. Best kan? Cantik sebab banyak bangunan pencakar langit. Udara pun sejuk je. Nasib baik tak hujan! Takde bumbung taw.. Heheh. Kat sini nanti dia ade bagi macam handphone and earphone, so nanti cucuk dan dengarla.. Ade la explaination pasal tempat ni kan. Tapi aku tak dengar pon. Sebok amek gambar. Keh3




Ni lah bangunan yang ada Sky Terrace tu. Tingkat paling atas. Unik kan? Nampak tak ada orang kat atas bangunan tu?






My faveret place! Madame Tassauds! Suka sebab jumpe banyak artis-artis antarabangsa! Well.. tak kesahla lilin ke ape ke.. Macam real okay! Ada Johnny Depp, ada Iron Man, Doraemon pun ade.. Hehe. Kat sini banyak gak artis-artis Hong Kong.. Dah negara dia kan? Hehe. Jackie Chan, Bruce Lee, Andy Lau, Jay Chou.. dan ramai lagilah! Oh ye.. Michael Yeoh pun ade.. Asal Ipoh tu.. hihiih

Mesti rambang mata kan nak bergambar dengan patung mana satu.. Hihi. Anyway orang kat sini ramai. Kena tunggu turn jugak la nak amek gambar. Aku kalau boleh nak amek gambar dengan sume even tak kenal pon.. Hahahha. Tapi masa tak cukup.. zz...





The Hulk ni siap ada bunyi.. takut aku






Ini sapa sebenarnya? Main bantai je amek gambar.. hahahaha




So kesahnya patung lilin ni memang detail dan tepat.. Ketinggian, even tahi lalat kat tangan pun dia buat taw! So memang terserlahlah ketinggian Yau Ming di sini!





Baru taw ke? Keh keh keh





Lovely couple




Ok lah sambung lain kali di kawasan-kawasan menarik di sekitar Hong Kong nanti ye

Stay Tune!!! :p

Bye!