Friday, January 23, 2015

Belajarlah Bersyukur


1. Kau complain makanan yang kau order tak sedap.. Kau complain kuah tomyam tu panas sangat sampai lidah kau melecur.. Kau complain bayar mahal tapi isi dalam seciput.. Sepanjang time kau makan muka kau masam




Tapi kau lupa nak bersyukur kau masih ada duit untuk order makanan.. Kau bernasib baik sebab bekalan makanan tak pernah putus kat tempat kau.. Kau dapat makan bermacam-macam jenis variasi makanan dari Japanese, Korean, mamak style, Chinese Food dan memacam lagilah.. ! Senang cakap kau tak pernah kelaparan.. Padahal ada orang kat luar makan roti expired seminggu pun diorang sanggup








2. Kau complain line internet kat rumah kau slow sangat.. Kau complain susah nak buat kerja sebab internet kat office selalu down.. (padahal time internet laju kau sebok download movie, bukan buat kerja pun..)






Tapi kau lupa nak bersyukur yang sekurang-kurangnya kau masih ada peluang untuk kenal kecanggihan internet .. Kau lupa ramai lagi orang yang tak pernah dapat access internet.. duduk di ceruk-ceruk mana hala dan tak tau apa-apa tentang dunia luar






3. Kau merungut.. Kau compain banyak gila baju nak kena basuh.. Kau complain lagi baju kau asyik tak kering sebab asyik hujan.. Kau merungut sebab lepas basuh, sidai, kau nak kena lipat pulak.. Banyak sangat kerja kau kena buat









Tapi kau lupa ramai orang kat luar sana teringin nak jadi macam kau.. Ada macam2 jenis baju boleh pakai lain-lain setiap hari.. Kasut ada 2, 3 rak.. Baju ada 3 almari.. Sampai ada baju yang kau tak pakai pun sebab lepas kau beli tiba-tiba kau tak berkenan.. Sedangkan ramai lagi orang kat luar baju dah lama tak berganti bertahun-tahun sampai lusuh dan koyak...











4. Kau complain ko penat dan bosan meredah kesesakan lalu lintas.. Ko cakap sakit belakang duduk dalam kereta lama2 pastu sampai tempat kerja ko stress





Tapi kau lupa nak bersyukur.. Sekurang-kurangnya kau ada kereta.. Kau boleh kemana-mana sahaja kau nak pergi.. Kau lupa ada orang yang tak boleh nak kemana-mana sebab takde kenderaan atau tak mampu nak naik pengankutan awam...







5. Kau complain kerja banyak.. assignment banyak.. project work banyak.. tapi tak cukup masa nak buat.. Ko complain lagi carry mark siket.. Lecturer kedekut markah.. (padahal kerja kau pun ala-ala melepaskan batuk di tangga saja lagi mau lebih marks)




Tapi kau lupa nak bersyukur yang kau senang2 saja ada peluang untuk medapat pendidikan.. Cakap saja nak amek degree? master? PHD? Semua di tangan kau.. Kau lupa yang ada orang sampai kena bunuh, kena tembak, berperang, kena buat demonstrasi, hanya untuk pergi ke sekolah.. hanya untuk belajar benda2 basic macam membaca, mengira..Sedangkan kita dah sampai ke tahap tertiary education dah





Semua perkara di atas ialah peringatan untuk anda semua tapi sebenarnya UNTUK AKU .. Hahaha.. Aku perasan makin banyak nikmat Allah aku dapat, aku plak makin lama makin alpa, tamak, leka, asyik merungut jer..

Bila terbaca satu artikel kat Buzzfeed, baru aku sedar yang kita selama ni asyik merungut.. Asyik nak compare dengan orang yang kaya raya, famous, cun.. Sesekali (atau pun selalu2), kita kena jugak pandang orang yang lagi susah dari kita.. Fikir-fikirkan apa yang kita ada, apa yang diorang xde.. Mesti akan timbulkan keinsafan kan...



Kira-kira 1 bilion orang hidup dengan pendapatan kurang daripada $ 1,25 setiap hari .
 - Bank Dunia

Sebahagian besar dunia - lebih daripada 4 bilion orang - masih tidak mempunyai akses kepada internet. 
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Bukan lah aku nak suruh korang ni bersyukur sahaja.. then pasrah lalu tak buat apa-apa kan.. Harus jugaklah berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. Cuma kurangkan lah rungutan, kritikan, keluhan, umpatan yang semakin berleluasa macam sekarang ni.. Penatlah kan kalau asyik negatif kan.. Cubalah fikir-fikirkan yang positif sahaja.. Mesti hidup lebih bahagia dan aman :)

Ok itu sahaja tazkirah Jumaat

Bye! Assalamualaikum

Sumber imej: WeHeartIt

Monday, January 19, 2015

Roman Cinta by MOJO & Caliph Buskers


Persembahan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila

Caliph Buskers dalam AJL29

Terbaik!

