Thursday, March 5, 2015

Mat Luthfi Datang Lagi!



Hi Assalamualaikum!

Kalau korang mengikuti blog ini (wah ayat..), korang akan perasan yang aku memang peminat setia Mat Luthfi.. Heheh. Aku ni bukan kaki YouTubers sangat, aku bukak You Tube pun bila aku tahu Mat Luthfi ada publish video baru.. Haa gitu skali lah kirenye..

Tapi aku pernah kutuk gak satu video Mat Luthfi, ala satu jeee... Then aku pun buat satu entry dalam blog dan mengutuk lah Mat Luthfi.. Hahahah.. Peminat kategori apa ntah aku ni kata peminat pastu kutuk plak.. Podacitt.. Lepas aku pos entri tu, ada jugak bloggers yang kutuk aku balik dalam blog dia, kutuk kaw-kaw la! Hahaha padanlah muka aku kan.. sapa suruh kutuk orang, kan dah kena kutuk balik. What goes around comes around katenyer..Well tahniah Mat Luthfi sebab ramai peminat fanatik.. Aku  kutuk kritik sket je, terus ada orang back up!

Then tak lama lepas tu, video Mat Luthfi yang aku kutuk  tu jadi private, orang dah tak boleh tengoklah kan. Haaaaa.. angkara siapakah itu? Aku kah? Rasanya bukan kot... Anyway korang boleh tengok video tu sebab ada orang lain pos kat You Tube.. pepandai la cari ek. Heheheheheh


Ahhh itu kesah lama.. Abaikan.. What is past, is past.. Cewahh. Sekarang setelah sekian lama, Mat Luthfi kembali lagi! Dengan video baru, tapi bukan dalam akaun YouTube dia, tapi dalam akaun ReadyForWorkMy. Haa.. best kot.. best gila siap ada KJ lagi. KJ lah Menteri Belia & Sukan yang tall, dark and handsome tu.. Weee...

Video ni best kot sebab dia bagi tips-tips semasa temuduga.. Do and Dont's.. Sesuai sangat untuk golongan muda belia yang baru lepas grad. Menarik lah sebab knowing Mat Luthfi, content video dia tepat, padat, ringkas, lawak dan menusuk ke hati. Hahahhaha.. Ok enjoy the video lah! 



 
 
 Bye!

Tuesday, March 3, 2015

Monday, March 2, 2015

Lirik Lagu Knock Knock - Elizabeth Tan



Lirik Lagu Knock Knock – Elizabeth Tan

Bulan bintang kau janjikan
Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu

Kata manis kau beri
Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tau

Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu

Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu

Knock knock
Mahuku hanya perhatian
Knock knock
Mahuku untuk kau buktikan
Jangan pernah kau abaikanku

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

 
 
Komen siket:
 
  • Takde ape sangat nak komen .. lagu ni memang best dilayan.. hehehhehe
     
     
    Bye!
     
    Selamat Hari Isnin!