Rasa macam nak menangis dengar.. wuuu.. sebab menusuk sampai ke hati

Uols memang deserve the award untuk persembahan terbaik!

Walaupun kesian gak kat Stacy sebab dah bawak geng segerombolan.. xpa next time Stacy! Lap u!

Anyway saya suka sangat Dayang Nurfaizah menang vokal terbaik. Mantap!


 
 
 
Lirik Lagu Roman Cinta
 
Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
Kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta
 

Thursday, January 15, 2015

Movie Yang Patut Ditonton: Big Eyes

Image from here


Kalau korang jenis peminat kisah sebenar or based on true story.. Cerita ni memang sangat recommended!

Sinopsis:

"Big Eyes" menceritakan kisah benar yang melampau ke atas salah satu penipuan seni paling epik dalam sejarah. Pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, pelukis Walter Keane (Christoph Waltz) telah mencapai kejayaan sukar dipercayai, merevolusikan pengkomersialan seni popular dengan lukisan membingungkan tentang anak yatim dengan mata besar. Kebenaran yang pelik dan mengejutkan akhirnya akan ditemui walaupun kerja Walter ini sebenarnya tidak dilukis olehnya, tetapi lukisan-lukisan itu dihasilkan oleh isterinya Margaret (Amy Adams). The Keanes, ia seolah-olah, telah hidup dalam dusta yang amat besar dan telah menipu seluruh dunia. "Big Eyes" menceritakan tentang kebangkitan Margaret sebagai artis, kejayaan luar biasa lukisan beliau, dan kisah huru-hara hubungan beliau dengan suaminya, yang telah melontarkan kepada kemasyhuran antarabangsa ketika mengambil kredit untuk kerja-kerja beliau.




Mengapa cerita ini perlu ditonton?

  • Plot yang menarik di mana seorang isteri yang dianiya oleh suaminya yang mengambil kredit dengan mengatakan lukisan itu dilukis okeh dia, dan akhirnya dia berani mengumumkan kepada seluruh dunia yang lukisan itu dilukis oleh dirinya sendiri. U go girl! 
  • Mula-mula memang geramlah kan sebab penat-penat dia yang lukis, idea dia, tapi yang popular, kaya, masyhur suami dia! Of courselah memang lah suami isteri tapi kalau sampai menipu cakap ko yang lukis tu memang teruk la kan
  •  Oleh kerana cerita ini berlatar belakangkan tahun 1950-an, zaman tu wanita memang tak berani nak melawan cakap suami  dan meninggalkan suami, so kiranya Margeret ni memang wanita yang berani lah, dan berani menegakkan hak dia dengan membawa kes ini ke mahkamah. 
  •  Pelakon yang hebat dan cantik-cantik semua...
  • Sebab ini kisah benar, Margeret pun hidup lagi and korang boleh tengok lukisan-lukisan dia yang cantik and unik kat dalam website dia.. hehe
  • Pengarah cerita ini ialah Tim Burton.. Korang taw jelah kan cerita dia arah cmana? Sume macam segar, dark, mystery, unik, lain daripada lain.. Pendek kata memang terkesan dalam jiwa dan menghiburkan hati..

Okay aku bagi 8/10 !

Bye! Assalamualaikum



Tuesday, January 13, 2015

Lirik Lagu The Heart Wants What It Wants by Selena Gomez


The Heart Wants What It Wants 

(What the heart wants)
(What the heart wants)
(What the heart wants) 

You got me sippin' on something
I can't compare to nothing
I've ever known, I'm hoping
That after this fever I'll survive
I know I'm acting a bit crazy
Strung out, a little bit hazy
Hand over heart, I'm praying
That I'm gonna make it out alive

The bed's getting cold and you're not here
The future that we hold is so unclear
But I'm not alive until you call
And I'll bet the odds against it all

Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care
There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants
The heart wants what it wants

You got me scattered in pieces
Shining like stars and screaming
Lighting me up like Venus
But then you disappear and make me wait

And every second's like torture
Hell over trip, no more so
Finding a way to let go
Baby, baby, no I can't escape

The bed's getting cold and you're not here
The future that we hold is so unclear
But I'm not alive until you call
And I'll bet the odds against it all
Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care

There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants
The heart wants what it wants
The heart wants what it wants
The heart wants what it wants 

This is a modern fairy tale
No happy endings
No wind in our sails
But I can't imagine a life without
Breathless moments
Breaking me down, down, down, down

The bed's getting cold and you're not here
The future that we hold is so unclear
But I'm not alive until you call
And I'll bet the odds against it all
Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care

There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants
The heart wants what it wants
The heart wants what it wants
The heart wants what it wants 

The heart wants what it wants, baby
It wants what it wants, baby
It wants what it wants
It wants what it wants
The heart wants what it wants, baby
It wants what it wants


Sumber lirik: Sini


Boleh download lagu ini di SINI

Komen pasal lagu ni:
  •  Aku memang peminat Selena Gomez.. so ada bias sket lah kot kat sini.. Aku suka sangat! Aku bagi 9/10 markah.. Hahaha
  • Selena cakap lagu ni memang dekat di hati dia sebabnya lagu ni ditujukan khas untuk ex boiprennya iaitu Justin Bieber! Hihih 
  •  Dalam lagu ni dia cakap walaupun dah berpisah tapi dia still sayangkan Justin tu.. camtulah yang aku faham.. btol ke tak pemahaman aku ni? Fuhh setia betul Selena ni.. Tabik..
  •  Lagu-lagu Selena ni kalau dengar dlm radio macam ok je suaranye tapi bile live macam kiok sket.. Sorry Selena.. sebab lagu dia selalunya rancak-rancak.. maybe semput sketlah kan nak menari lagi nak menyanyi lagiii.. Tapiiii.. untuk lagu ini, live pon sedap taw... Mungkin lagu slow and Selena pun menghayatinya..
  • By the way Justin dah dengar and tengok video ni sebelum orang-orang lain dengar dan dia suka lagu ni! Tapi dia jeleous dengan lelaki dalam video klip tu.. Puiiiii!!!
Okay itu sajer.. Nah enjoy video klip Selena yang cun melecun ni


 
 
Ok bye!!

Tuesday, January 6, 2015

Keluarga Iskandar (Sesi Tertinggal Kereta Api)



Macam biasa orang dah sampai London aku baru nak naik flight (x tally plak dengan tajuk.. xpelah)

Aku ni alkisahnya memang jarang tengok TV.. Sebab balik keje dah lambat jugaklah so aku fikir aku nak tido jer.. Kalau tengok pun layan movie kat handphone je kekdahnya.. Senang bawak kat mana2 even gi toilet pun.. Keh3

Aku tengok TV time balik kampung je lah, ataupun bila makan kat mana2 restoran mamak.. Hehe

So hari tu aku balik kampung, duduk rumah sorang-sorang ape lagi tengok TV lah kan?

Tak ingat lah channel mana.. Astro Warna kot.. tertengoklah cite ni.. Keluarga Iskandar!

Mula-mula expectation cite aku ni macam biasalah.. tak harap pape sangatla.. Cite Melayu kan.. (Typical Malay sangat aku ni kan..).. Pastu lama-lama eh best plak cite ni!

Ok berkisarkan drama ini:

Keluarga Iskandar adalah sebuah mokumentari mengenai sebuah keluarga Melayu dan berkisar tentang Mak Jah dan anak-anak dewasa dan cucu-cucunya. Anak- anak nya terdiri daripada Abang Long, Abang Ngah dan isterinya, Kamariah, Azura dan Kamal, Azlan dan Adibah.. Mokumentari itu berkisar tentang kisah hidup mereka.

 Mokumentari? Apakah itu? First time dengar ni!

 (Mokumentari adalah saat berbicara sendiri dihadapan kamera)

Owhhhh.. barulah ku faham..

Watak kegemaran aku dalam cite ni mestilah Mak Jah.. Mak diorang.. sebab ada jugak sket2 macam mak aku.. Hahaha!




Ni family kegemaran aku.. Family ni macam warna-warni sketla.. Kes dia dengan anak angkat, then musim kedua ni Kamariah dah pregnant.. Mengada-ngada tahap maksima.. Hehheehe biasalah pembawakan budak katanyaaa..


Anyway cerita macam ni barulah best.. Macam cerita family normal.. Senang cakap ala-ala macam family aku jelah.. Takdelah datuk-datuk, tengku tengku, bisnes juta-juta million lemon.. Hehe Cite macam ni lah yang patut dipromote, bukan macam cerita Suamiku Sotong ke lontong ke..Opppss..Paling best cerita ni kat Jay Bee!! Heeeeee bangga aku sebagai orang Johor. :p


Buat masa sekarang aku tengok kat YouTube je untuk Season 1.. Season 2 xde lagi kot.. Baik gak Astro ni letak kat YouTube.. Ehehehhe.. Rujuk link di bawah:

Keluarga Iskandar Musim 1

Ok tu je!

Bye Assalamualaikumm



Friday, January 2, 2015

Masih Relevankah Blogging Pada Tahun 2015?




Hai Assalamualaikum..

Demi untuk mencapai targetku menulis di blog 2x seminggu.. Maka kugagahkan jua diri pepagi bangun bukak laptop office pada hari CUTI dan menaip.. Hahahha

So topik hari ini ialah masih relevankah blogging ni?

Pada pandangan aku lah.. sekarang aku memang agak malas (agak ke or memang?) untuk bukak blog sebabnya aku dah distracted dan terleka lagi alpa dengan segala jenis applikasi dalam handphone. Kalau nak bukak blog aku prefer kat desktop/laptop sebab lagi besar.. Tapi masalahnya kat opis susahla sket nak bukak kan..

Well.. sekarang dah ada twitter, snapchat and instagram... Cite pasal instagram aku memang agak addicted lah dengan Instagram.. Hahahha.. Kalau boleh nak upload setiap jam 1 gambar.. over kan.. LOL. Tapi yang paling aku suka kat Instagram ialah tengok gambar orang lain upload lah.. Gambar makanan & Babiesss.. !

Dan Instagram ni aku rasa ialah applikasi yang paling memberi saingan sengit untuk blog sebab gambar pun boleh bercerita kan.. Bak kata orang putih.. "A picture speaks a thousand words".. Heheheh. Lagipon kat picture tu kita boleh letak description panjang-panjang macam buat karangan.. So apa guna blog kan? Yang jenis blog memang tulis pendek-pendek lagi lah suka Instagram ni.. Hihi

Lagi pun sekarang Instagram pon dah boleh menjana pendapatan.. Tengok jelah artis2 dan blogger2 yang glamour.. Diorang selalu buat Instareview.. Ala macam promote barang orang and post kat Instagram.. Lagi berbaloi kot sebab orang sekarang handphone melekat kat tangan (including me!).. So lagi ramai orang tengok.

 Anyway aku rasa ramai kot orang perasan dunia blogging dah semakin suram.. Sebab blogger-blogger famous kegemaran aku pun dah jarang update blog.. Kalau update pun sebab nak promote barang atau advetorial post je.. Boring..!Ooopss.. hehehe

Apa-apa pun aku rasa blogging ni tak patut dipinggirkan begitu saje.. sebab  blogging ni sebenarnya best kot.. Kita menaip dari hati then orang baca.. Blogging ni nampakla effort lebih sket kan.. Instagram just upload pic sahaja.. apa lah sangat. Dan aku rasa app Blogger untuk mobile dan ipad/tablet perlu diperkemaskan lagi kot.. Yang sekarang punya ni tak user-friendly lah... Aku pernah update blog dari handphone.. Tak best dan tak puas.. Maybe sebab handphone kecik kot.. Okay lah.. itu sahaja untuk kali ini.. Bye!


Sambung minum kopi & membaca.. Kepada yang bekerja, selamat mengaut rezeki :)

Assalamualaikum




Thursday, January 1, 2015

Hello 2015!



Hi Assalamualaikum!

Ape khabar warga blog?

Amacam tahun 2015 hari ni? Okay tak?

Aku happy sangat sebab dapat menyambut tahun baru dekat kampung tercinta di Johor. Ehehehehe

So recap sket untuk tahun 2014.. Well.. banyak sangat benda berlaku tahun 2014.. Banyak baik dan ada jugak yang buruk.. 

Tapi yang buruk-buruk tu lupakan jelah kan? Jadilan lesson learned jelah :)

Anyway, tahun 2014 aku dah start melupakan dan membiarkan blog aku..Waaa!! Sorry blog.. 

Ntah kenapa aku macam busy dengan ape ntah aku pon tak taw

Soooo.. Antara azam baru aku ialah.. jeng jeng jeng.. Suprise ni suprise ni

AKU NAK UPDATE BLOG AKU AT LEAST 2X SEMINGGU

Hahahahah

Jom tengok jadi ke tidokkk

Tahun 2014 banyak betul cabaran dan kesedihan untuk tahun rakyat Malaysia. Antaranya ialah kes MH 370, MH17 dan jugak kes banjir kat Pantai Timur.. So aku nak ajak korang ramai-ramai bagi derma kat mangsa-mangsa banjir ni



Aku rasa ni cara paling senang untuk menderma. Just type kat handphone je wehh.. Make sure kredit cukup lah untuk menderma! Hehheheh

Okay bye Assalamualaikum